nuffnang

    Wednesday, April 29, 2015

    MIMS

    Assalamualaikum wbt. all readers.


    for those who read my previous post about my father will know that my abah just had operation last week. kalau belum baca, nak baca kat sini : ABAH 

    Abang dah cakap yang abah tak dapat datang, ye lah nak jalan pun susah apelagi nak travel jauh-jauh. so semalam aku call abah, abah cakap dia demam. lepas tu abah bosan tak dapat buat apa kat rumah sepanjang dia sakit, abah tak pernah sakit lama-lama sebelum ni. huhuuu. satu hal yang buat aku menitiskan air mata ialah bila abah cakap, abah nak sangat datang konvo kak ja tapi nak buat camne tak dapat. terus guwe nangis, aduyai. satu, aku harap sangat ma dengan abah boleh datang masa hari konvo aku. Dua aku rasa terkilan sebab aku cuti dua minggu menanti masuk stase tapi nama belum ada. tiga, aku tahu aku dah takde cuti lepas dah masuk koas ni. sedih bangetss T_T


    Takpelah at least ma dengan bang mat datang, takpela semoga abah cepat-cepat sihat, boleh berjalan macam biasa. insya Allah doakan ye menteman :*


    oh ya, back to may topic. MIMS. 

    do you know what is MIMS? 
    Ok for those who don't know, MIMS is a database of prescription and generic drugs, clinical guidelines and patient advice.

    ade je dekat website, buku pun ada. tapi buku MIMS aku ada je tapi dok terperap je dekat almari tu, masih baru. nampak sangat memang tak baca sangat, haritu pun baca sebab nak OSCE, lepas tu jadi hiasan padahal berguna sangat buku ni sebenarnya especially nak presribe ubat dekat patient. sebab dah ada complete indikasi, kontraindikasi pada patient, dosage and maximum dose. mungkin sebab belum masuk rumah sakit, jadi tak berapa nak pakai lagi.





    apa kisahnya dengan MIMS ni, oh hari isnin yang lepas aku pergi ke sebuah klinik belakang rumah ni je, nak suntik third dose hepatitis B. Oktober dan November lepas dah suntik twinrix (hep.A+ hep.B), kata doktor, third shot tak perlu twinrix lagi, nanti suntik hep. B sahaja.. oh sebagai pencerahan, untuk dua kali suntik tu aku buat dekat hospital, tidaklah jauh mana tapi harus ambil angkut dulu dan harganya lebih mahal hospital international katakan.


    bila dah menunggu buat hampir setengah jam, aku dipanggil masuk. no.37. orang dekat klinik ni tak ramai pun tapi sebab dokter yang available sorang je. bila masuk dokter tanya, banyak benda. kamu dah suntik berapa kali, ada keterangan kad vaksin? vaksin tanggal berapa? ada bawak kotak vaksin dll. aku cakaplah details setakat yang aku tahu, lepas tu dia pelik sebab aku suntuk twinrix dan taraaaa... dia buka MIMS ni depan aku.


    yeah, she knows that i'm a medical student. dia langsung cari part twinrix, dah kat situ katanya twinrix for adults kena 4x. itu yang pelik, kawan aku cakap vaksin hepatitis A sekali pun cukup. doktor kat hospital cakap twinrix 2x and terakhir yang ketiga vaksin hep. B sahaja.lagipun dia takut ubatnya tak sama nanti tak efektif pula, tapi vaksin hep. B tu memang engerix punya. 


    selepas tu dia suruh aku tulis sendiri dekat ruangan anamnesis : mahu disuntikkan vaksin hepatitis B, sebelumnya sudah disuntik twinrix sebanyak dua kali. dia suruh aku tanda tangan, dan fikir dulu baik-baik adakah aku mahu meneruskan atau kembali pergi ke hospital tempat suntik tu. disebabkan doktor tu pun macam suruh aku fikir, dan dia pun tiada rekam medis di situ aku pun buat keputusan untuk batalkan sahaja niatku hari itu. esok sahaja aku pergi suntik di hospital, supaya complete di sana sahaja.


    bukan apa, tindakan doktor tersebut bagi aku logik dan bagus, sekarang banyak kes saman dokter yang berlaku akibat doktor tak betul betul edukasi pasien, bagi ubat salah, indikasi salah dan sebagainya. alamatnya kalau memang salah boleh masuk penjara tak  dikenakan tindakan pidana yang lain, sebab tulah kot dia suruh aku fikir betul betul dan buat keputusan dengan logik dan waras. aku terus balik dan esoknya pergi suntik dekat hospital


    Doktor dekat hospital tu tanpa banyak tanya terus suntuk aku dengan hepatitis B. entah aku pun tak tahu yang mana benarnya, tapi mengikut pada MIMS memang begitu, tapi doktor tu mesti dah banyak pengalaman dan lebih tahu. semoga baik baik saja dan vaksin tersebut dapat bekerja menghalang penyakit masuk ke tubuhku, almaklumlah nak masuk koas ni memang sangat sangat terdedah dengan semua benda ni, nak kena suntik patient.


    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Apa kaitan cerita mims tadi sebenarnya. meh aku simpulkan la sedikit.

    1. kalau kita ada sesuatu barang/ benda tapi kita tak pakai tak guna jugak, langsung tidak mendatangkan manfaat sebagaimana MIMS kepunyaaku yang hanya menjadi pajanan di almari. kalau kita ada sebarang ilmu, tak kisahlah sikit ke banyak, sharelah dengan orang lain melalui pelbagai medium, whatsapp, line, facebook, blog dll. at least kalaupun tak dapat banyak, adalah jugak saham yang boleh kita kumpul gituw.

    2. make agreement/ comfirmation before doing something. kita hidup dalam dunia yang penuh dengan onak duri, salah sikit akan langsung bermain dengan tindakan undang undang menyebabkan kita lebih berhati hati untuk membuat sebarang keputusan. benda paling simple nak pinjam barang orang, mintalah dulu keizinan dari tuannya. jangan main redah saja. think bout others, not just ourself. kalau diri kita nak berjaya, nak masuk syurga sanggupkah tengok kawan ketinggalan melata entah dimana mana? think.

    3. Refer. Always refer to those who knows better than you. kemampuan dan pengetahuan kita terhad, tanyalah pada yang pakar dan lebih tahu tentang sesuatu perkara. we are not capable of doing everything on our own. minta tolong dan bertanya, supaya kita tak sesat jalan dan membuat hal yang sia-sia. kadang-kadang sesuatu itu ada di depan mata, tapi disebabkan kita tidak tahu pasti kita akan tersesat jua.


    OK that's all. kisah aku dan MIMS. Alhamdulillah settle third shot.

    p/s: menunggu ralat stase besok, if nama belum keluar masuk minggu ketiga aku berlibur. 





    Wednesday, April 22, 2015

    abah

    Assalamualaikum.


    kepada pembaca jaa's story pasti tahu yang aku memang jarang post hal family kat sini. biasanya kalau bukan hal diri sendiri, hal campus, study dan random post about life. tapi kali ni nak tulis khas buat my one and only abah kesayangan. 


    minggu lepas, call ma dan dia cakap abah demam dah hampir seminggu, xlalu makan. dah makan ubat, tapi still demam jugak, aku suruh la pergi klinik check, maybe doctor check darah, bagi antibiotic ke apa. esoknya adik cakap kaki abah bengkak sampai xdapat nak jalan, ingatkan gout abah datang menyerang, sebab abah da sakit kaki adik yang kena bawak abah pergi klinik naik kereta. walhal adik tu lesen kereta pun takda lagi.


    bila doktor check, rupa rupanya abah ada luka dekat tapak kaki, dah bernanah dah luka tu T_T tapi abah langsung tak perasan. bila difikirkan balik, aku terlupa abah ada DM, yang boleh membawa komplikasi neuropathy. abah takde rasa sakit pun kat kaki padahal dah bengkak dan bernanah. doctor buat debridement pada luka tu dan suruh datang setiap hari, namun demam abah still tak turun sampaikan ma bawak abah pergi hospital dan warded. 


    perawatan luka pada orang diabetes tak sama macam orang biasa, lukanya lambat sembuh dan memerlukan perawatan teliti, satu hal dia dah tak rasa sakit, itu kalau tak pergi klinik sebab demam mungkin tak sedar tapak kaki dah parah. abah tak pernah lagi alami luka pada kaki yang teruk sebelum ni, mungkin baru je komplikasi tu terjadi. cuma abah ada mengadu sekarang dia dah tak boleh makan pedas, rasa macam semua otot otot menipis t_t memang betul, komplikasi DM ni boleh jadi penurunan berat badan, otot jadi atrofi, mata kabur, masalah pada kidney dan diabetic foot. Allahu jauhkanlah abah dari semua semua itu.


    sebelum ni pun tak pernah lagi abah mengadu yang dia tak rasa kalau ada luka, abah di saat usia 55 tahun kena lalui semua ini. ma cakap a few day before that abah pergi kawad kaki. lepas balik dari kawad dia demam, padahal sebenarnya demam sebab ada infection pada tapak kaki tu. asalnya luka melecet, namun abah masih lagi berjalan ke sana ke mari pergi kerja tanpa menyedari tapak kakinya luka melecet. kalau orang biasa dah luka sedikit pasti dah rehat sampai sembuh kan, tapi disebabkan dia tak rasa dia masih lagi buat hal macam orang normal yang tak ada apa-apa. 


    Tiga hari di hospital setiu, ma cakap abah kena transfer ke Hospital sultanah nur zahirah, hospital besar terengganu sebab nak kena operate. abang, kak long semua balik. hati ni rasa nak balik je, tapi ingatkan tak sampai dua minggu lagi diorang nak datang, dan sekarang ni tengah menunggu stase mana tahu nama keluar untuk masuk first rotation. abang pun xkasi balik, kebetulan juga ada adik lelaki baru habis SPM, so daripada dia takde buat apa dialah yang diharap untuk jaga abah juga. 

    dua hari lepas operation, Alhamdulillah everything went well. call abah semalam pun abah dok gelak-gelak dia kata tak sakit, nak sihat dah. kak long cakap abah bagitau doktor nak sihat cepat, nak pergi jalan-jalan nak datang Jakarta. oh menangis aku di situ. tiket return dah beli sia-siap dah untuk abah dan ma. tiket dari (Terengganu) TGG-KLIA2, KLIA2-CGK(jakarta)  pada 30 April dan tiket balik CGK-KL dan KL-CGK pada 4 mei. mereka akan datang dengan abang sekali untuk wisuda pada 2 mei ni, insya Allah.



    semoga Abah dapat keluar dari hopital cepat-cepat, luka cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. aku risau jugak, tapi bila tunjuk gambar dekat kawan-kawan yang dah biasa operate kaki diabetic macam ni, katanya operation abah ni simple je, baru superficial tak sampai tulang lagi dan insya Allah boleh sembuh dalam masa seminggu dengan syarat luka kena betul2 betul jaga, tak banyak berjalan dan tak boleh makan makanan manis.

    sekarang dah 22 April
    8 days to go. 

    insya Allah.
    doakan semua ye.



    nah pesanan buat semua. 
    eat less sugar, you're sweet enough already.
    have a healthy lifestyle.

    :)



    Monday, April 13, 2015

    brand new

    Assalamualaikum dunia.

    Pejam celik pejam celik dah habis minggu ketiga kepaniteraan dasar. Alhamdulillah everything went well. Dah settle judisium, jaga FMC 3 Kali, Dua kali siang dan sekali malam. Settle buat status dan juga bls semalam. Banyak dapat pengalaman dan kengkawan baru, usrah baru, tanzim baru, syura baru. Pokoknya semua barulah. Hati pun kena barulah ye. Everything need to be new, niat pun kena sentiasa perbaharui. Let's tajdid our niat :)


    Dalam kita meniti hari hari baru, perjalanan liku hidup yang baru jangan pernah kita lupakan  masa lalu. Tetiba teringat dalam buku sejarah dulu ada quotes yang menyatakan barangsiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya. Ya, it's sunnatullah. Hal yang pernah berlaku dahulu pasti akan berulang lagi. Bukanlah kira mengingati masa masa dulu sehingga kira tak boleh nak move on, teringat hal yang sedih lama lama. No! Bukan itu yang perlu kita ingatkan, tapi kita kena belajar dari kesilapan kita dulu, kita perbaiki, dan apa yang kita harapkan  adalah kira dapat jadi seorang yang lebih baik padsa masa yang akan datang. Life is all about  learning and exploring new things everyday. Macam status Whatsapp kita :p


    Selalu cakap dekat diri sendiri.

    Semoga aktiviti hari ini berjalan dengan lancar dan baik.
    Semoga aku jadi seorang yang lebih baik dari semalam.
    Semoga semua orang senang dengan aku hari ini.
    Semoga Allah terima amal amal aku pada hari ini.
    Semoga Allah menjaga aku dari melakukan maksiat dan dosa.

    Insya Allah.

    Selalu minta. Selalu Doa. Al mathurat jangan lupa baca pagi dan petang, Doa dalam almathurat tu insya Allah dapat menjaga kita seperti mohon perlindungan, mohon kesihatan tubuh badan, mohon dijauhkan Dari kesedihan, lemah, malas, hutang, mohon kesihatan pendengaran, penglihatan dan banyak lagi. Cuba kita perhatikan dan renungkan. Cubalah  kiranya kita membaiki diri kita apa yang kurang. Insya Allah Dia kan maha pengasih dan penyayang, kalau benar benar kita yakin. Kira takkan pernah rasa lemah dan nak give up. He knows best ^^


    with groupmates. kelompok 13 during our on-call at emergency room. takde patient, so kita bergambar! ^^



    Bebudak padas 2, 170 orang semuanya

    yudisium! menunggu hari ini untuk pakai white coat ni selepas angkat sumpah janji.



    all malaysian, ten of us from batch 2011 and others are seniors. let's fighting!
    next week insya Allah bakal masuk koas, rumah sakit mana, departmen mana pun belum tahu. jauh lagi perjalanan, lama lagi kurang lebih setahun setengah tinggal. apa yang aku harap semua berjalan dengan baik, dipermudahkan dan cepat cepat boleh balik berkhidmat kat Malaysia pula :)


    sebenarnya, nak balik berbakti dengan parents, oh tak sabar nak tunggu 30 April, may birthday and they are coming for my graduation day :D 


    ok that's all. 
    all new. brand new.



    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...