nuffnang

    Showing posts with label makan. Show all posts
    Showing posts with label makan. Show all posts

    Sunday, July 19, 2015

    Raya di perantauan 2015

    Assalamualaikum.

    Alhamdulillah. Its the third of syawal. Alhamdulillah for this opportunity. Sebulan berpuasa (for girls biasalah xpernah full -_-) dan di hari lebaran ni meraikan Kemenangan... Cuma apa yang beza skit tahun ni first time beraya di perantauan...


    Biasalah dapat cuti raya dua hari, jumaat sabtu. Memang xsempat pun nak balik...lagipun tiket domestik kl-terengganu mahal kemain...lebih mahal dari jakarta-kl...hmmm...kalau naik bus alamatnya beraya dalam bus ler, ticket bus pun da xda juga masalahnya...huhuu...jadinya memang decide xbalik raya...lagipun dah mindset awal2 kalau dah koas memang susah nak dapat cuti lama macam tengah pre-clinic dulu...


    Kalau diikutkan jadual yang asal memang aku kena jaga kat igd a.k.a emergency pada hari raya tu. Tapi dah minta tukar dengan groupmate dengan segala budi bicara dan group mate yang memang baik hati dapatlah kita beraya sampai raya ke-3.


    Jadinya selepas habis poliklinik hari jumaat tu aku dan dua orang lagi roommate, Malaysian juga pulang ke Tanjung Duren untuk menyambut hari raya di Kedutaan besar Malaysia.



    Pagi pagi raya kami naik teksi ke Kedutaan besar malaysia...rezeki dapat merasa macam2 Makanan malaysia walaupun xbalik raya..ada nasi impit, beriyani dan lemang..cuma xberapa lengkap sebab xde ketupat...alahai, inipun dah cukup bersyukur...tak ramai students tahun ni, ramai balik Malaysia dan yang coass pula ramai yang jauh xbalik Jakarta....


    Dapatlah juga bertemu kawan-kawan bila beraya kat sini..ok nak post gambar jela...

     All Malaysian students yang tak balik dan datang beraya di Kedutaan besar Malaysia, Jakarta. Ada juga yang tak balik tapi tak datang dan ada juga yang jauh..kalau still pre-clinic memang biasanya campus akan bagi cuti seminggu.



     Batch 2011. Hanya kami berempat. Heheh...yang lain ramai sedang Koas di jawa tengah. 
    And yeah. Foto wajib haruslah foto diri sendiri berlatarbelkangkan banner yang besar gedabak tu Kan..haha. Tanda pernah beraya di sini. Tahun depan tak tahu lagi, kalau konsulen baik kasi cuti bolehla balik, kalau tidak mungkin di sini lagi. Kalau tidak pun mungkin di luar kota yang kejauhan. :(


     Ini pula housemates yang tak balik. Hanya berempat saja tahun ni, yang lain ramai balik...


    Pergi kepo ke meja mereka. Heheh..Makanan da habis, tak sempat nak ambil gambar makanan yang belum dimakan, gara2 terlalu lapar melihat pelbagai juadah yang terhidang. Oops bunyi macam gelojoh sangat. :D 


    Ok dah. Banyak lagi gambar, tapi cukuplah sekadar itu yang aku tempelkan di sini...ini aidilfitri yang pertama di perantauan, tapi rasanya bukan yang terakhir...tahun depan Koas lagi, tahun tahun kedepannya mungkin kerja xdapat cuti..hohoho...nanti kalau dah nikah kena ikut suami beraya rumah mertua pulak..oh okey itu lambat lagi, paling awal 3 tahun lagi..insya Allah...


    Oh yaa..balik dari Kedutaan tu kami plan nak pergi ke pulau pada keesokan harinya, days kedua...memang gamble backpacking habis, nantikan post seterusnya..nanti aku update nak cuci baju dan mop lantai sekejap..


    Ok till then, thanks for reading :)





    Saturday, July 21, 2012

    Dinner di D'cost

    Assalamualaikum........


    Selamat menunaikan ibadah puasa dan perbanyakkan ibadah sunat yee kawan-kawan sekalian..heee, kali ni nak share beberapa gambar kami sewaktu makan bersama-sama si kunang-kunang buat kali terakhir sebelum pulang ke Malaysia :D

    kami berempat sampai awal sikit, naik angkut je pun..heee

     cermin tolong kami..heee


    sekeliling dinding D'cost ni adalah cermin...jadi tempat ni nampak tersangat sangatlahhh luas...dahla memang dah agak luas lepas tu dindig cermin yang buat pantulan tu nampaklah lagi bertambah luasa...agak ramai jugak orang malam tu, ehh tempat ni sepanjang masa ramai orang sebenarnya...


     farah dan hazirah :)


     ain and me

     innocent me with kak El 

    weee kak el ni dah habis tauuu, tunggu nak angkat sumpah jadi doktor September ni lepas tu BFG (Back for good) wahh bestnyee...selamat masuk ke alam pekerjaan pulak!!


     kak diba, farah,haz



    kak Diba yang ambil gambar,tak cukup complete la 6orang cmni...

    ok makanan kami dah sampai!!meh nak tunjuk apa yang kami makan, tapi tak sempat snap semua ada lagi lauk yang belum sampai tapi kami dah dulu makan..heheee...ini sebenarnya makanan laut so ada ketam udang kerang apa semua..suka kerang!! tapi hari tu semua kerang habis :( diorang ni orang suruh makan je ketam udang tak nak pulak, akhirnya kami pesan 3 ekor ikan..


     ikan kerapu panggang masak lemak (kalau tak salah :p )


     kangkung goreng


     sayur campur

     mango juice

     strawberry juice


    selesai makan!! kami pun pulang..heeee..semoga jumpa lagi nanti lepas raya, InsyaAllah :)



    Wednesday, July 11, 2012

    Nasi uduk kebon kacang :)

    Assalamualaikum...........


    Sebelum ke Raihan untuk membeli baju-baju (ok yg ni nanti saya cerita) kami singgah lunch dulu dekat nasi uduk kebun kacang ni....kedai makan ni agak famous sebab kalau lihat dekat tempat-tempat yang harus dilawati di Jakarta adalah di sini...kalau jejauh nak datang makan nasi uduk je fikir tiga pat kali gak kan, memandangkan kami dah memang ada hal lain singgah ajelaa ^^



    menu...mau makan apa??


    air kelapa...hurmm..sedapp ^^

     farah dan ain


     aku yg rindu kelapa kampung..hahaaa..ah, sedap betul kalau panas-panas lepas tu dapat pulak minum air kelapa yang segar dari pokok..ohh, tapi aku balik nanti bulan puasa memang tak dapatlah nak minum hari siang yang panas tu, buat berbuka bole la kot :)


     inilaa nasi uduknya...aku try hati dan ampela kat sini, macam pelik2 sikit lauk dia...udang sotong dahla aku takbole makan kan, lepas tu ayam jantan macam pelik je...so ini je pilihan yang aku rasa boleh....banyak je aku je yang macam tak,hahaa :p


     nasi uduk dan lauk-lauk :D


     Sotong satu cucuk lidi tu saje...


     sotong jugak

     Alhamdulillah.....dah siap makan..heeee


     inilah kedainyaa..




    Ok....rasanya boleh tahan la tapi aku pun tak tahu kenapa dia popular sangat...kalau korang nak tahu pergilah cuba sendiri..hehee...dekat area Rawamangun, Jakarta :)


    Selamat makan!! thanks for reading :D



    Sunday, April 29, 2012

    makan di Soto ayam lamongan Pak Rejo

    Assalamualaikum.....


    Habis je kelas anatomy dekat RS Husada saya dan dua lagi kawan nak mengisi perut dulu...laparr sangat, tapi macam takde kedai makan je yang dekat...lepas tu kami naik angkot dan pergi cari tempat makan dan jumpalah kedai ni, Soto ayam lamongan Pak Rejo di dekat kawasan mangga besar, Jakarta...

    pemandangan dari luar kedai...hijau kuning gitew!



    ni ayam penyet (:


     nasi goreng Yulita (:



    yang comel ni namanya Ria..heehee...dia tinggal dekat je ngan kosan saya, jadi kami bareng (sama-sama) pergi ke rumah sakit tiap-tiap minggu...hurm, biasalah saya sensorang Malaysia kelas E jadi memang nak tak nak memang saya kawan dengan budak local semua...majority Malaysia batch saya dekat kelas A


    Mie kuah  jawa Ria...nampak macam mee kari je kan...



    pemandangan depan kedai....


    overall makanan kat sini berasaskan makanan jawa dan rasanya pun boleh tahan sedapp....bolehlah kami hilangkan rasa lapar sebelum balik....sebenarnya bau formalin tu boleh buat pening kepala, terutama kalau perut kosong...tapi bila dah lama-lama jadi biasa je...dah lama saya tak share kedai makan kan, asyik masak je sekarang (^_^)v



    Friday, April 6, 2012

    Dinner at Pancious Pancake house

    Assalamualaikum.....


    Dah lama rasanya tak kongsi pasal tempat-tempat makan yang best, selalu je sebenarnya keluar makan tapi tak ambil gambar, nak buat entry pasal makanan tapi tak ambil gambar memang tak ummpphh la kan..heeehe...jom!!kali ni saya dan beberapa lagi kawan pergi makan dekat pancious pancake house dekat mall Taman Anggerik :D




    Boleh tahan ramai jugak sebenarnya orang yang makan kat sini, penuh taw hari tu...kami kena queue dulu sebelum masuk, tengok tuu full house okeyy..aku ikut depa ni makan..heee ^^



    pancious pancake house :D


    K.Ain dan anis..kan dah cakap mereka ni ada iras2..kann


    k.mira a.k.a kak adik dan vais... tak tahu nape panggil kak adik dahla kak, adik pulak kan..hehe..jom layan tengok apa yang kitorang makan hari tu..


    nanchos with beef bacon..yummy!

     strawberry cheese kot..haha

      risotto chicken and mushroom :*

    ada lagi tapi tak ambil gambar,nama makanan pun dah lupaaa..haahaa...tak gheti eh nama western food ni :p

     dah habessss!!licin makan tu...


    okey, muka kekenyangan..alhamdulillah :D


    OK last sekali dapat free ni!!!untuk pembelian lebih rp 150k dapat satu ni....mulanya semua dah cakap kenyang hapelah, tapi bila da sampai......sekejap je habisss!!haaaahaaa..lawak je :)

    kitorang duduk sini ^^

    memang kenyang makan kat sini, nak nyanyi pun dah tak larat...ok kalau korang masih penasaran atau nak tahu apa lagi menu yang ada kat sini, kat mana location dia korang boleh bukak website ni http://www.pancious.com/ dan bersedialah untuk salivate!!haaaha...makanan dia semua mengancam dan menggoda jiwa tahu..haihhh...kepada yang berdiet lupakan jelah niat tu -,-'



    Tuesday, November 1, 2011

    seafood at Muara Angke (^_^)


    Assalamualaikum...

    hari ni nak share satu lagi tempat makan seafood di Jakarta iaitu muara angker..kalau hari tu saya cerita pasal D'Cost, restoran seafood tapi kali ni tempat dia special sikit...dah namanya muara, mesti kat muara kan..heehe..bagi penggemar makanan laut tempat ni mungkin salah satu tempat yang wajib dikunjungi kalau ke sini....untunglah bagi sesiapa yang sukaa dan boleh makan makanan laut sesuka hati tak macam saya...i'm allergic to seafoods (read here)

    kami ke sana dengan menaiki angkut (angkutan awam), salah satu kenderaan awam harian penduduk di sini...kami menyewa angkut dan naik dalam 10 orang cmtu, kalau nak teksi mahal...terutama pulak kalau macet a.k.a traffic jam...kalau pergi ramai-ramai baru best...jom tengok entry bergambar...weee =D


     kami semua pesan air kelapa...



     kerang hijau bakar..best!!

     ikan ape yek??pun sedappp hingga menjilat jari :)

     antara lauk-lauk lain...ada sotong goreng tepung, udang masak merah, ikan bakar...memang perhhhh!


     mas yang sedang bakar otak-otak..heehe...otak-otak pun best, sebelum tunggu makanan sampai kami makan otak-otak ni dulu...

     antara mereka yang terlibat makan..heehe, senior yang ajak ni :)

     mereka lagi...

     dan mereka jugaa...saya mana??lol! =p

    perasan tak kitorang duduk bersila sebab kedai ni macam dia buat tempat duduk, then boleh duduk bersila makan ramai-ramai cam kat kampung gitu..baru masyuk kan..heehe...kedai pulak banyak kat sini...lagi satu, dekat dengan area ni ada pasar yang jual banyaak sangat ikan, udang, ketam..etc..etc...dahla besar-besar..kita boleh beli piluh sendiri yang mana kita nak pastu suruh orang kedai tu masakkan untuk kita, nak masak pedas ke, masak kicap ke..semua boleh :) unik kan?

     amacam??menggoda tak?

    kalau bahasa indonesia panggil lain sikit...
    sotong : cumi
    ketam: kepiting
     lagii...
    dan lagiiiii


    dah siap makan..nak pulang..


    saya makan kerang dengan ikan jee...yang lain tak bole makan..huuuhu...


    p/s: sorry kualiti gmbar kurang, pakai phone murah jee..huhuu

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...