nuffnang

    Saturday, October 22, 2011

    kerana kepiting....

    Assalamualaikum...

    semalam lepas exam integrasi aku dan 2 lagi kawan ke mallciputra untuk ambil duit dan lunch, kami makan dekat seafood reastaurant, D'Cost..later i'll write about that place ^_^

    sejak dari kecik memang aku tak makan seafood, aku pun tak tahu punca sebenar dan tak pernah nak cuba...sebab masa kecik-kecik dulu aku selalu muntah-muntah tiap kali makan sotong, udang dan ketam...kalau ikan dan kerang ok pulak...semalam diorang nak makan sangat-sangat ketam tu dan aku dah cakap yang aku tak makan...bila dah depan mata, dan cara dia masak tak macam biasa, dia dah goreng salut apa ntah yang membuatkan rasanya boleh ditelah tekakku...apa lagi aku baham la makan sekali...

    crab.ketam.kepiting (credit)

    lepas isyak dalam pukul tujuh rasanya (ohh, isyak kat sini awal..kat malaysia maghrib tak masuk lagi) aku rasa gatal-gatal seluruh badan..ingatkan nyamuk, terus garu-garu tapi rasa macam melampau seluruh badan...lepas aku mandi seluruh tubuh merah-merah dan bengkak bengkak...aku pun dah mula terfikir pasal ketam yang aku makan tadi...sigh!!

    mintak minyak dengan kawan, perh!!dasyat minyak tu amatlah panas sekali...kepanasan itu lagi tinggi dari kegatalan, kawan aku dah warning minyak tu panas tapi sebab dah tak tahan sangat aku lumur kat badan macam losyen..amacam, ada beran????

    isi ketam sahaja (credit)

    bila dah teruk macam tu kawan aku ajakla pi spital, nak pergi farmasi kan tak tahu apa masalah aku yang sebenar, kami pun pegilah dekat UGD (unit gawat darurat) a.k.a bahagian kecemasan...doktor tu tanya aku makan apa bila aku cakap makan ketam tercengeng dia..hahhaahha, lupa pulak diorang panggil kepiting kat sini mungkin sebab ketam tu ada sepit yang boleh kepit :p

    mula-mula doktor tengok aku, terus di cakap ini mesti 'urticaria'...aku blurr apakah itu??aku memang budak medik tapi baru masuk sebulan mana belajar semua istilah-istilah medik ni lagii... ohh, doktor ni dahla baik hensem lak tuh, hilang rasa sakit jap....hahahhaha..dia ada tanya sebelum ni pernah makan tak, dan aku cakap belum pernah dan ini kali pertama nak cuba...dia memang terkejutlah..

    "selama dua puluh tahun hidup belum pernah makan kepiting???" pastu buat muka ^_^

    haaaha, comell doktor nih!!masalahnya masa kecik aku rasa aku pernah makan dan tiap kali aku makan aku akan muntah balik...lepas tu bila makan sesuatu yang aku rasa macam ada udang,ketam,sotong aku akan rasa mual...lepas benda tu terjadi beberapa kali aku jadi takut dan langsung tak berselera bila tengok seafood..kalau orang lain memang 'heaven' la benda-benda tu kan...


    tunggu ubat

    tak tahulah ari ni pergi gatal-gatal nak cuba, tapi rasa dia macam ayam goreng je..lainlah sikit, tapi tekak aku boleh terima..apalagi, bedal jelah...kena suntiklah semalam ~_~ apa yang tak boleh blah dia ingat kawan aku tu mak..hhahaahaha, kesian member aku tuh, padahal member aku tu lagi muda dari aku dia baru 19, aku dah 20 =p...ini menunjukkan aku sentiasaaa nampak muda sampaikan boleh dianggap anak kepada orang yang berumur 19..apekah???jangan jeles ehh doktor cakap aku awet muda =D

    doktor cepat-cepat mintak maaf tapi biasalah tu kan...tapi kat sini kan diorang biasa panggil pempuan ibu, itu yang menyebabkan aku rasa tua..sigh!!!nak panggil ibu macamlah aku da ada anak, tapi sebenarnya kat sini panggilan tu macam menunjukkan satu penghormatan, kalau lelaki pulak panggil bapak ataupun pak...padahal muda lagi termasuk lecturer sekali panggil ibu atau pak..kekadang tu rasa macam orang kampung lak nak panggil lecturer kita pak william contohnya...haaaha, teringat kat lecturer bio time a-level mr.william..

    satu lagi kali pertama dapat resep doktor, teruja wehh...hahahah, kan aku ada belajar etika profesi doktor ape bendalah, dalam kasus tu ada pasal resep doktor, aku hanya membayangkan je...tapi tadi aku dah lalui, jadi senang sikit untuk aku faham caranya...ok lepas balik rasa ngantuk sangat...memang ubat tu bagi efek ngantuk kot..bagus jugak aku makan ketam dan pergi spital, kalau tak aku tak pernah tau yang aku allergic dengan seafood melainkan aku memang tak pernah cuba..

    oh, kena mandi bersiap nih, jap lagi nak pergi rumah orang tua-tua...masuk dalam subjek belajar aku ni komunikasi empati..heeehe..ok daa, take care!!

    9 comments:

    ZWAN SABRI said...

    Wah! Syokla tu bila ada orang puji awet muda.. HEHE

    MySuaraBlog: Contest Daniel Adie : SISPA

    NIA said...

    jaaa dah ok ke belum ni?harap2 cepat sembuh ea.amboi suka doktor hensem ea.hehehe.ketam sedappp.kesian jaa xleh makan.sabar ea jaa :)

    sjaa64 said...

    @zwan sabri- heeeheee..yeay!saya muda :)


    @sizuka- alhamdulillah da ok da ^_^ nak wat camana kan da takbole makan..huhu

    Ku Azhar said...

    sedapnye ketam T_T

    asyraf harun said...

    ohh we share same lecturer! now Sir William teaches me bio..

    +aNa baNana+ said...

    Haha. allergic ketam gak ke. same r kite... =)

    sjaa64 said...

    @ku azhar- sedap memanglah sedap, tapi....huhuhuh :(


    @asyraf harun- really??waa.. i like his class so much, he is so funny while teaching and trying to explain in malay ^_^

    sjaa64 said...

    @kak ana- ha'ah...memang tak boleh makan..huhuhu

    sjaa64 said...

    @kak ana- ha'ah...memang tak boleh makan..huhuhu

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...