nuffnang

    Tuesday, May 8, 2012

    saya cuma......kecik hati :'(

    Assalamualaikum........




    saya bukan nak marah saya bukan jenis yang suka berdendam...
    cuma saya rasa kecik hati bila awak cakap macam tu..
    niat baik saya telah awak salah ertikan, salah faham
    saya cuba yang terbaik nak jernihkan keadaan...
    tapi saya telah menjadi mangsa keadaan :(



    kenapa awak perlu tengking dan marah saya???
    awak nak marahkan orang lain tapi kenapa saya yang jadi mangsanya??
    saya cuba bersabar dan terik nafas dalam-dalam...
    dalam hati saya sangat sakit, pedih dan perih (T_T)



    saya malu dengan semua orang yang dengar time awak marah tu
    saya tak nak keruhkan lagi keadaan...


    saya hanya mampu diam dan membengkak dalam hati...
    saya tahu duri dalam hati ini akan menyebabkan nanah nanti
    kalau dia tidak dibuang dan dikorek secepatnya...
    boleh juga menyebabkan penyakit lain yang tidak diingini...
    sebab tu saya nak cuba ubati dia...




    dan kepada awak, in case awak baca entry ni....
    saya rasa awak perlu berubah, jadi lebih sabar dan bertenang..
    jangan nak marah dan tengking orang sesuka hati......
    cuba faham perasaan orang lain juga kalau awak di tempat dia...


    saya tak marahkan awak, saya still nak fikir positif
    awak mungkin penat, stress sebab tu jadi cmni....
    i just need some space and time for myself...
    saya bukan berdendam atau merajuk...





    saya cuma....
    saya cuma....
    saya cuma...
    saya cuma....



    kecik hati..




    i hope u can think bout others too ^^



    kita bukan setakat kena jaga hubungan dengan Allah je, tapi hubungan sesama manusia itulah yang lebih penting... kalau kita faham tapi tak amalkan dan hayatinya memang takde gunanya lah kan   :D

    Saturday, May 5, 2012

    Gerai Padaiyappa!


    Assalamualaikum......

    Ahad ni kami akan bukak gerai jualan ala-ala pasar malam dekat kedutaan Besar Malaysia...heee, kami ada buat jualan beberapa makanan Malaysia...jom singgah nanti!!




    edit gambar sambil ngantok....buruk, comot ke??alaaaaa, xpelahh asalkan promosi tu ada...doakan agar perjalanan perniagaan kami berjalan lancar, makanan sedap dan cepat laris..hehee... memang ngantuk sangat dah ni, nak tido tapi gagahkan diri update blog nak share gambar yang tak berapa nak kemas sangat ni...






    Wednesday, May 2, 2012

    I am officially 21 !!

    Assalamualaikum.........


    Alhamdulillah...mula mula sekali syukur kepada Allah sebab dengan rahmat dan limpah kurnia-Nya aku masih lagi sihat walafiat, masih dapat meneruskan kehidupan pinjaman yang sementara ni dan mendapat nikmat yang melimpah ruah....bukan apa kalau kita hidup badan tak sihat penyakit sana sini wang berjuta pun takde gunanya ye dak?? sebab tu aku rasa nikmat terbesar yang aku dapat oh memang nikmat Islam, nikmat sihat akal fizikal dan nikmat dapat kawan-kawan yang baik, nikmat aku dapat ambil medic yang aku dari kecik cita-cita nak jadi doktor dan err..errr...banyak sangat nak list...apepun aku bersyukur sangat (^_^)v


    orang cakap bila dah masuk umur 21 tahun ni kiranya dah dewasa lah kan, dah layak mengundi kot...tapi aku tak sempat nak daftar so memang tak mengundi untuk PRU-13 ni, haahaa...tunggu next general election ok lagipun aku konfius nak undi parti mana #eh ...macam malas nak fikir tapi sebagai rakyat Malaysia tu tanggungjawab tu..orang kata amanah, jadi kita kena laksanakan...so i'll think about it for the next general election...kehkeh :p 


    lagi satu aku rasa aku kena pandai bawak diri orang kata ada prinsip hidup sendiri...tak mudah terpengaruh dengan media, cakap-cakap orang, magazine, internet..etc...tapi kena pandai jaga diri dan tahu prinsip hidup kita dan tahu kenapa buat itu, kenapa buat ini...kenapa tak boleh buat itu kenapa tak boleh buat ini..bukan main ikut jadik pak turut je kan...insyallah, aku nak kene jadi lebih matang dari segenap sudut dari segi cara aku bawak diri, pergaulan sosial, pergaulan, cara aku berpakaian, gaya percakapan dan semuanyaaa...aku kena hidup cara orang dewasa bergaul dengan orang yang lebih tua tu sebenarnya boleh membantu untuk mematangkan kita jugak kan...eh macam panjang la mukaddimah..hihi....


    aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua kawan-kawan dan family yang wish happy birthday...yang wish depan-depan ,ada yang call jauh dari Malaysia, kasi video yang sangat comel, sms yang buat aku nangis terharu, BBM, mesej dan post dekat FB, Twitter tak kiralah kawan alam realiti ke alam maya....tak kiralah kawan sebaya sekolah dulu, kawan sekampung, juniors and seniors, teachers and all...Subhanallah, i feel blessed! :D

    Kat sini aku ada screen capture beberapa wish birthday...thanx a lot korang!! tak mampu nak balas semua dan tak capture semua pun...















    Ini yang dari timeline FB :D


    dari timeline twitter ^^







    beberapa wish from BBM...tengok Harry tak habis2 panggil aku mak cik...taulah orang Malaysia kan sinonim ngan mak cik...tapi aku tak kisah pun..heehe :p


    from my sweet lovely BFF...love u too ieka! hugss :*



    itulah beberapa yang aku mampu print screen...sebenarnya ada je yang tertinggal, sorry ye :( haahaaa...apapun Alhamdulillah terima kasih atas doa kalian, insyaAllah aku akan jadi someone yang boleh berbakti kepada rakyat one fine day when i'm officially a doctor...pray for me friends!!heee....


    and.... what makes my day was my dear girlfriend bought me a suprise birthday cake!!! i never expect that they planned a suprise birthday party for me as most of us got class up until four and so tired   -,-   


    aku macam biasa kat bilik kemudian Farah panggil dia cakap "Kat, cepat datang ada emergency!!" aku macam err...apalah yang kecoh ni...pastu dia macam panggil-panggil aku pun pelik la...dahla Ain kunci pintu and switch off the lamp...aku macam dah panik, apa benda yang berlaku...bila aku dah bukak pintu tu diorang nyanyi happy birthday dan bawak kek..Ya Allah serius terharu (T_T)...mereka semuanya girl batch aku, comel kan diorang!!! memang comel!! aku sayang semuaaaa.....kitorang batch paling sikit sebenarnya 14 orang dan laki 3 orang..so girlfriends aku semua ada 11 orang kat sini :D


    ni lah dia girlfriends kat sini...pi mai pi mai tang tuu jugak!! takde dah yang lain..haahaa..ni actually gambar time game futsal hari tu...geng Piscok!! gambar semalam tak ambik sebab kitorang cantik sangat kat rumah..heeheee...so terlebih cantik gambar untuk tatapan personal je la ^^

    dan..ni lah dia kek yang depa beli tu...i like it so much..



    ohh okeylahh...sekali lagi aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberi doa dan ucapan selamat...semoga Allah merahmati anda semua..... terima kasih kepada kedua ibu bapa aku yang selama ini membesarkan aku beri makan, pakai pendidikan sehingga dah besar dewasa macam ni...doakan aku berjaya jadi seorang yang lebih rajin belajar, lebih matang dan segenap benda dan berjaya jadik seorang doktor yang berjaya..heeehee...


    terima kasih sudi baca entry yang panjang ni..much love (:



    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...