nuffnang

    Saturday, September 8, 2012

    Selamat hari raya Aidilfitri 2012

    Assalamualaikum.....


    baru nak update cerita beraya....masih bulan syawal kan?ok lettew! saya pun masih dalam mood puasa 6..awal-awal tak puasa sebab nk makan semua benda sebelum balik jakarta *semua bendalah sangat kan* lagipun kat rumah takde internet kalau ada yang update waktu cuti tu pun pakai hp tak pun broadband kakak yang lembap kemain ataupun abang rajin nak buat wifi...tapi seminggu sekali pun belum tentu..huhuuu


    selamat hari raya aidilfitri, taqabbalalah minnawaminkum...harap maaf segala salah dan silap sama ada sengaja dan tidak, bukannya time raya je nak minta maaf sebenarnya....tiap2 hari dan tiap kali buat salah mesti minta maaf :D

    seperti biasa setiap tahun mesti raya rumah tok dekat jelapang, ngehh...satu satunya nenek yang ada...datuk nenek belah abah semua dah meninggal dan datuk belah mak juga meninggal masa 2006...semoga mereka aman di sana, jom sedekahkan AL-Fatihah, bukan saja kepada datuk nenek saya tapi kepada semua muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia, semoga mereka berada dalam kalangan orang-orang yang beriman, insyaAllah...

    adik tgh bakar lemang

    berbalik kepada cerita saya, raya tahun ni keluarga kami pakai baju tema purple di hari raya pertama..ok sebelum tu nak dijadikan cerita tahun ni kat kampung tu buat sembahyang raya awal berbanding biasa, saya kakak abang dan adik yang memang biasa pergi lambat pergi macam biasalah...tapi, kami tak dapat masuk pun dalam masjid..ya rabbi, ramai betul jemaah tahun ni...semua anak cucu balik kampung gamaknya, sebenarnya boleh je kan letak sejadah solat kat luar tu tapi tak ada inisiatif langsung makanya kami pulang tanpa solat raya hari tu..sadis tak?hohooo...



    tema pink, kuning, purple....satu keluarga satu tema..hehee


    pagi tu family kitorang buat nasi dagang...yummms!! lama gila dah mengidam nak nasi dagang, apatah lagi masak sendiri dengan nasi yang perh sedap dan kari yang menyegat memang tak sah kalau makan tak menambah...satu lagi tahun ni saya yang jadik tukang perah santan untuk lemang, rendang, kari agak banyak jugaklah mak oii...sampai sekarang macam agak trauma nak mesin kelapa yang pakai mesin putar2 tu haa...bukan apa, dah ada kejadian 2 tahun lepas yang jari hampir terputus *hiperbola* sebab kena mesin...tapi sumpah sakit gilaaa..terkoyak rabak isi kulit jari gua, bole bayangkan tak? :( sampai sekarang adalah parut sikit..huhuuu



    lepas semua orang pulang, macam biasa perkara wajib bersalaman dengan semua ahli keluarga, dapat duit raya dan bergambar..heheee...lepas tu baru berziarah rumah sedara mara, tapi hari tu keluarga adik nenek beramai ramai bertandang...ramailaaaa...full house gitew!


    siblings!!heheee..ehh mana lagi 2 orang ni, tak cukup geng ni...kakak sulung dgn adik bongsu kemana haaa..

    lepas tu kami ke rumah mak cik adik kepada abah jumpa mak sedara ngan cousin semua...wahh da besar2 semua sepupu aku ni haa...

     8 orang semuanya adik beradik diorang, mana lagi 2 orang berjalan ke mana pun tak tahulah...oh yaa, yang sulung tu pergi beraya dengan tunang dia katanyaaa..tahulahh ambe..haha...


    with the one and the only cousin aku yang sebaya, dah nak kawin jugak nii...ohh rasanya dulu kami sama tinggi je, mungkin dia pakal heel tinggi agaknya aku pakai flat,hahaaa...lagipun dia dah kerja buat apa tunggu lama-lama ye dak? :D


    petang tu pergi ziarah adik beradik nenek dan keluarga sampai maghrib baru pulak...perut tak payah nak katalah, rasanya lebih kurang 5 buah rumah tu dah cukup untuk membuatkan perut kitorang ni bloated penuh!! almaklumlah raya pertama, nafsu makan membuak buak tinggi semua benda nak makan kannn...inilah waktunya org yang nak naikkan berat badan boleh ambil inisiatif, tp yang nk kurangkan cemano?tu yang jadik masalah tu...macam dipam pam dah jadinyaaa...


     we are sisters!!nak pergi beraya 2nd day :)

    masuk raya kedua orang dah ramai buat majlis kenduri kahwin dan rumah terbuka sana sini....daan aku ada yang tak ikut pun, stay kat rumah layan rancangan raya..heheee...ok that's it!!thanks for reading :)







    No comments:

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...