i blog about everything that i wanna share including my experiences, ideas, comments or anything regarding my daily life as a chaliph, daughter, friend and a medical student :D
Thursday, November 8, 2012
what men should know...
this is what i wanna tell, something like this...so just watch this video..thanks :)
Wednesday, November 7, 2012
'Aku tidak mahu hidup beragama'
Bismillahirrahmanirrahiim...
korang ni kalau jalan-jalan pergi mana-mana ke mesti dengan geng usrah je.....
pergi mana-mana bukan nak berajak! macam ni la kawan!
korang ni selalu hari minggu keluar tidur kat luar, korang pergi mana??
apa yang korang buat dalam bilik tu??kenapa kakak-kakak tu selalu datang sini??
kau tiap kali holiday mesti dah ada plan sendiri, malas dahla nak ajak pegi mana-mana cmnii...
........................................
pertanyaan demi pertanyaan dilontarkan...oh kami tinggal di rumah sewa, bersama 4 lagi kawan 'not yet a muslim' , ada pembantu yang kami panggil embak, suaminya dan anaknya...hurmmmm... batch kami tidak ramai, hanya ada 10 perempuan, rumah kami 7, dua orang rumah sebelah dan sorang lagi jauh merantau membawa diri..hehee :D
so apa jawapan saya? apa pendekatan yang saya harus lakukan?? saya beritahu yang kitorang baca quran sama-sama, berbincang dan memahami maksudnya...bukan saja-saja duduk lepak borak kosong dalam bilik tu :p
kalau hari minggu biasanya sebulan sekali kami ada daurah, tidur di rumah kakak-kakak biasanya, takpun di tempat lain...lepas tu bukan saja kami pergi curug, taman safari tak nak ajak korang tapi kami pergi dengan 'kelompok' kami, untuk merapatkan ukhwah sesama kami...
"weiii cepatlah belajar, aku takutlah tak ready lagi nak exam nii"
masa tu dah nak masuk dewan exam, saya beritahu kan kita dah belajar...apapun nanti kita bertawakal dan berdoa saja supaya dapat result yang best...nak tahu tak sebenarnya semua result kita, hidup dan mati kita semunya dah ada, dah tercatat..kita hanya tunggu nak laluinya sahaja...
"kalau macam tu tak payahlah kita belajar, kan result kita dah ada, dah tahu dah kita akan jadi doktor, tido jelah kalau macam tu"
tapi kita tak pernah tahu apa yang dah tertulis untuk kita kan?? sebab tu tugas kita kena berusaha sebaik mugkin...hurmm, analoginya kalau kita lapar kita makan..tapi kita tahu mungkin rezeki ada untuk kita tapi kalau kita langsung tiada usaha untuk keluar, pergi kedai, beli, suap dalam mulut makanan tu kita akan berlapar jelaa...
"payah sangat analogi kau ni, sebab tu aku tak suka..."
"hurmmm"...
..................
mungkin salah aku juga, beritahu tentang qada' dan qadar kepada yang masih belum faham....belum faham tentang sunnatullah dan syariatullah...belum faham tentang usaha, konsep bertawakal dan kepercayaan...fuuhhh, jauh sangat aku melangkah tu, seperti memberi penerangan kepada yang dah faham konsep baru boleh explain benda-benda macam tu..mungkin dia faham, tapi dia tak yakin. tak percaya...sebab tu kalau kita nak bercakap dengan orang kena tahu dulu tahap kefahaman dia macam mana, dia boleh terima ke tidak apa yang kita cakap tu...kena kenal dan faham duluu..
petangnya, sambil-sambil buat karipap dengan housemate, keluar lagi cerita ni..
kita nak suruh dia faham apa yang kita sedang buat, bukan kita saja-saja buang waktu, buang duit nak pergi sana-sini...kita hidup ada matlamat, kita berusaha yang terbaik untuk masuk ke syurga sebab kita tahu syurga tu wujud...dunia ni hanyalah sementara, permainan semata-mata dan mati pula adalah pertengahan kehidupan kerana kehidupan alam akhirat adalah yang kekal selamnya..
"kau percaya tak dengan semua ni"
"kau tahu tak kenapa kita wujud kat dunia ni?"
"pernah tak kau fikir apa yang akan jadi pada kita lepas kita meninggal nanti?"
"dan kau percaya kewujudan tuhan?? yang menciptakan kita semua dan alam ni..."
kawan cakap dia percaya yang ada kuasa tuhan yang menciptakan semua ni, tapi dia tak suka agama...dia tak nak hidup beragama, dia tak suka orang-orang yang terlalu taksub dengan agama sampai menghiraukan orang lain..gulp!! dan dia cakap agama hanyalah memecahbelahkan manusia, bukannya menyatukan...orang itu ke masjid, orang itu ke gereja lepas tu nak gaduh sebab agama...
ohhh, mungkin itulah pandangan dia....pandangan seorang yang hidup ada agama pada dasar keluarganya tapi mungkin tidak faham, tidak tahu...kita sudah cuba menyampaikan, memberitahu apa yang perlu...dia cakap ramai orang yang menggunakan agama sebagai alasan tidak boleh itu ini sebab tu dia tak suka....
betullah tu, tak semua orang boleh percaya kepada alam ghaib, kuasa besar yang mencipta seluruh alam semesta, tentang dosa pahala, alam akhirat syurga neraka....'mereka' yang masih belum faham dan mengerti mahukan sesuatu yang boleh dilihat, dirasa dan disentuh...mereka tidak suka sesuatu yang dalam bayangan, khayalan dan 'belum pasti' katanyaaaa...
Alhamdulillah, kita sepatutnya bersyukur sebab kita lahir saja sudah Islam, sudah diajar mengenai dosa pahala dan ganjaran syurga neraka kelak...kalaulah kita juga sama seperti 'mereka' adakah kita akan berusaha mencari cahaya-Nya?? cahaya untuk mengeluarkan kita dari kegelapan??? bukan kita membiarkan mereka, tapi sampai sekarang kita hanya berkongsi sedikit demi sedikit...siapa tahu, suatu hari nanti Allah bukakan pintu hatinya, Allah lembutkan hatinya untuk mendalami, memahami dan mengucap syahadah! subhanallah!!
sambil menggelek tepung untuk karipap, dia beritahu...
dia hanya nak hidup macam biasa, tak nak fikir pasal apa yang jadi lepas mati...kalau mati biar jelah mati yang penting time hidup ni kita buat yang terbaik...kita belajar dan buat apa yang kita suka sebab lepas mati nanti tak dapat dah...
"aku nak hidup dengan cara aku sendiri"
"aku tak mahu hidup terikat dengan agama"
................................
kalau kita kata kita percaya tentang kewujudan syurga, kenapa kita tidak berlumba-lumba berlari berkejaran untuk mendapatkannya?? berusaha berbuat kebaikan sebanyak mungkin untuk mengutip pahala....mengapaa??? kita kan kata kita ISLAM, kita faham tujuan hidup kita tidak lain tidak bukan hanyalah sebagai a'bid dan khalifah...kenapa nak menolak lagi??
kita kata kita solat dan baca quran...hari-hari....tapi apa yang dibaca dalam solat, dan apa saja suruhan Allah dalam quran kenapa susah sangat nak ikut??kenapa nak ikut sangat budaya kpop, jpop, hollywood, bollywood dan playwood semua tu?? kalaulah semua orang mengerti..muhasabah diri
aku juga manusia biasa, masih belajar, merangkak dan bertatih....namun aku akan terus berusaha sebab aku mahu hidup bergama, hidup dalam ISLAM, doakan aku juga mati dalam ISLAM :D
“Wahai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah sebenar-benarnya takwa, dan janganlah sekali-kali kalian mati melainkan dalam keadaan memeluk agama Islam.”
(Ai-imran,3:102)
semoga tiap-tiap hari yang berlalu tidaklah sia-sia sebaliknya ada sesuatu benda baru yang kita belajar dan jadikan manfaat dalam menghadapai hari-hari yang mendatang..
semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini ^^

Friday, November 2, 2012
ice skating yang sangat bermakna :)
Assalamualaikum......
semalam pergi main ice skating setelah habis exam integrasi 2...berikut adalah perbualan beberapa sahabat:
A: ni first time aku naik main ni..excitednyeeee!!!
B: dah lama la tak main, last main dua tahun lepas tu pun asyik jatuh2 je..kita main kat tepi jelah, pegang dekat tepi-tepi....huhuuu...
C: inilah masanya untuk aku menunjukkan skill bermain skating...takdelah pandai sangat tapi bolehla..hihiii
kasut skating
semua masuk....yang baru first time main, takut nak melangkah..tak boleh bergerak. takut. statik.
"macamana nak jalan niii, kan aku jatuh!! boleh ke angkat kaki?cmne nak meluncur" sahabat yang lain memimpin tangan dia, pegang dia...kasi motivasi, kau boleh...jalan je macam biasa, selangkah demi selangkah :D
mula-mula pegang kawan, jalan selangkah demi selangkah...lepas tu lepas, biar dia jalan seorang diri...masih takut-takut tapi berjaya memberanikan diri....jatuh dua tiga kali bukan lagi masalah, basah lencun baju seluar pun takpe...rasa macam bahagia sebab berjaya berjalan di atas ice, walaupun nampak pelik, jalan macam orang cacat takpeee..yang penting best!!
sahabat yang satu lagi dah berjaya meluncur, wehuuuuu....dapat lari-lari dalam tempat skating tu walaupun tak berapa nak laju...weh aku dah berjaya!!! tengok skaters professional dan budak-budak yang masuk kelas skating tu macam best jee...diorang boleh pusing-pusing, laju-laju boleh maintan balance tak rasa nak jatuh pun..nak jugak!!
sahabat yang baru first time main tadi dah boleh berjalan, jatuh bangun lagi, jalan lagi, jatuh lagi, bangun lagi...heheee...tak kisah pun yang penting berjaya main tanpa perlu pegang orang lain..dah berani orang kata :D
..................
nampak simple sangat, main skating je pun...tapi banyak membuatkan saya berfikir....mula-mula takut nak melangkah..sebab apa? sebab takut...nanti jatuh, sakit :( nanti orang tengok macamana?? tak pasal-pasal kena gelakkan..malulah!!!
itulah kita, takut sangat nak melangkah sebab takut jatuh, takut pandangan orang yang macam-macam...takut kena booo, takut dipandang pelik..if u never try, u will never know...cuba pun belum tapi dah fikir benda yang bukan-bukan kat belakang...
jatuh memang sakit, tapi itulah yang best, yang manis...sekali kita jatuh kita akan lebih berani, akan lebih kuat dan yakin :D
" to never fall is to never feel the real 'thrill' of ice-skating :D and each fall simply motivates you to rise up again, stronger!!
a simple caption from my friend ^^
yang dah boleh melangkah, bantu yang belum....dah dah boleh, cuba dan terus mencuba supaya jadi lebih baik...dari tak tahu apa-apa jadi seorang yang tahu banyak, jangan cakap tahu semuanya..tipu :p from nothing to something and from zero to hero..yes!!! we can do it! :)
........................
murabbi saya tanya " khad dah share ke dengan kawan?" haritu saya cakap saya nak ajak kawan, nak share dengan kawan....tapi saya belum ada kekuatan, saya takut dan tak yakin tapi lepas main ice skating semalam, saya ada satu kekuatan yang luar biasa..subhanallah!! ini gara-gara kawan saya yang menjerit takut nak berjalan dan melangkah akhirnya jadi seorang yang boleh skate walaupun tidaklah begitu lancar...
saya pun terfikir, kalaulah dia tak pernah nak cuba pun skate, masuk kat tempat ice skating tu sampai bila-bila dia takkan pandai, hanya duduk dekat atas memerhatikan orang lain bermain dan dalam fikiran dia, aku tak pandai skate, aku tak boleh skate nanti kalau aku main mesti jatuhhh...mesti sampai tua dia akan ada mind set macam tu, tak pernah nak cuba tak pernah nak ambik tahu...rugi kan sebenarnyaa...tak pernah nak rasa keseronokan macam orang lain rasa...
realitinya??dia yang takut tadi jadi seorang yang boleh main, meluncur dalam masa tak sampai sejam...saya pun boleh!!
................................
saya bukak fb, private message bestfriend yang sekolah menengah dulu, oh ya waktu di smkp saya ada geng berlima tapi saya contact sorang, yang ada ciri-ciri mahukan Islam tapi belum bertemu wadah...daripada chat biasa, tanya khabar, kehidupan kepada soalan yang lebih serius...saya tanya dia tahu tak usrah tu apa lepas tu dia cakap usrah dia tahu tapi belum sempat nak join...dan saya cerita itu dan ini sehingga dia tertarik selepas saya post video ni ^^ dia kata dia tanak jadi robot...comel!! hehee
subhanallah!! dia sangat tertarik dan pagi ni dia bagitahu dia nak join usrah...saya tak ajak pun, saya cube bercerita tapi dia memang nak....Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya, disebabkan saya pernah mengalami benda ni, dan saya memang tak suka buat sesuatu kalau memang dipaksa jadi saya hanya kongsi apa yang ada sampai dia sendiri yang ajak saya buat konferens riang di facebook, ajak adik kembar dia dan sorang lagi sahabat baik kami :)
kawan cakap dia macam tahu wujudnya benda-benda ni semua tapi takde orang pun nak ajak dia :/ dia suka tengok 'geng muslimah' ni semua tapi tak tahu nak mulakan dari mana takde geng pun, xde member pun...nampaklah kan kat sini, ramai sebenarnya nak jadi baik, ramai sebenarnya hati-hati yang kosong menanti sentuhan yang basah, tapi belum berpeluang, belum ada yang datang menyentuh hati mereka...sayang sangat, seribu kali sayang
Alhamdulillah sambutan yang cukup memberangsangkan, kami akan mulakan usrah online minggu depan, insyaAllah...semoga Allah redha!
kisah ice skating ni sangat bermakna buat saya, permulaan yang baik buat saya di awal november ni..alhamdulillah!semoga ia turut menjadi permulaan yang baik bagi saya untuk masuk block baru..hehee :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
