Assalamualaikum.......
petang tadi dah selesai first exam integrasi 1 bagi semester baru ni...macam biasa, selepas exam mall akan diserbu dan menjadi tempat persinggahan pelajar-pelajar ukrida, tak kiralah nak makan ke tengok wayang ke, jalan-jalan ke atau saja je melepak buang waktu buang duit...macam dah jadi fenomena, aku pun selalu macam tu padahal bukan habis blok, baru habis satu exam..isnin ni ada PBL lepas tu skill lab dan exam histology anatomy serta integrasi 2 pun akan menjelma lagi..ermm tapi tak kisahla yang tu, bukan itu pun yang aku nak coretkan kali ini...
sekali keluar mesti nak pakai duit kan, semua benda nak kena bayar zaman sekarang ni....bukan setakat kehendak nak makan itu ini tapi nak buang air pun kena bayar..fuh fuh..duit duit....memang tidak dinafikan untuk hidup di dunia zaman sekarang memang memerlukan duit..orang berduit akan dipandang tinggi , ramai kawan sedangkan yang takde duit pula dipandang hina...ohh dunia!!kenapa perlu jadi begini..ini tidak adil ini tidak adil ini tidak adil *tetiba lagu yuna keluar*
aku duduk dan merenung seketika, masih ingat lagi pernah sorang kakak ni share pasal syurga....ya Allah siapakah yang tidak mengimpikan syurgaMu??semua orang nak masuk syurga....tapi apakah yang kita dah buat, apakah yang telah kita korbankan?wuwuuwuwuu....even nak masuk tandas tempat kotor, rumah syaitan tu pun kena bayar, takkan nak masuk syurga yang teramat indah sehingga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata tu nak free kot? muhasabah diri.....
letak gambar duit rupiah sebab sekarang dekat Indonesia...duit pun berjuta juta :O
cerita pasal duit ni...ermmm macam biasalah duduk jauh di perantauan, semua benda nak kena fikir sendiri....pengurusan kewangan tu sangat PENTING....kita semua dapat duit sama banyak , RM 1000 sebulan tak kiralah JPA ke MARA....tapi kenapa ada yang selalu takde duit, duit asyik semput-semput je nak tunggu elaun seterusnya tetapi dalam masa yang sama ada yang boleh simpan duit sampai berpuluh juta rupiah dalam bank??lepas tu mulalah nak cakap duit tak cukup, penaja bagi duit sikit dan sebagainya...tapi sebenarnya semua itu bergantung kepada diri kita sendiri...bagaimana kita menguruskan kewangan main beli apa saja macam orang banyak duit atau beli sekadar apa yang perlu sahaja?tepuk dada tanya diri...
aku rasa benda ni memang semua orang tahu kot...lainlah mak ayah awak memang bagi duit tiap-tiap bulan dan awak memang anak orang kaya tak kisahlah apa yang awak nak buat dengan duit tu...tapi orang kata, ukurlah baju di badan sendiri, kalau rasa kita tak mampu, pakai pun duit elaun JPA bagi bulan-bulan je kita tak perlu kot nak mengikut orang lain yang mungkin dompetnya penuh berkepuk dengan wang....kita pakai duit tu untuk pelajaran dan keperluan kita kat sini je, memang cukup je sebenarnya...kita tak payahla ikut kawan kawan kita yang kaya raya tu, nak makan tempat mahal je, pakai baju branded dan lepak pun kat tempat-tempat mahal...
saya tak nak cakap kat sesiapa pun pasal benda ni, peringatan kepada diri sendiri sebab banyak dah kawan-kawan macam ni....nak pergi melancong ataupun pergi international concert yang harganya memang mahal bak hang, tapi duit takde....lepas tu nak pinjam orang sana sini sebab nak pergi atau buat sesuatu yang bukan keperluan sebagai pelajar pun...lainlah awak nak pinjam buat bayar semester pendek, buat beli buku ke apa-apa keperluan tu memang tak boleh nak cakap apa lah...tapi..ermm sungguh menyedihkan...
aku datang dari keluarga susah, takdelah susah mana pun, sederhana jelah bak kata orang...cukup je makan pakai tidur sedap boleh belajar dengan selesa boleh tengok tv sebagainya...hidup selesa senang lenang je tapi mungkin kami telah diajar dari kecil untuk tidak boros dan berjimat....tapi apa yang nak ditekankan di sini ialah hidup berdikari dan tidak menyusahkan orang tua, aku seboleh bolehnya tak nak pun mak ayah aku dengar benda yang tak elok tentang aku, bukannya kita nak hipokrot yang kita ni sebenarnya lain tapi kasi tahu mak ayah kita lain, tapi kita buatlah yang terbaik....mak ayah kita kat rumah berharap kita terbang jauh-jauh untuk belajar dan pulang nanti dapat segulung ijazah dan bergelar doktor, insyaAllah..tu je harapan aku..haa kan dah sebak..aku lemah sikit kalau cakap hal family ni...rasa macam tanggungjawab besar nak buat diorang happy
memang aku dah berazam, aku dah dapat biasiswa JPA ni aku dah malas nak minta duit dari mak ayah aku...sepupu aku dulu pun dapat biasiswa, study dekat Jepun satu sen pun dia tak minta dari mak ayah dia mula dia masuk belajar sampai grad...semua benda bayar pakai elaun tajaan termasuklah tiket kapal terbang....setakat ni, dua kali dah balik aku bayar sendiri je semua benda tiket flight dari jakarta ke KL dan ke terengganu pun..alhamdulillah cukup je, tak payah pun nak cakap dekat mak suruh bank in duit ke apa...tapi aku takut jugak, kalau kene buat short sem kena bayar sendiri..mahal jugak kot, ermm tak nak laa mintak duit parents sebab tu kena belajar betul-betul biar lulus semua blok dan dari sekarang kena buat simpanan sebagai back up nak pakai duit jugak nanti...
apa aku nak cakap sebenarnya kita hendaklah pandai menguruskan kewangan dengan baik, haaa kan dalam muwasafat tarbiyah 10 ciri peribadi muslim pon ada menyebut tentang pendai menguruskan waktu, melawan hawa nafsu dan teratur urusan...semua ni sangat berkait rapat dengan kewangan, jangan ikut sangat hawa nafsu dan pujuk rayu syaitan untuk beli itu ini yang bukan keperluan pun...tak payah nak enjoy pergi karoke tengok movie dan lepak yang membazir masa dan duit tu...gunakan waktu yang ada untuk belajar atau cas iman lagi atau buat je benda lain yang lebih bermanfaat :)
kalau hidup target nak enjoy dan kesenangan je, kasilah wang beratus juta pun belum tentu cukup....duit hanyalah permainan dunia, manusia boleh bergaduh berpecah belah dan berbunuhan hanya semata-mata kerana WANG :O sungguh besar pengaruhnya dalam hidup kita....saya nak kena belajar bersyukur sebab dapat biasiswa, makan pakai cukup dan selesa...bandingkanlah dengan saudara kita yang lain yang serba kekurangan tu..insyaAllah kita akan menjadi seorang hamba yang lebih bersyukur dan pandai mengatur kewangan dengan baik, wallahu'alam (^_^)
No comments:
Post a Comment