nuffnang

    Showing posts with label merepek. Show all posts
    Showing posts with label merepek. Show all posts

    Tuesday, June 12, 2012

    Aku.......

    Assalamualaikum...........


    Jangan lupa bagi salam kalau jumpa orang tapi aku rasa jarang betul nak bagi salam jumpa je woiii!!!baik sikit haiii....susah ke nak bagi salam???kekadang rasa macam awkward jumpa kawan tepi jalan, dahla dia ala-ala rock sikit kan, Assalamualaikum Mat rock! heheee....tapi takut kata perli pulak kalau dia pegi kat kita tepuk belakang, woiii!! kat sini rupanya engkau pastu kita bagi la salam...kalau ada yang ok, takde hal tapi kang jumpa yang tak berapa nak faham keluar lagi fitnah....susah, hidup memang macam ni...nak kene jaga hati banyak orang tapi kalau dah macam tu kita sendiri yang susah sebenarnya....pandangan manusia saja yang nak kene fikir, pandangan Allah??? (T_T)



    nama tajuk post pun aku jadi aku nak cerita sikiit je pasal diri aku kebelakangan ni.....awal-awal dulu aku banyak stress mana nak adapt dengan new environment, mana nak cari kawan yang best, selalu rasa diri hipokrit tapi dalam masa yang sama nak cuba jadi orang yang lebih baik...aku banyak nangis dulu sebab aku selalu dok fikir mende bukan-bukan....dahla duduk negara orang lepas tu aku keliru dengan perasaan dan apa yang aku nak sebenarnya, kekeliruan itu bertambah kusut sebab aku tak tahu apa yang terbaik untuk aku.....aku ni pemalu sikit susah nak cerita kat orang tapi tulis kat blog boleh pulak?? -,-'



    heh, aku tak rasa pun semua orang yang baca ni faham dan aku tak harap pun korang faham....kalau ada yang faham diam-diam sudah tak payah nak bawak cerita dalam blog ni kehulu ke hilir, baca diam-dia sudah tapi kalau tak faham buat-buat je lah faham.......hahaaaa....ada satu blog setengah lagi nak habis first year, Alhamdulillah aku dah boleh adapt dengan suasana sekeliling, kenal kawan, manage time mana perlu mana tak, manage money takyah nak bazir beli mende yang tak berapa nak perlu dan aku sekarang malas nak fikir  mende-mende yang tak sepatutnya pun aku fikir...mesti korang fikir aku ni complicated kan??lol !! aku ni budak simple saja, sangat innocent, pemalu kekadang tapi aku tak rasa perlu malu tak bertempat...



    sekarang ni aku banyak lepak dengan kengkawan local, bebudak indonesia....pergi jogging sesama, lepak makan sesama dan study sesama...makin kerap pulak diorang datang ke kosan aku, kosan tu rumah sewa bagi yang tak tahu.....aku rasa aku selesa begini tak perlulah nak carik best friend sangat yang boleh kita ajak dia ke mana-mana sebab aku dulu selalu macam tu mesti ada best friend so that bila aku ada problem aku cerita kat dia, mana-mana aku nak pergi ajak dia dan semua benda yang aku buat dia tahu dan apa yang dia buat aku tahu...tapi aku rasa sekarang ni tak perlulah, dah hampir setahun aku macam ni dan aku rasa aku dah selesa macam ni sampailah habis study....aku harap bakal suami aku nanti boleh jadi bestfriend aku yang terbaik, boleh dengar keluh kesah aku tapi dalam masa yang sama boleh bagi motivasi kat aku...boleh jadi peneman ke mana saja aku nak pergi, heh apa aku merepek ni -,-



    aku rasa tu dah jadi lumrah alam, kawan beribu kita boleh ada tapi semuanya datang dan pergi....masing-masing ada tugas dan komitmen masing-masing...kalau kau asyik nak ikut kawan tak hiduplah, bawalah haluan sendiri tapi janganlah lupakan kawan....maksud aku jangan terlalu bergantung pada kawan cubalah berdikari sikit!!! bersikap tegas dan pandai buat keputusan sendiri dah besar kot...huhuuu...kau nak lepas kau ikut geng lepak, nak shopping ikut yang nak shopping, nak jogging ikut yang suka jogging dan nak pegi usrah pun ikut yang pergi usrah...that's life!!! untung sangat kalau kawan-kawan kau suka buat semua benda yang kau suka, susah kan......sebab tu kita kene pandai bawak diri jangan sampai jatuh, tergelincir dan rebah...banyakkan kawan, kurangkan lawan :D



    aku ni banyak minat mende-mende pelik, padahal takdelah pelik mana pun tapi aku tak jumpa kawan kat sini yang suka semua benda yang aku suka.......hahaaaa...sebab tu aku kene jadi macam apa yang aku dah tulis tadi, aku minat tengok bola tapi takde geng!! kalau ada pun lelaki buat apa, orang nak layan bola kat rumah sambil kunyah keropok baru best...aku suka tulis blog so aku carik kawan yang suka blog jugak boleh borak-borak pasal blog...blog cikai tak sememeh pun bukan aku kisah, hehee...aku suka martial art rindu gilaa nak bersilat tapi yang harapan jela kat sini kan :'( lepas tu aku suka mende yang mencabar, macam outdoor activities...swimming, hiking, mende-mende camtu laa...dalam masa yang sama aku nak je perbaiki diri jadi seseorang yang lebih baik, join program-program islamik...ada tak kawan yang suka buat semua benda yang aku suka seperti di atas, ada tak??? jom jadik BFF, takde la aku ni forever alone..heheee....



    aku tadi nak tulis dua perenggan je tapi dah panjang lebar aku merepek pun aku tak tahulah apa aku tulis ni...malam tadi lepas masak mee goreng aku tertido pukul 3.30 pagi aku terbangun, buat tahajjud sekejap lepas tu harap nak study laa...lepas tu aku rasa nak tulis blog kejap dan harapan agar lepas ni aku boleh study, petang ni aku ada exam practicum, esok integrasi dan jumaat skill lab..woohoo...next week lak everyday aku exam, doakan aku ye!!!doakan aku supaya rajin dan apa yang aku baca tu boleh melekat jangan nak ingat mende lain sangat....tajuk pun aku memanglah aku cerita pasal aku, itulah saja yang aku nak tulis, lama lak tak buat sesi curhat..hahaa :p


    p/s: Dalam kepala ingat nak balik dah ni haaa...btw hujung Julai aku balik Malaysia :D


    Way seputih II, Tanjung Duren Selatan, Jakarta Barat
    12/06/12
    4.15 pagi








    Thursday, June 7, 2012

    manusia oh manusia....

    Assalamualaikum...........


    Nama saja manusia, homo-sapiens sama....ada kaki tangan mata dan mulut yang cukup lengkap semuanya tapi sebenarnya banyak yang berbeza....banyak orang banyaklah ragamnya, ada yang tinggi rendah, gemuk kurus, hitam putih tapi itu semua tidak bermakna......itu semua hanyalah fizikal semata-mata...


    cantik macam mana pun engkau tapi akhlak kau teruk kau tetap buruk!
    buruk dan tak cantik macam mana pun fizikal engkau tapi hati kau baik, akhlak cantik kau sangat cantik

    susah kan???kita cakap kita faham....kita tahu tapi kita tak buat!!!




    ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah....rugi kan???tersangatlah rugiii...engkau tanam pokok pisang jagung berpuluh puluh hektar tapi sebijik pun tak berbuah...semuanya rosak binasa, ada yang dimakan kera ada yang mati kering kontang tak cukup air ada yang hidup sia-sia besar tapi masih tak berbuah...

    begitu juga kita, badan cantik bak model tapi hidup sia-sia....ada ilmu tapi tak amal,ada akal tapi tak guna.... kalaulah semua orang boleh faham mesti semua benda jadi cantik kan???


    semua benda perlukan kesabaran dan ketenangan...kawan kita buat salah tapi kita tak salahkan dia, mungkin dia lupa..manusia kot!! nobody perfect dan semua orang pasti akan melakukan kesalahan...takkan sebab satu kesalahn kecik yang dia buat kita terus nak judge dia macam-macam...kau tak kenal lagi dia macam mana hati budi dia...jangan main sembur saja...


    tapi aku terfikir juga, kalau dalam dunia ni semua orang baik mesti tak syok kan??aku bukanlah bermaksud tidak suka kalau kita semua jadi baik hidup aman sentosa tapi mesti macam 'lame'...semua orang baik jadi takde polis dah sebab takde orang nak mencuri, semua berdisiplin tak tutup pintu pun takde orang nak masuk siap bagi salam apa semua...takde orang nak langgar peraturan, jadi tak perlulah cikgu disiplin lagi...

    tapi Allah itu Maha adil, maha Bijaksana...Dia mengatur semuanya dengan begitu sempurna




    maka rugilah kalau kita masih tak nampak semua benda ni...Allah jadikan syaitan untuk menggoda manusia, Allah jadikan kita berhawa nafsu...kenapa???jom kita gali dan cari kenapa???kenapa??sebab Allah nak uji siapakah hambanya yang beriman kepada-Nya...siapakah yang benar-benar boleh tahan dengan dugaan dan ujian yang diberikan...Allah tahu apa yang kita mampu dan tidak, jom selak tafsir Al-Baqarah: 286 ^^


    aku pun tak tahu apa yang aku bebelkan sebenarnya, tapi setiap kali aku tulis post mesti benda tu ada kaitan dengan aku takpun orang sekeliling aku...dulu aku selalu gak tulis pasal orang putih, orang hitam, orang jambu eh..kepop la artis celah mana pun aku kutip je tapi aku dah tak tulis dah pasal depa...bajet je nak tulis pasal artiss kann...tapi buat apa aku nak tulis pasal depa baik aku tulis pasal diri aku, kawan-kawan dan keluarga aku, ade gak pekdahnya...




    motif gambar spongebob?? 




    boleh jugak time aku tua aku baca balik tunjuk kat anak cucu aku "nenek dulu rajin tulis belog bukalah jaa64.blogspot.com takpun pergi je google jaa64" femes nenek ni dulu....kejadahh!!hahaaa...takleh bayangkan aku cucu aku dok stalk dan usha blog nenek diorang yang gila-gila diwaktu usia muda..kahkahhh..jauhnyaa aku mengelamun usia aku baru 21 tahun tapi bila usia aku 51 tahun(insyaAllah kalau panjang umur) aku baca ni mesti aku tergolek gelak..sumpah!!!fine laa tua sangat, 40 tahun pun dah oke kot..hahahaha :p




    sebelum aku lebih banyak merepek entah apa-apa dan korang yang baca pun rasa menyampah apa benda entah minah ni dok merepek takpun ada tigapatploh orang stop follow blog aku pasni..hahaa....sebelum aku mengundur diri baik korang gi follow twitter aku pastu tegur aku kat twitter....bajet retiss la pulak...dahh...terima kasih sudi baca lalokan aku ni..heeee



    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...