nuffnang

    Showing posts with label bebas. Show all posts
    Showing posts with label bebas. Show all posts

    Saturday, October 20, 2012

    Jangan biarkan sindrom ini membelenggu diri anda ---> Baby elephant syndrome

    Assalamualaikum.......

    Alhamdulillah, alhamdulillah...alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan kepadaMu ya Allah...tuhan maha pengasih dan penyayang, tuhan sekalian alam...banyak benda dan perkara yang ingin aku kongsi tapi rasanya tidak terluah melalui kata-kata, melalui tulisan..sungguh!! hanya orang-orang yang merasainya sahaja akan merasa betapa sedap, betapa nikmat dan betapa indahnya kehidupan kalau disertai dengan kefahaman dan perkara-perkara yang kita pasti pengakhirannya...



    "Begin with the end in mind"



    kalau nak diikutkan, aku mungkin belum benar-benar bersedia untuk memikul 'tanggungjawab' dengan sibuk exam, sibuk dengan persatuan dan sibuk nak membuatkan mereka yang belum faham turut sama-sama faham kenapa dan mengapa...ada seketika aku merasa stress dan tertekan bila mana aku terpaksa mengabaikan keseronokan duniawi untuk menonton bertimbun-timbun filem dan cerita di waktu senggang, berehat-rehat guling-guling atas katil, berkaroke dan banyaaaaak lagi...tapi bila buka Quran, selak ayat-ayat cinta terasa bagaikan terkena panahan..ouch!! sebab tu benda ni tak boleh tinggal, kene selalu muhasabah diri, kene selalu bersama mereka yang bersemangat sebab takut bila dah sekali tinggal, kita akan tinggalkan untuk selama-lamanya...



    “Allah pelindung orang-orang yang beriman, Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Dan orang-orang yang kafir, pelindungnya adalah setan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan. mereka adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya”. (QS.2/257)



    Allah mungkin dah bagi kita hidayah sehingga kita boleh membuka hati seluas-luasnya dan mencuba untuk menjadi seorang yang lebih baik, mungkin bukanlah yang terbaik tapi adalah diri kita sendiri yang lebih baik :D Jagalah cahaya (iman) ni supaya kita tidak tergolong dalam orang-orang yang masih berada dalam kegelapan, terkapai-kapai mencari cahaya, mencari jalan keluar...kita sendiri pun kalau jalan tutup mata tak nampak cahaya gelap gelita susah la nak cari jalan keluar kan??



    okey saya nak berbalik kepada tajuk asal, baby elephant syndrom....pernah dengar tak??okey, ini bukan penyakit medic *mentang-mentangla bakal doktor* tapi ini adalah penyakit hati...saya pun baru je dapat perkongsian ni masa buat program dengan junior baru...heh, kita bukan setakat datang menyibuk, tapi dapat ilmu baru jugak tahu..heeee :p 


    gajah yang comell ^^


    ok secara ringkasnya cerita dia macam ni, sejak kecil anak gajah diikat dengan rantai di kakinya. Anak gajah cuba untuk melepaskan diri dengan kudratnya yang kecil tetapi gagal. anak gajah ni cuba berulang-ulang kali tapi masih juga gagal. Selepas beberapa tahun, anak gajah yang kecil tadi sudah menjadi abang gajah, kalau nak diikutkan dia mampu untuk melepaskan ikatan tersebut dengan saiznya yang sudah besar tetapi sudah berhenti cuba untuk melepaskan diri.  Jadi di sini kita dapat melihat bahawa abang gajah sudah berputus asa dan sudah bertukar kepercayaannya yang menyebabkan dia tidak berjaya.

    Inilah kesan ‘baby-elephant syndrome’ , di mana anak gajah tadi telah didoktrin bahawa dia tak akan boleh melepaskan diri sejak kecil. Kini yang merantai gajah tadi adalah fikirannya, bukan lagi rantai di kakinya. Maka letaklah matlamat setinggi mungkin dan bebaskanlah fikiran kita dari suara-suara negatif yang boleh membantut usaha. 

    Melaksanakan perubahan bukan satu pilihan, tapi kemestian. Syurga hanya memilih orang-orang yang hebat untuk menghuninya, maka pilihan yang kita ada hanyalah berubah ke arah yang lebih baik dan hebat kerana saya yakin syurgalah tujuan dan matlamat terakhir kita.

    adakah anda pun macam anak gajah ni tadi??jadikan kisah masa lalu sebagai alasan untuk kita berada di takuk lama, takut untuk membuat perubahan, latar belakang keluarga dan kisah silam tidak boleh merantai kita...ayuuh bangun dan bangkit membuat perubahan dalam diri...berubah tidak perlulah mendadak tetapi ia merupakan satu proses dalam diri kita, dari seorang yang tidak tahu kepada tahu, malas kepada rajin, negatif kepada positif..ayuuh!!!

    saya mungkin termasuk dalam salah seorang yang takut untuk berubah, setahun saya ikut tarbiyah saya melawan kehendak hati...tertekan dan stress :O saya rasa dan tahu saya kene berubah saya nak berubah tapi saya takut, saya tak berani saya takut tak dapat nak istiqamah...Allahurabbi T_T  

    mungkin kita dulu karoke dalam satu bilik, bermain bola dalam satu padang, bertepuk tampar dengan lelaki itu normal tapi bila kita dah tahu benda tu totally wrong, kita kenalah berubah..hohoooo... bukannya jadi anti lelaki tapi menjaga ikhtilat...kita bermesra sesama perempuan lagi baik bukan sahaja merapatkan ukhwah dosa pun tidak...cuba dari benda kecik-kecik macam ni lepas tu benda besar akan datang kemudian, insyaAllah..saya dah cuba!! awak pun boleh!!mari bebaskan diri dari 'baby elephant syndrome' :D

    "Don't let your past dictate who you are, but let it be part of who you become."

    Tuesday, August 31, 2010

    sudah merdekakah kita??

    credits to google =)





    selamat hari merdeka kepada semua...sedar tak sedar dah 53 tahun negara kita mencapai kemerdekaan..
    kalau kita singkap sejarah zaman dahulu,sudah banyak pergorbanan yang telah pemimpin negara kita lakukan demi mengecapi kemerdekaan samapi ke hari ini..

    persoalan sekarang,adakah kita sudah merdeka???tepuk dada tanyalah diri sendiri...
    tanpa kita sedari sampai saat ini rupanya kita masih lagi dibelenggu penjajahan dalam pelbagai cara...
    penjajahan dari segi pemikiran dan cara hidup,penjajahan yang kita sendiri pun tidak perasan yang sebenarnya kita masih dijajah!!!

    masalah sosial dalam kalangan remaja makin menjadi-jadi ..lihat sahaja di dada-dada akhbar...
    makin hari makin menjadi-jadi,kes yang sama berulang-ulang...pasangan remaja ditangkap khalwat,
    pasangan remaja dicekup,kes pembuangan bayi,merempit,dan macam-macam lagi

    merempit sana sini tak kira bulan puasa atau tidak..

    kes pembuangan bayi pun makin menjadi-jadi...sunguh menyayat hati bila tengok bayi yang baru dilahirkan dibuang merata-rata ibarat sampah...sudah hilangkah sifat kemanusiaan???sedangkan binatang pun tahu menjaga anak...ada yang buang dalam tong sampah,dalam lubang tandas dan ada yang tanam hidup-hidup..


    bayi yang tidak berdosa ini menjadi mangsa kerakusan dan nafsu serakah insan-insan yang tidak berperikemanusiaan...nyawa yang suci ini terpaksa menerima balasan akibat perbuatan manusia bertopengkan syaitan..hanyut dengan godaan dunia,lalai dengan keseronokan bercinta..




    sungguh sedih dan menyayat hati bila kulihat semua gambar-gambar ni...
    yang menjadi persoalannya semua remaja-remaja yang melakukan perbuatan terkutuk ni adalah anak merdeka...anak yang lahir di zaman kemerdekaan,inikah yang dinamakan erti kemerdekaan yang sebenar??bebas melakukan apa sahaja mengikut hawa nafsu tanpa mengira batasan??

    ada remaja seawal umur 13 tahun pun sudah melahirkan anak hasil perbuatan terkutuk dengan teman lelaki..dan hasilnya,anak yang dilahirkan dibuang dan disorokkan agar tidak diketahui umum...berapakah nilai satu nyawa??tidakkah mereka tahu bahawa mereka telah membunuh satu nyawa yang tidak berdosa??ramai lagi pasangan yang lama berkahwin tapi tidak berhasil menimang cahaya mata namun remaja-remaja bermasalah ini sewenang-wenangnya membuang bayi mereka sebegini..

    selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua...
    semoga kita dapat memahami erti kemerdekaan yang sebenar..
    buka hati,buka minda...fikir-fikirkanlah.....


    hasil tulisan:jaa
    gambar:google

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...