nuffnang

    Showing posts with label gambar. Show all posts
    Showing posts with label gambar. Show all posts

    Monday, April 9, 2012

    sepetang bersama Hafiz dan Hafizah


    Assalamualaikum dan salam sejahtera :D


    Pada cuti semester lalu, adalah balik rumah nenek kat kampung, lepas tu bawak dua orang sepupu adik beradik nih pergi jenjalan kat kampung, ambik angin tengok pemandangan...nak share beberapa gambar yang kitorang ambil hari tu, sebenarnya bawak motor je pusing kampung nih..heehe ^^



    ok tu dia hafiz izzudin yang sedang nak mancing ikan lah kononnya, orang nak ajak pegi jenjalan dia nak bawak batang kail hape benda tu, dahla macam pendek je, tapi sebab dia dah beria ajak...ikut jelah....actually ni dekat pinggir tasik, dah jauh sikit dari tasik sebenar...kalau kat tasik tu ramai orang dari luar pun datang memancing kat situ, air kat sini pun nampak tak berapa nak bersih...


    yang ni atas tempat bukak gate air tuh...aku memang rapat dengan budak kecik ni sebab dulu dia tinggal dengan nenek, dan aku selalu jugak duduk kat rumah nenek tu...sejak dia kecik lagi selalu main sesama, sekarang ni dah masuk darjah 3 dah...dulu-dulu kalau aku dok asrama pun selalu suruh mak dia call nak cakap pastu tanya bila nak balik..heehe, comel kan??


    tengok tu, amboii..kemain posing...boleh jadik model kanak-kanak nih..haha

    ni tempat bukak gate air tu, air kat sini akan disekat...lepas tu kalau bukak gate dia akan jadik laju camnilah..

    satu-satunya gambar diri sendiri..haha...
    sebenarnya berkenan betul dengan awan tu.. subhanallah,warnanya cantik!!



    yang ini pulak si kakak, namanya Hafizah, dah darjah 4..beza setahun jee
    nih pokok kayu terbalik ke hape pun tak tahulah...tapi boleh dijadikan titi untuk menyeberang...alahaii anak jantan ni sorang, penakut rupanya!!!heehe..dia takut nak berjalan atas titi tu, sebab tu dua duduk cmtu untuk menyeberang..mamcam-macam hal diorang nih...


    ni Hafizah tengah buat apa pun tak pasti...abaikan~



    pokok-pokok kelapa sawit


    ok matahari dah nak terbenanm...cantik sangat masa nih...

    sunset...

    rasa macam cantik gambar ni, sebab kaka ada dalam tu..heee



    kawasan yang terbiar begitu saja..

    dahh...nak balik dahh












    tak tahu nak letak caption apa..heee, sebenarnya nak share gambar je ^^

    sungguh cantik ciptaan Allah, tiada tandingnya.....bersyukurlah dia atas nikmat mata yang kita ada untuk melihat alam yang indah ciptaan-Nya....bukan setakat lihat, tapi tadabur dan menghayati...InsyaAllah kita akan menjadi hamba yang lebih bersyukur (^_^)v




    Tuesday, November 8, 2011

    Sambutan hari raya Aidiladha di Jakarta

    Assalamualaikum....

    tahun ni merupakan tahun pertama sambut perayaan di perantauan, jauh dari keluarga dan hanya ditemani kawan-kawan untuk menghilangkan rindu pada keluarga. mulanya pepagi tu pergi solat sunat Aidiladha di masjid Nurul Hikmah dengan hanya berjalan kaki..kemudian, pergi tengok orang lakukan korban dan ke KEDUBES (Kedutaan Besar Malaysia) untuk merayakan di sana :D

    ini mungkin boleh dikatakan entry bergambar..jom, layan jelah..heehe (berdasarkan kronologi =p )

    solat sunat di masjid Nurul Hikmah ^_^

    kambing dan biri-biri bakal mangsa korban..heehe

    bersedia untuk menyembelih..Bismillahirrahmanirrahimm...

    melapah daging lembu...eh segan nak snap ni sebenarnya, keliling laki je, teruk betul aii ~_~

    kambing yang dah siap disembelih..

    kawan-kawan kambing yang lain juga...
    melapah kambing pula...


    lepas tengok orang korbankan lembu, kambing dan biri-biri kami ke KEDUBES untuk rasa suasana raya kat sana, ternyata ramai juga dekat sana dan masa kami sampai tu mereka masih lagi sedang bergotong-royong memasak bersama-sama (^__^)

    gotong-royong nak masak..

    kambing bakar...yummy, sedap nih!

    eh, gambar diri sendiri haruslah ada :P 

    mereka teman setia saya..wink  >_<

    dalam dewan kat KEDUBES :)

    macam-macam lauk ada...bakar, goreng, kari..



    kami lagii...masa ni dah siap makan, nak pulang

    tarra!! sempat kami tapau sup tulang sebab banyak lagi tak habis..huuhu...

    overall, best je sebenarnya beraya kat sini walaupun memang banyak perbezaannya dengan kat rumah..malam sebelum raya mesti sibuk kat dapur, main bunga api tapi kat sini sibuk dengan assignment dan kerja-kerja..oh, dua report kena hantar dahla isnin tak cuti...huuuhu, memang bersengkang matalah kitorang..takkan tak nak raya kot?? kerja-kerja jugak, raya-raya jugak...

    kalau kita kenang balik kenapa kita kena sambut raya aidiladha??kenapa kita perlu berkorban??hayatilah pengorbanan Nabi Ibrahin dan Nabi Iamail, sesungguhnya kita akan lebih mengetahui dan menghayati makna hari raya korban itu sendiri...Insyallah...

    saya teringat kata-kata seorang kakak yang comel, bila saya cerita yang banyak kerja minggu ni dahla minggu raya lepas tu dia cakap kita "kita akan dapat lebih kepuasan bila kita dapat buat banyak kerja dalam tingkat masa yang sama dengan orang yang hanya buat satu kerja" that's soo true!! contohnya, kita tak nak keluar rumah, nak duduk depan laptop ngadap assignment tapi orang lain semua keluar beraya, solat sunat, tegok orang berkoban dll..akhirnya bila orang lain pulang kita still tak siap jugak kerja dan mereka yang baru pulang tu dapat je nak siapkan dalam masa yang tak seberapa itu...kita hanya buat satu kerja sedangkan orang lain??rasa rugi tak (T_T), wallahua'lam..peringatan buat diri sendiri jugak~




    Wednesday, August 3, 2011

    resdung : kegatalan yang tak hengat!!!

    Assalamualaikum...

    merujuk kepada tajuk pasti macam-macam yang akan bermain di fikiran kan..gatal??kegatalan? menggatal dan sebagainya...gatal tu banyak maksud dan aku bukan nak cerita pasal gatal menggedik tapi ni memang gatal yang perlu disudahi dengan teknik menggaru..wahahaha..apakah??


    aku mengalami masalah resdung sejak form 2 lagi...nasib baiklah masalah aku bukan jenis yang jerawat naik dekat muka bebanyak tu, tapi jenis yang dalaman...kalau dah datang penyakit tu memang tak boleh nak tidur malam la jawabnya...sungguh, rasa macam nak cabut hidung pun ada, gatal yang teramat sangat...bukanlah gatal bahagian luar hidung tapi dalam..nauzubillah..sabar jelah...


    setahun lepas tu adalah pergi berubat dekat sorang pak cik ni, nak cakap bomoh tu takdelah bomoh sangat, tapi lebih kepada rawatan ala-ala kampung dan tradisional...lepas tu aku beransur pulih dan tiada lagi masalah, sikit-sikit tu adalah...sekarang ni selepas hampir 6 tahun masalah tu datang balik..aduyai, dahla dalam bulan puasa ni, rasa macam nak nangis pun ada bila kegatalan tu datang menyerang...


    tadi pergi balik rumah pak cik tu tapi takde orang la pulak...aku harap sangat nak pegi berubat balik, memang sangat sangat tak tahan dengan bersin bebanyak kali dan gatal yang melampau...aku pergi klinik doktor cakap selesema biasa..ape daaa, tak kan sepanjang tahun selesema kan..aku malas nak soal telan ubat panadol pun tak jadi apa, melemahkan antibody badan adalah...aku nak badan aku hasilkan antibody sendiri..

    rawatan resdung mata yang aku jumpa..ngerii kan..eewwww

    kalau nak diikutkan, aku punya penyakit ni biasa lagi masih tak sampai tahap kronik dengan pendarahan, jerawat seluruh muka dengan ulat dan sebagainya...ini pun aku dah rasa cukup terseksa, nasib baik sepanjang musim-musim peperiksaan penyakit ini tidak datang menyerang...bila tengok video dan dengar cerita pesakit resdung lain, ngeri beb!!macam-macam ada naik bulu roma mendengarnya...aku harap sangat penyakit ni dapat disembuhkan, bulan puasa ni memang banyak kena sabar kan..heee...


    kalau bab makan tu memang jagalah dengan tak makan belacan, budu dan udang...kalau makan memang tak boleh tidur la...aku ni lebih kepada resdung hidung, mata tu takdelah gatal sangat..kalau sesiapa ada tahu cara rawatan yang berkesan untuk menhilangkan dan menyembuhkan penyakit ni, jangan lupa kongsi ye..sharing is caring  ^_^

    selamat berpuasa, berterawih dan beramal yee



    p/s : kalau nak buat satu benda tu cuba fikir banyak-banyak kali dulu, pertimbangkan perasaan orang lain serta akibat atas perbuatan kita..

    Saturday, June 18, 2011

    Bersabarlah wahai hati :)



    S.A.B.A.R
    senang disebut, senang ditulis, namun sukar dilaksanakan..
    Seandainya engkau ditimpa satu masalah,bencana,bersabarlah....
    sekiranya kamu tengah marahkan sesuatu..bersabarlah...
    sekiranya kamu difitnah melakukan sesuatu yang kamu tidak lakukan..bersabarlah...
    seandainya ada seseorang yang membuatkan kamu marah....bersabarlah...

    sabar boleh mengelakkan pergaduhan..
    sabar juga boleh mengukuhkan lagi persaudaraan..
    sabarlah dalam menerima ujian...

    sabar, sabar dan sabar....
    tidak bermakna kamu mendiamkan diri...
    tetapi hanyalah ingin meyejukkan hati :)


    nukilan tak berapa nak sastera,
    jaa64 
    :)


    p/s: tengah melatih diri supaya bersabar....hurmm ^_^

    Sunday, March 6, 2011

    tutorial untuk stand alone pages/column pages

     assalamualaikum ^.^

    ada beberapa blogger baru yang tanya macamana nak buat column yang bawah header tu ek??cmne nak masukkan pages lain yang ada about me,bla2..dush2,setiap kali tu mesti nak kene explain kan..ada tutorial bergambar ni senang sikit..hehe..(grrr,bajet je..padahal 4 orang je setakat ni tanya)

    ok lah,kalau kita tahu apa salahnya kita share kan,ilmu itu patut dikongsi..padahal aku serius,mula-mula dalam bidang blog ni banyak gila habiskan masa explore blogspot ni..dulu pun semua nak letak,benda kelip-kelip la,lagu la...hehehe,itu memang lumrah bagi blogger baru (citttt, #perasan dh lama berblog)..jom kita mulakan..

    mula-mula macam biasa masuk dashboard dan ambik design

    lepas tu,pilih posting > edit pages
    dekat page title tu korang boleh tulis nak suruh appear apa..
    cth:contact dan macam biasa tulis mcm update blog biasa

    lepas tu korang masuk sini..boleh letak banyak sampai sepuluh..
    korang boleh pilih nk letak atau tidak dengan hanya untick or tick dekat pages to show

    macam biasa,jangan lupa save okeyy ;)

    hasilnya..tarraaa!!dah siap pun (^_^)
    bolehla publish macam biasa...

    okey tu je..bagi yang dah tahu xpayah la cakap,benda simple ni pun nak buat tutorial (biasalah manusia ni ada je sifat tak puas hati kan) tapi jaa rasa mungkin berguna bagi blogger baru sebab tu jaa tunjuk step by step...aku dulu pun merangkak nak explore semua benda alah ni,tapi sebab sifat nak taw tu ada cuba jugak godek-godek...rasanya tu je untuk kali ni,selamat mencuba yeee..ada stand alone pages ni senang jugak =D

    p/s: sekarang ni makin gila berblogging..habislah!!


    suka??bolehla 'LIKE' =D


    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...