nuffnang

    Showing posts with label hari raya aidiladha. Show all posts
    Showing posts with label hari raya aidiladha. Show all posts

    Tuesday, October 13, 2015

    selamat hari raya Aidiladha 2015

    Assalamualaikum...

    masuk tahun ni adalah tahun kelima menyambut hari raya aidiladha di Jakarta. sejak 2011 memang tak pernah ada cuti pun lah, cuti pun sehari je...macam biasa aku tak pernah miss pergi kedutaan besar untuk sambut di sana, bolehla juga merasakan hari raya, bertemu dengan Malaysian dari pelbagai university dan yang bekerja di jakarta....ramai rupanya malaysian kat jakarta ni...hehehee :)


    pagi pagi dalam jam 6 pagi dah gerak pergi kedubes naik kereta sebab nak solat hari raya kat sana...selepas solat sunat hari raya aidiladha ada jamuan makan-makan di dewan...Alhamdulillah dapatlah merasa makan nasi lemak, lemang dan pelbagai kuih muih melayu...dapatlah melepaskan kerinduan pada kampung halaman ^^


    selepas makan-makan akan bermulalah proses penyembelihan, tahun ni tak banyak lembu yang dikorbankan, hanya ada dua ekor lembu dan 19 ekor kambing...kemudian kita akan bantu rewang potong daging dan sebagainya...biasanya orang-orang yang di kedutaan yang masak, kita hanya membantu dan kalau tak ada kerjaan hanya meramaikan suasana :p


    selepas solat zohor, barulah sesi makan makan...dapat makan daging sup, daging goreng, kambing kari dll...sedap bangatt!!! puas la jugak dapat makan daging korban dan tak terasa sangat pun beraya di perantauan, dah biasa...hehehe,,,tahun depan insya Allah terakhir beraya di jakarta dan habis itu akan balik for good, insyaA llah...banyak banyak doakan untuk saya juga ya :D


    oh saya share beberapa keping gambar sempena raya hari tu...


     selfie dengan ukridian yang lain...seniors and juniors ^^


     proses menyembelih..



     rewang time ^^


     meet adik2 comel..haha...anak2 orang kedutaan jugak ni..




    gambar tersalah compressed, dah tak jadi HD :(

    ok lah tu je...hakak sekarang xdan nak sering update...kononnya busy coass..hohohooo..thanks for reading :)

    have a nice day and may Allah bless you always :D

    Friday, October 26, 2012

    selamat hari raya Aidiladha :)

    Assalamualaikum........


    tahun ni masuk kali ke dua aku merayakan aidil adha di bumi jakarta....Alhamdulillah masih boleh solat sunat hari raya seperti biasa...tadi sebenarnya beria nak solat sunat dekat court tennis tapi bila sampai je mereka dah start solat....jadi kami pun berjalan ke masjid nurul hikmah, nasib baik sempat :D



    walaupun raya bukan bersama keluarga, hanya kawan-kawan di sisi tak kisahla kan, raya ni bukan tengok atas dasar makanan, kemeriahan atau sambutan tetapi bagaimana kita menghargai dan menghayati pengorbanan nasi Ibrahim a.s sanggup nak korbankan anak sendiri dan nabi Ismail juga sanggup kerana mereka tahu itu adalah suruhan Allah s.w.t...lihatlah betapa tingginya ketakwaan dan keimanan mereka...sanggup dan redha melakukan apa sahaja suruhan Allah 



    tadi khutbah lepas solat macam biasala cerita tentang pengorbanan nabi Ibrahim kan, tapi yang agak terkesan adalah tentang rasa bersukur dan kehambaan...kita tak sedar sebenarnya nikmat yang kita dapat sehari-hari ini sungguh besar, tidak ternilai...nikmat sihat, nikmat hidup di bumi menghirup udara...subhanallah!! sedarkah kita?? Allah hanya memberi kita secara percuma semua itu, langsung tak minta apa-apa bayaran...kalaulah tidur dekat hotel kena bayar 500ribu rupiah satu malam, ini langsung tak perlu bayar...tidak bersyukurkah kita?? bayarannya hanya buat apa yang Allah suruh, tinggal segala laranganNya...bunyi senang kan? tapi haruslah bermujahadah dan istiqamah, insyaAllah ^^



    kami lepak dalam bilik bukan sebarang lepak, makan brownies dengan kerepek singkong pemberian murabbi kami,heheee...dia pergi bandung lepas tu buat suprise datang rumah malam-malam...kaget kami dibuatnya...kawan ajak tengok short film tomato 2.0...best...sape belum tengok tomato 1.0 silat tengok yang tu dulu, lepas tu layan kat bawah ni..hehee







    "Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat). 

    [Surah Al-Mu'minuun : 99-100]





    melakukan perubahan itu bukanlah satu pilihan, tapi kemestian



    macam lari tajuk sikit kan, padahal nak cerita pasal hari raya....heheee..selamat hari raya aidil adha kepada semua umat Islam...tadi saya sambut dekat kedutaan Malaysia di Jakarta...dapatlah jugak merasa daging korban..alhamdulillah :)



    Tuesday, November 8, 2011

    Sambutan hari raya Aidiladha di Jakarta

    Assalamualaikum....

    tahun ni merupakan tahun pertama sambut perayaan di perantauan, jauh dari keluarga dan hanya ditemani kawan-kawan untuk menghilangkan rindu pada keluarga. mulanya pepagi tu pergi solat sunat Aidiladha di masjid Nurul Hikmah dengan hanya berjalan kaki..kemudian, pergi tengok orang lakukan korban dan ke KEDUBES (Kedutaan Besar Malaysia) untuk merayakan di sana :D

    ini mungkin boleh dikatakan entry bergambar..jom, layan jelah..heehe (berdasarkan kronologi =p )

    solat sunat di masjid Nurul Hikmah ^_^

    kambing dan biri-biri bakal mangsa korban..heehe

    bersedia untuk menyembelih..Bismillahirrahmanirrahimm...

    melapah daging lembu...eh segan nak snap ni sebenarnya, keliling laki je, teruk betul aii ~_~

    kambing yang dah siap disembelih..

    kawan-kawan kambing yang lain juga...
    melapah kambing pula...


    lepas tengok orang korbankan lembu, kambing dan biri-biri kami ke KEDUBES untuk rasa suasana raya kat sana, ternyata ramai juga dekat sana dan masa kami sampai tu mereka masih lagi sedang bergotong-royong memasak bersama-sama (^__^)

    gotong-royong nak masak..

    kambing bakar...yummy, sedap nih!

    eh, gambar diri sendiri haruslah ada :P 

    mereka teman setia saya..wink  >_<

    dalam dewan kat KEDUBES :)

    macam-macam lauk ada...bakar, goreng, kari..



    kami lagii...masa ni dah siap makan, nak pulang

    tarra!! sempat kami tapau sup tulang sebab banyak lagi tak habis..huuhu...

    overall, best je sebenarnya beraya kat sini walaupun memang banyak perbezaannya dengan kat rumah..malam sebelum raya mesti sibuk kat dapur, main bunga api tapi kat sini sibuk dengan assignment dan kerja-kerja..oh, dua report kena hantar dahla isnin tak cuti...huuuhu, memang bersengkang matalah kitorang..takkan tak nak raya kot?? kerja-kerja jugak, raya-raya jugak...

    kalau kita kenang balik kenapa kita kena sambut raya aidiladha??kenapa kita perlu berkorban??hayatilah pengorbanan Nabi Ibrahin dan Nabi Iamail, sesungguhnya kita akan lebih mengetahui dan menghayati makna hari raya korban itu sendiri...Insyallah...

    saya teringat kata-kata seorang kakak yang comel, bila saya cerita yang banyak kerja minggu ni dahla minggu raya lepas tu dia cakap kita "kita akan dapat lebih kepuasan bila kita dapat buat banyak kerja dalam tingkat masa yang sama dengan orang yang hanya buat satu kerja" that's soo true!! contohnya, kita tak nak keluar rumah, nak duduk depan laptop ngadap assignment tapi orang lain semua keluar beraya, solat sunat, tegok orang berkoban dll..akhirnya bila orang lain pulang kita still tak siap jugak kerja dan mereka yang baru pulang tu dapat je nak siapkan dalam masa yang tak seberapa itu...kita hanya buat satu kerja sedangkan orang lain??rasa rugi tak (T_T), wallahua'lam..peringatan buat diri sendiri jugak~




    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...