nuffnang

    Showing posts with label salah faham. Show all posts
    Showing posts with label salah faham. Show all posts

    Monday, October 29, 2012

    belajar bersabar ye sayang (^_^)

    Bismillahirrahmanirrahim......


    ada kawan cakap minggu ni minggu orang stress!! semua orang nak stress, semua orang nak naik angin, nak marah, nak beremosi...jadi semua orang rasa nak marah, sakit hati, dendam, benci, menyampah rasa nak marah orang je kejenya..pokoknya STRESS!!



    Astaghfirullahala'ziim....istighfar banyak-banyak tarik nafas dalam-dalam....




    "esok kita pergi kantor imigrasi sama-sama ye! lepas habis kelas terus pergi" 

    kata seorang sahabat yang boleh dikenali sebagai A kepadaku...so aku masih berpegang kepada janji tersebut sehinggalah keesokan pagi si B sms aku dan beritahu dia akan ke sana dengan si A...A kawan rapat dengan si B berbanding aku yang hanyalah kawan biasa-biasa...so aku dengan rasa yakin dan percaya bahawa mereka berdua telah bersepakat nak pergi bersama-sama...ok takpelah, aku cubalah pergi dengan orang lain...tak kisah sangat pun...aku pun tanyalah orang lain dan ajak pergi sama-sama sebab perjanjian yang telah dibuat dengan si A tadi automatik terbatal sebab si B dah cakap dia pergi dengan si A...




    lepas aku kelas aku beritahu sms si A dan tanya kepastian dan tetiba aku kena marah...kali pertama aku kena marah oleh si A sepanjang aku kenal dia....dia cakap aku suka buat plan aku sendiri, tak pernah nak tanya dia dulu pun...aku ataupun si B bukanlah parent dia atau siapa-siapa untuk buat keputusan bagi pihak dia...dia cakap lepas ni dia dah tak boleh nak bergantung harap pada orang lain lagi dah...dah tak boleh nak percaya orang lain lagi dah...dangggg!!! sebijik kena atas kepala aku...walaupun aku menjadi mangsa keadaan tapi kenapa aku???si B yang buat plan tanpa cakap dengan si A terlebih dahulu kenapa aku yang kene marah???  *nangis*




    A seolah oleh meletakkan kesalahan seratus persen ke atas diriku, semalam janji nak pergi dengan dia lepas tu hari ni tukar plan nak pergi dengan orang lain...tapi masalahnya, aku tak tahu semua ini...salah faham dan aku menjadi mangsa keadaan...wuwuwuuwu...cara dia cakap tu macam aku ni seorang yang tidak boleh dipercayai, suka mungkin janji dan...dan...aku call dia berkali-kali tak nak angkat, aku cuba explain tak nak dengar...aku sediiih sangat T_T geram dan nak marah pun ada, kenapa nak marah?? kenapa tuduh??




    aku hati sensitif, jiwa lembut walaupun luaran nampak je keras...tapi bila orang marah aku terus aku down, rasa macam sediih sangat...aku nangis dalam hati, sedih sangat dengan sikap orang lain tapi aku faham kalau aku di tempat A mungkin aku akan melakukan benda yang sama...mungkin tak boleh nak salahkan si B sebab mungkin dia merancang nak beritahu nanti, tapi kenapa bagitau orang lain dulu tanpa tanya tuan empunya diri?? itu satu persoalan :/ alih-alih orang lain yang jadi mangsa :(




    pergi ke kantor ada masalah pulak dekat sana, dalam hati dahla tengah menahan rasa sedih, nak marah, stress...macam-macam perasaan ada...memandangkan aku orang yang bertanggungjawab untuk suruh mereka pergi tandatangan, yang contact dengan orang yang uruskan tu, lantas aku ditanya seolah-olah itu semua salah aku...hurmmm...aku tak tahu apa-apapun..aku rasa macam stress sangat tapi tak tahu macamana nak luahkan...ya Allah!! ada kawan yang buat muka, hentak hentak kaki nak marah pastu bebel tak berhenti-henti dan keluarkan kata-kata kesat..



    ....................





    masa ni aku baru rasa nak muhasabah diri...refleksi diri...tahap manakah kesabaran kita?? saat-saat beginilah sikap kita teruji, sabarkah kita dalam menghadapi masalah yang melanda?? bagaimanakah kita mengawal emosi dan menahan nafsu nak marah, memberontak???



    emosi sebenarnya adalah anugerah Allah s.w.t kepada hambanya untuk disalurkan ke arah kebaikan...namun banyak kali dan ramai orang tidak dapat mengawal emosi sehingga tercetuslah pelbagai masalah...ini mungkin kerana tak cukup sabar atau dek kerana kelemahan iman dalam diri sendiri..



    Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam gulat tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya. (HR. Bukhari dan Muslim)



    aku juga mungkin menuduh orang suka marah tanpa sebarang usul periksa, adakah dia pun ada masalah lain? sepatutnya aku kene bersifat berlapang dada Bak kata Imam Hasan Al Banna (IHAB) ukhuwah itu cinta dan kasih, dan paling minima cinta dan kasih itu adalah berlapang dada dan maksimanya adalah itsar (mementigkan sahabat lebih dari diri sendiri)..Bagaimana  kita mahu mengambil puncak ukhuwah sedangkan selemah-lemah ukhuwah (berlapang dada) belum sebati dalam diri kita? Allahurabbi... tahap paling minimum itu pun susah nak dicapai kalau dah masuk saat saat yang genting sebegini, bagaimanakah mahu menimbulkan hubungan ukhwah yang lebih mantap dan berkualiti?? tepuk dada!!


    jangan bercakap dengan aku, jangan tanya aku, aku tengah stress!!


    kau cakap kau tak marah tapi gaya kau tu dah cukup menunjukkan kau marah...kata seorang sahabat.....ya Allah, aku kena banyak lagi belajar...belajar cara mengawal emosi, belajar untuk bersabar dan belajar menerima kekurangan orang lain...aku ingat dengan cara berdiam diri sudah cukup tapi gaya dan perwatakan aku masih belum cukup menunjukkan yang aku tidak marah...



    lantas bagaimana?? biarkan ia membengkak di dalam dada?? menjadi duri dan bernanah...ya Allah pasti sakit menahannya...tapi ia akan menjadi lebih sakit kalau dilepaskan :(




    cari penawar hati....cari penenang jiwa....





    Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang (Ar-ra'ad:28)



    kalau kita dah tahu itulah caranya, kenapa nak cari cara lain?? tengok movie?karoke?lepak? untuk hilangkan stress...kalau kita dah tahu dan faham, insyaAllah kita tahu bagaimana cara untuk kita buat hati rasa tenang kembali...istighfar banyak-banyak, ingat Allah..jangan mudah marah dan melenting...



    banyak lagi harus belajar, banyak lagi harus perbaiki...sebab tu perlu kawan-kawan yang dapat bantu ingatkan saat kita lupa, yang boleh bantuk naikkan semangat kita balik saat kita down..carilah sahabat yang baik...cuba dan terus mencuba, hilangkan kebencian, tanamkan rasa sayang dan cinta....allahu'alam :D




    Wednesday, April 18, 2012

    Beberapa kesalahfahaman Bahasa orang Indonesia terhadap bahasa Melayu

    Assalamualaikum.....


    Setelah hampir 7 bulan aku merantau kat Jakarta ni, macam-macam orang tanya aku pasal Malaysia, bahasa Melayu dan makanan...tak kisahlah kan, tapi yang agak mengejutkan aku adalah beberapa bahasa kita seolah-olah dipermainkan dan dijadikan bahan ketawa mereka...setakat ni dah 4 orang tanya aku tentang rumah sakit korban lelaki, apekah?????



    this is so funny!!! aku ingat diorang main-main bila ada yang tanya betul ke rumah sakit kat Malaysia dipanggil rumah sakit korban lelaki??tapi bila semalam ada lagi yang tanya aku rasa konfuse lantas aku google...ternyata memang ada khabar angin tentang mende tu...kawan indonesia aku cakap cikgu dia cakap dalam kelas yang dekat malaysia takde rumah sakit bersalin, tapi rumah sakit korban lelaki..lol!!! aku sendiri pun pertama kali mendengarkan hal ini..rumah sakit hospital la beb, kalau untuk bersalin dipanggil hospital bersalin camtu je...manalah diorang dapat cerita ridiculous macam ni...huhu...



    ni adalah antara yang jadi salah faham bahasa.......


    Bhs Indonesia

    Bahasa Malaysia

    Pasukan terjun payung

    Askar2 Bergayut

    Rumahsakit Bersalin

    Rumahsakit Korban Lelaki

    Tiarap

    ‘Setubuh bumi’ atau ‘bercumbu bumi’

    Menteri Kehutanan

    Menteri Semak Belukar

    Jalan ditempat

    Injak2 bumi

    Perata jalan (stoomwalls)

    Seterika jalan

    Pegawai/staf

    Kaki-tangan

    Tim sepak bola

    Pasukan bola sepak



    bila aku baca ni pun aku rasa kelakar...aduyaiiiii, ada ke patut pasukan payung terjun tu dia cakap askar bergayut...tapi kawan aku ada tanya pasal injak-injak bumi tu, aku cakap mana ada benda tu..aku cakap jelah pijak tanah...rupanya jalan setempat...yang lain takdelah tanya sangat, cuma kebanyakan bahasa kita sama, tapi penggunaan yang beza....apa yang diorang tahu hanyalah upin ipin, tu je kot cerita malaysia yang sampai sini...kalau negara kita, perh!!! semua channel nak tunjuk sinetron -,-


    dah memang pandailah orang kita dan faham dengan bahasa Indonesia, tapi mereka??tahu betul..betul..betul je, bak kata upin ipin tu.lol!!!apapun, yang penting saling menghormati sesama kita, bagus jugak dapat memperluas dan perkayakan bahasa....aku sendiri kat sini pun ada beberapa salah faham bila bercakap...last sekali guna english nak explain something....tapi itulah, penguasaan english orang kat sini ternyata lebih rendah berbanding negara kita...diorang hanya guna english time kelas bahasa inggeris je, yang lain bahasa indonesia....tp negara kita pun da nak tukar sistem semua bahasa melayu balik kan?jadi takde beza daa....



    ok lah tu je sedikit sharing dari saya...time kasih :)

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...