Assalamualaikum dan salam sejahtera :D
Pejam celik pejam celik, kuliah, pbl, presentation, pleno, exam non stop bla bla bla.....that's the end of my journey as a medical student at UKRIDA, jakarta....hurmmmmm...time flies fast right??i still remember the first day my friends and enrolled ourselves here, everything seem new things for us, lots to learn with new friends, new environments, new friends and language.
Alhamdulillah....alhamdulillah....alhmadulillah....Allah permudahkan semuanya, semester 2 dah habis dan hari ini bermulalah cuti panjang selama 7 minggu buat kami...jadi bolehla pulang berpuasa dan berhari raya bersama keluarga tersayang..heee ^^
lepas cuti sebulan lebih ni masuk pulak semester baru, semester 3...semoga perjalanan kami semua dipermudahkan oleh-Nya untuk menghabiskan 30 blok dan masuk klinikal dan pulang berbakti kepada rakyat Malaysia pula..heee, jauh sungguh berangan kan, perjalanan masih lama dan banyak lagi ranjau dan onak duri perlu ditempuhi tapi takpelah, itukan impian...biar impian setinggi bintang, boleh jadikan motivasi pada diri sendiri...ok for this entry, i just wanna share some stories and experiences along my one year journey here :)
ok this is the first day, 6 september 2011
semua nampak baik, innocent tak tahu apa-apa lagi....dengar dosen cakap pun banyak tak faham walaupun bahasa tak banyak beza tapi masih ada perkataan yang membuatkan kesalah fahaman dan tak faham...belum benar-benar jadi penonton sinetron sejati..lol!! kalau tengok pun kan masih ada subtitles dan masih lagi boleh faham kan....tapi sekarang dah lancar siap boleh cakap bahasa gaul lagi...woooo.. bahasa gaul tu macam bahasa pasar ataupun lorat macam tu laa..
Belajar untuk semester satu macam takde apa sangat...kami belajar etika kedoktoran, communication as a doctor, and basic biology that we already learn at school and college before...overall, we just need to submit our assignments, discuss with groupmates and do presentation...owhh, semester 1 memang untuk kita bersenang senang dulu, untuk belajar bahasa indonesia yang benar, untuk kenal dengan kawan jakarta dan menyesuaikan diri kat sini...start semester 2 baru masuk belajar tajuk basic medical studies like physiology, biochemestry and histology...masalah bahasa bukanlah masalah utama lagi lepas tu :)
Gambar ni time kitorang pergi buat baksos (bakti sosial) bagi makanan dengan alat-alat mandian harian dekat orang yang tinggal bawah jambatan tu...sedih sungguh tengok keadaan mereka dengan anak-anak yang tak bersekolah lepas tu diorang makan tidur kat bawah tu saja...siap ada baby yang baru lahir lagi kat situ, haa baru nak rasa bersyukur kan..erm...
masih dengan anak-anak kecil yang tinggal bawah jambatan tu :(
memandangkan kami datang tu kan lepas raya puasa lepas tu sambut hari raya aidiladha dekat Jakarta jelaa...first time beraya di perantauan..hohooo...tapi lepas ni memang tetiap tahun raya korban kat sini laa sebab cuti sehari dua je pun...tapi raya puasa tu mungkin lama sikitlah, macam kali ni...biasanya senior cakap cuti tak pernah sampai sebulan tapi bila dah time kitorang sebulan lebih wooo..untunglah sangat kan..weee...
pagi tu kami solat sunat hari raya dekat masjid kawasan sekitar ni je lepas tu baru pergi ke kedutaan untuk sama-sama menyambut kat sana....pagi tu ada sembelih lembu pastu masak beramai-ramai dan makan ramai-ramai jugaa
sesi menolong masak memasak di kedutaan
Bulan Disember tu kan ada cuti Chrismast tapi saya tak balik pun sebab join program permai (perhimpunan mahasiswa islam Malaysia di Indonesia) dan adalah join beberapa program Islamik dan join persatuan pelajar kat sini PKPMI (persatuan kebangsaan pelajar Malaysia di Indonesia) dan bermulalah saya join beberapa program dan bergiat aktif..lol, aktif la sangaaat...
kem pkpmi bersama senior
saya ni jenis yang tak boleh duduk saja-saja belajar menghadap buku semata-mata...saya suka berjalan, join aktiviti, program dan rasanya dengan join persatuan pelajar macam ni bolehla ikut aktiviti yang diorang buat...lepas tu saya dah masuk usrah yang mungkin dulunya saya anggap ekstrem tapi sebenarnya group usrah ni sangat best!!!persepsi orang terhadap usrah tu kene tukar sebab diorang tak join, kene join dulu baru tahu..heee :D banyak jugak program macam daurah yang saya join seperti hamka dan jumpa sisters yang sangat best...banyak benda baru yang saya belajar (^_^)v
main boling bersama sister usrah...
ok apa lagi ek, saya tulis mana yang ingat jelaaa..banyak sangat menda yang berlaku sepanjang setahun ni, orang kata kawan ketawa senang dicari tapi kawan menangis sukar dicari....ntah laaa, saya kat sini tak tahu sape 'bestfriend'...i mean a friend who i can share everything, do everything together macam orang cakap di mana ada gula di situ ada semut...semua orang boleh jadi kawan baik, bukan nak kata takde kawan, cuma saya jenis yang flexibe, boleh masuk dengan sesiapa sahaja asalkan orang tu pun boleh masuk dengan kita, easy-going la orang kampung saya cakap...kalau nak ikut proram tu, pergi dengan orang tu nak ikut program ni pergi dengan orang ni...kiranya lebih kepada berdikari, selagi mampu buat sendiri sensorang kita buatlah sendiri tapi kalau buat ramai-ramai baru best kann..
makan-makan dengan batch-mates!!! inilah bestfriend saya sebenarnya..ni jee pun takde dah yang lain..sikit sangattttt kan kalau nak compare dengan batch lain..huhuu
ok ni dekat library ukrida
rasanya time ni diorang suruh ajar english...Oh My English!!!! aku yang english lintang pukang grammar tunggang langgang ni pun disuruh ajar english??LOL sangat! tapi sebenarnya penguasaan english malaysian memang sangat bagus kalau nak compare to indonesian, thumbs up for that!! mungkin sebab diorang tak guna english sangat terutama yang tinggal dekat daerah-daerah, kalau yang tinggal dekat jakarta ok je ramai je yang pandai...tapi banyak yang kalau kita cakap simple word pun tak faham..kan awal-awal dulu selalu gak speaking dengan presentation biasa pakai english sebab dah biasa present english kan dulu-dulu pastu diorang cakap tak faham..urmmm...tapi sekarang ni ok dah, siap kene tegur dengan lecturer lagi "kamu kuliah di Indonesia, jadi haru pake bahasa Indonesia yang benar" gulp!! telan air liur...member indonesian aku baca report a.k.a makalah aku dulu-dulu pun pening..hahaaa
skill lab penyuluhan ni antara salah satu skill lab yang saya suka sebab kita kena prepare poster then present about it...yang pasal gizi ni macam nutrisi untuk anak-anak kecil dan bagaimana perkembangan mereka dari kecil sampailah besar..lepas tu cerita tentang puskesma iaitu tempat untuk ibu ibu mengandung datang check perkembangan diri mereka dan anak-anak kecil...selain puskesmas kat sini ada posyandu...banyaklaah mende baru...
ni gambar pokok krismas besar dekat mall central park...comel sangat!!! dia akan pasang lagu kemudian lampu lampu ni semua akan bertukar tukar bentuk dan warna serta pelbagai corak yang sangat menarik...
ok nak cerita perjalanan di semester dua pula...untuk sem 2 kami kan dah masuk basic medical stusies, jadi kami dah jumpa cadaver, hafal tulang, organ, otot apa semua kan...pastu kena pergi rumah sakit husada untuk praktikum sebab dekat kampus kitorang takde cadaver tu...kena bangun awal-awal kalau nak pergi sana, tapi biasnaya waktu pagi macam tu tak macet pun..
sempena mafest '12 (malaysia festival) kami ada bukak gerai untuk jualan beberapa makanan..buat ala-ala style pasar malam gitu...lepas tu ada persembahan kebudayaan dan permainan gitulah...saya time tu memang bukak gerai tapi kena jaga meja pendaftaran, so layanlah orang yang nak datang daftar dan ambil no. cabutan bertuah tu ")
time ni kami semua join futsal juga pertandingan anjuran PKPMI...aku ajak je semua orang masuk dan join walaupun ramai sangat yang first time main, aku main pun dulu dulu lepas tu da lama tak main sampai dah tak gheti nak maih..hahaaa..tapi minat nak main tu masih ada, sekarang ni bila dah lama makin malas pulak nak main apa semua...itulah, dulu rajin jugak jogging tetiap hari tapi sekarang makin hari makin malas..aduyaii, apa nak jadilehh..hohoo...
Inilah groupmates untuk pbl dan skill lab bagi semester 2...mereka ni ramai kepala gila gila dan masuk air... cowok dua orang tu suka sangat usik aku panggil aku mak cik upin ipin entah papee...tapi aku layankan sajee..hahaa...satu group dengan diorang ni sangat best sebab sempoi sajee semua, takde nak stress nak buat discussion atau kerja group...aku selalu jugak buat study group dengan member indonesian dan jenjalan dengan diorang... ok je sebenarnya asalkan kita tahu menjaga batas-batas mana yang boleh mana yang tidak...diorang ni pun suka tanya aku macam-macam, dalam masa yang sama aku bawak nama negara dan agama kalau mereka tanya aku tentang malaysia dan Islam sebab majoriti bukan islam
ok rasanya tu saja yang nak dikongsikan, sebenarnya banyaaaaaak sangat aktiviti seperti pergi bandung, surabaya, malang, sukabumi, bogor lepas tu jenjalan dengan kengkawan,seniors join program bla..blaaa...blaaa tapi layankan saja apa yang saya tulis ni..heeee...semoga tahun-tahun mendatang akan jadi lebih baik daripada tahun ni...kena jadi lebih rajin dari segenap sudut, dari segi pelajaran dan pembawaan diri....kalau kita pandai bawak dirim jaga diri campaklah kat mana-mana oun atas dunia ni pasti kita boleh survive...ingat lagi mak aku cakap macam tu sebab aku dari kecik pun memang dah kena campak duduk asrama jadi dah biasa berjauhan dengan keluarga...
peace (^_^)v
selamat bercuti, berpuasa dan menyambut hari raya...weeeeeeee...saya dah cuti anda bagaimana??hahaaaa...tak perlu kot nak tanya soalan tu, orang lain dah cuti lama dah -,-' tak kisahlah yang penting masih dapat pulang ke kampung halaman...tahniah dan terima kasih kepada semua yang baca entry ni sampai ke titik penghujung...panjang ni tahu?hahaaa...
2 comments:
semoga jadi doktor yang berjaya :D
Selamat bercuti, ulangkaji jangan tinggal. :D
Post a Comment