nuffnang

    Showing posts with label JPA. Show all posts
    Showing posts with label JPA. Show all posts

    Thursday, March 22, 2012

    macamana nak apply biasiswa JPA??permohonan ke IPTA pulak macamana???

    Assalamualaikum.....


    memandangkan semalam pelajar SPM 2011 dah terima keputusan masing-masing kan...ada yang gembira dan ada yang berduka, apapun hasilnya kita seharusnya bersyukur..kan kita dah cuba yang terbaik, apa yang kita dapat itu adalah apa yang terbaik untuk kita...SPM hanyalah kayu pengukur kemana kita nak pergi selepas alam sekolah, tapi bagaimana kita berjalan dan sampai ke penghujung tu masih banyak lagi liku-liku yang harus ditempuh...jangan risau, mungkin rezeki kita selepas ini, siapa tahu?? apa yang penting yakin je okey :)


    dan adalah beberapa orang yang bertanya macamana nak apply biasiswa...macamana nak isi borang online, layak ke tak nak ambil medic account dan sebagainyaa...sebenarnya saya bukanlah tahu sangat sebab dulu pun main isi sendiri je borang, mak pun tak tahu sebenarnya yang saya is borang JPA pilih perubatan luar negara masa tu...tapi yang isi upu tu diorang tahu sebab kan suruh beli no.pin..saya nak share sikit pasal macamana nak apply biasiswa dan memohon masuk IPTA ni sebab kan ada yang tanya (^_^)v



    #soalan di FB 1


    #soalan di FB 2


    #Soalan di twitter 1


    dahlah tak payah banyak-banyak...org emel pun ada, alhamdulillah...walaupun hanyalah blogger picisan, tapi masih ada yang sudi bertanya minta pendapat dan sebagainya..saya sukaaa je, apa salah kita bantu mana yang kita tahu...nak share dulu bagaimana membuat Permohonan online kemasukan ke IPTA/ politeknik premier bagi sesi 2012/2013....


    1. beli dulu no.pin di BSN berdekatan anda...seperti ini
    2. baca cara mengisi borang permohonan di sini
    3. buat permohonan dengan mengisi secara online di sini
    4. bila dah siap, nak kemaskini kat sini

    taraa!! senang je kan!!nanti je tarikh untuk semak anda layak ke tak dan dapat kat mana...lepas tu kalau yang nak apply JPA tu nasihat saya pastikan anda sentiasa 'alert' dengan segala update yang dibuat oleh pihak JPA...nanti bila mereka dah buka terus isi secara online..jangan sampai anda terlepas pandang pulak!sebab nanti ada ujian psikologi kalau tak silap pun diisi secara online dalam waktu yang tertentu..


    bagi yang ambil perubatan, JPA akan hantar anda ke hospital yang telah anda pilih untuk buat program pendedahan kerjaya sebagai seorang doktor selama seminggu...masa tu best, sebab anda berpeluang masuk tempat-tempat tertentu dalam hospital dan melihat bagaimana doktor bekerja seperti delivery baby, small operation, dulu pun saya pernah bantu doktor masa dia buat jahitan pada tangan pesakit...nice experiences walaupun belum jadi medical student masa tu...


    anda akan dipanggil untuk diinterview lepas tu, masa tu anda buatlah betul-betul...tunjuk konfiden nak jadi doktor (saya fokus kepada perubatan sebab saya ambil perubatan)...rasanya yang lain pun sama, cuma takdelah pergi hospital tu semua...yang penting kena tahu bila tarikh buka, tutup dan sebagainya...sekarang ni JPA belum buka permohonan untuk 2012, nanti bila dah buka jangan lupa isi yee...

    saya ada tulis pasal syarat kemasukan ke matrikulasi pada tahun lepas, itulah yang membuatkan statistik naik mendadak... check it here---> syarat-syarat kemasukan ke matrikulasi




    statistik hari ni, ramai betul cari matrikulasi yee...



    rasanya tu je sedikit sebanyak apa yang saya nak kongsi hari ni... All the best kepada semua adik-adik semoga berjaya ambil bidang yang diminati dan mengejar impian...kita yang dah berada di pertengahan jalan ni pun kene rajin, jangan sampai tersungkur dan rebah di pertengahan sebelum tiba di garisan penamat!hehehe...



    p/s: tiga serangkai yang boleh menggilakan hari anda...jom tengok sape!!






    Saturday, March 17, 2012

    Duit biasiswa JPA dah masuk nak buat apa??

    Assalamualaikum.....


    pada pagi sabtu yang indah ni aku takde kelas, jadi pepagi duduk mengadap makalah yakni report pbl yang belum siap lagi...lepas tu pergi pasar beli ayam dan barang-barang nak masak...Dah memang jadi kebiasaan rasanya untuk aku cek nuffnang website untuk tgk apa yang orang search sampai masuk blog aku tak pun aku nak tgk statistic...Alhamdulillah, walaupun aku tidak update sekencang dulu, hari-hari update blog tapi banyak je keyword yang orang cari masuk...memang akan ada orang masuk melalui google atau mana-mana web search engine yang lain..FYI, check nuffnang mak aku cakap dah sampai kat rumah, bolehla buat beli tiket flight balik nanti..heehe :p


    apa kaitan dengan tajuk??haaaaa...lawak gila siapa yang search pasal ni, banyak lagi yang masuk seperti contact lens, ukhwah, universitas di Indonesia, tarikh SPM bila, sekolah sbp best ke tak dan macam-macam lagi...hari ni cuma nak nak share yang ada orang pergi cari "duit jps dah masuk 2012 nak buat apa" amboiii..kemain search lepas tu masuk pulak blog aku walaupun tak pernah pulak aku cerita nak buat apa dengan duit tu...perlu ke search??itu yang pelik dan menjadi tanda tanya sebenarnya....btw, saya tak jual lampu yee...haaha :p dan banyak je orang yang cari jaa64...hari ni ukrida-jaa64, kenapa??mengapa??ada orang cari saya ke??perasan gilaaa....nama samaran alam maya aku memang jaa64 sebab kalau buat nama siti khadijah sampai page ke berapa ribu pun susah nak jumpa, nama glamour sangat...haaha...





    Friday, September 23, 2011

    from KLIA to Soekarno-Hatta International Airport

    Assalamualaikum..

    malam ni pergi menumpang tidur di rumah senior Malaysia, tapi diorang unversity trisakti..diorang tinggal berama-ramai 16 orang satu rumah, semua kongsi..nampak macam best jugak..macam satu keluarga, tidur sama-sama, masak dan makan sama-sama...tapi apakan daya, kami dahla sedikit, pastu dua orang tadi dah pindah masuk bilik sewa lain...

    memang ada masalah sikit sebab bilik kitorang yang sekarang ni tak berapa nak selesa lagi pulak wifi tak boleh nak pasang sebab penyewa dulu ada hutang dengan pihak internet tu..jadi nak tak nak kena langsaikan dulu hutang yang lama kalau kitorang nak pasang internet..memang agak tak masuk akal kan, padahal bukan salah kitorang pun :(

    dah malas nak banyak cerita, nak share gambar-gambar time sebelum depart dari KLIA hari tu..

     inilah muka-muka yang menghantar aku kat airport hari tu

     with the sweet couple, mak su bakal menimang cahaya mata tak lama lagi

     walking to the gate

     with my beloved mum

     eh...yang ni baru sampai tempat parking, pun adaa..hehe

     my brother, who helps me a lot to settle my passport etc..

     beloved aunt

     tetiba jumpa member skolah rendah, atie yang kebetulan hantar member dia yang fly sekali ngan aku


     sempat lagi atas eskalator.

     take my passport...


     bye-bye malaysia..


    memember seangkatan...

    that's all for tonight, oppps it's morning already >.<  rasa macam tak ngantuk pulak sebab dah lama tak online..sedih kan, ini pun menumpang internet rumah kakak senior..they are so kind..tak jangka pun nak tidur, tapi dah alang-alang datang jela tidur terus...


    gonna sleep now, got class tomorrow...1.20 a.m waktu jakarta..


    Friday, August 26, 2011

    Pre-departure briefing at JPA, Putrajaya

    Assalamualaikum...


    Alhamdulillah telah selesai sesi pre-departure kat parcel C1 Putrajaya tadi..nasib baik pak cik keje kat bahagian JAKIM kat parcel D..sebelah je,alang-alang  hantar lah pergi sekali...dahla tak biasa dengan kawasan pejabat kerajaan tu pulak dengan banyak bangunan...pastu, guard yang jaga kawasan tu bagi aku direction yang salah, mungkin dia salah dengar atau aku yang tersilap...nasib baik sempat sampai sebelum start majlis...dalam pukul 8 dah tercegat kat bilik mesyuarat tu...


    mula-mula macam biasalah kata-kata aluan dari pegawai yang menjaga kami, pn.Norhidayah...cantik manis orangnya, sebelum ni pun pernah beberapa kali bercakap melalui telefon berkenaan tawaran dan hal-hal lain yang berkaitan...batch kitorang ada 13 orang semuanya 7 orang dari Intec dan 5 orang dari KTT...tapi yang dari KTT tu mungkin buat A-Level setahun je kot...


    seperti yang dijangkakan kami akan berlepas pada 6 september pukul 9.10 pagi di KLIA tapi kena berkumpul seawal jam 5 pagi...pagi tu mungkin ada sesi taklimat dari JPA dan nak check-in awal beramai-ramai bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini terjadi pada saat-saat akhir...penerbangan takdelah lama sangat, seberang je pun...apapun, masih negara orang kan...tak boleh nak masuk sesuka hati tanpa sebarang dokumen yang sah..


    frankly, aku agak takut sebenarnya untuk ke Indonesia...kalau orang indon yang kerja kat kampung aku pun aku dah tak berani ni pulak kat negara mereka sendiri...tapi aku yakin, perasaan itu hanyalah pada permulaan ini sahaja..lama-lama nanti biasalah...kami akan belajar medik dalam bahasa Indon,agak gusar sebenarnya...walaupun bahasa indonesia adalah seakan-akan bahasa melayu namun sesetengah perkataannya memang tidak dapat difahami dengan loratnya yang berpusing-pusing..masa buat visa haritu pun aku dah pening apa dia cakap..harap-harap aku dapat menyesuaikan diri dengan cepat..


    oh ya, tadi dapat duit kiranya bayaran biasiswa pendahuluan..elaun untuk 3 bulan +elaun penempatan+ elaun pakaian..kira-kira dalam 5 ribu ringgit malaysia..tapi tadi duit yang diberi telah dipecahkan kepada tiga pecahan..ringgit Malaysia, Indonesia Rupiah dan Travelers cheque...aku exited dapat duit rupiah je sebab berpeluang jadik jutawan sementara..kahkahkah...duit rupiah sahaja dah 4juta lebih...kaya tak???haha..tapi kalau convert jadik RM dalam seribu lebih je...lepas ni kena belajar kira duit dalam ribu-ribu dan juta-juta la jawabnya...


    pasal penempatan pula akan ada pegawai uruskan untuk kitorang...sebulan pertama wajib dok hostel, lepas tu barulah bebas ke mana-mana sahaja...aku belum terfikir pasal semua itu lagi..apapun, pergi dulu sana tengok envirinment dulu, best ke tidak, jauh ke tidak dan sebagainya...bila dah biasa mungkin boleh pindah atau kalau hostel tu dah selesa apa salahnya terus tinggal di situ...pasal masak memasak ni pulak tak pastilah...sekarang ni tengh fikir apa yang patut dan tak patut dibawak...


    pasport, visa semua dah beres...sekarang ni tenga tunggu keputusan ujian darah bagi HIV/AIDS dan ujian dadah..bapak lama eh masa diambil untuk semua tu, itulah masalahnya buat kat klinik kerajaan je pun...bukan apa, hari tu cakap dua minggu boleh siap bila masuk minggu ketiga aku tanya masih tak siap dan kena tunggu lepas raya...lepas raya saya da  nak pergilah cik abang oiit...aduyaii, saborjelah...tp harap-harap sempat siap sebelum 5 hb...isnin 5hb tu dah nak kena ada kat kl sebab pepagi 6hb kena tercegat kat klia dah..sapa rasa nak pegi jomla jumpa kat KLIA dalam pukul 6lebih camtu.. :D


    nak  dijadikan cerita, briefing with JPA habis dalam kol 12.30 camtu dan taktaw nak pegi mana...last-last pegi round kat bazar raya, omakaihh penuh baju raya, tudung, kuih-muih dan lauk berbuka pun ada...jenjalan jela kat situsampai zohor pastu pegi solat zohor dan tunggu sampai waktu asar..agak lamalah kat dalam tu, nak jalan-jalan pi Alamanda tapi takut penat, dahla puasa....bawak pulak duit banyak..hehehe..alih-alih solat asar dan terus tunggu pak cik balik keje kol 5 tu..


    rasanya semua dokumen medical check-up, sura claim dan tapisan keselamatan hantar pada hari berlepas, 6hb tulah..dahla tak sempat nak pergi JPA lagi..semput-semput je beraya..uhuhuh...minggu first tu orientasi dan minggu lepas tu terus start kelas...macam-macam perasaan ada, exited sebab nak sambung belajar medik..sedih sebab tak dapat ikut kengkawan lain pi Manipal, terkilan sebab raya sekejap dan mungkin perasaan terkejut sebab tak biasa dengan suasana baru...harap-haraplah semuanya okey...


    oh ya, flight aku akan sama dengan bebudak yang pi UGM (universiti Gajah Mada) tapi diorang akan transit ke yogyakarta...takpelah mana-mana pun sama je kan, yang penting dapat sambung ambik medik dan yang paling penting dapat biasiswa...THANKS A LOT JPA!!!kalau JPA tak tanggung, aku memang tak mampu kot nak bayar sendiri semua sekali...yang penting, hati kena ikhlas belajar kerana Allah S.W.T, fardu kifayah ni..belajar tak boleh paksa kena minat barulah menjadi,insyallah.. :D


    ada pria gantang enggak di JAKARTA???tunggu gue di sana yaa..hahahaha..betul ke tidak BI (bahasa indon) aku nih....kahkah :p



    Tuesday, August 9, 2011

    jadi tumpuan ketika majlis berbuka puasa

    Assalamualaikum...

    seperti biasa di bulan Ramadhan yang mulia ini kita sangat dituntut untuk membuat amal kebajikan dan bersedekah untuk mendapat manfaat yang lebih..begitu juga dengan memberi orang makan untuk berbuka puasa, sebagaimana yang jaa tahu orang yang memberi makan kepada orang berpuasa makanan berbuka akan mendapat pahala sebanyak mana pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang sedang berpuasa itu...


    jadi tidak hairanlah jika badan-badan kerajaan (GO) dan bukan kerajaan (NGO) berebut-rebut untuk mengadakan majlis berbuka puasa dan menjemput anak-anak yatim terutamanya untuk berbuka..sesungguhnya pahala memang berlipat ganda, dahla di bulan puasa berbuat baik pula pada anak-anak yatim...begitu juga dengan memberi mereka bantuan duit dan pakaina raya.


    okey macam biasa kampung jaa juga ada buat majlis berbuka puasa bersama semua penduduk kampung dan keluargaku jua tidak ketinggalan untuk menyertai program tersebut kerana ibuku dari pagi lagi membantu untuk memasak hidangan pada hari tersebut..ibuku pergi awal sedikit untuk membantu menghidangkan makanan dan sebagainya dan aku menunggu adikku pulang dari sekolah agama petang sebelum pergi bersama-sama dengannya...


    aku dah cakap pukul 7 dah nak gerak dan suruh dia mandi awal-awal namun pukul 7 tu baru nak mandi, haiah....itulah balik je dari sekolah tak salin baju terus bukak laptop main game zombie, apa yang seronok sangat dengan game itu pun aku tak tawlah...aku rasa sejak aku balik sebulan yang lepas memang menda alah tu la dia dok main dari bangun tido, pastu balik sekolah dan sebelum tidor..dah macam pro dah aku tengok dia main..haha, aku baru try main game bola PES, masyuk gak tapi tak berapa nak pandai lagilah..haha..


    sambung cerita pasal majlis berbuka tu, disebabkan aku pakai baju kurung dan naik motor serta datang tersangatlah lambat memang aku menjadi tumpuan seluruh warga yang sedang berada di dalam khemah tengah menunggu untuk berbuka..memang semua khemah da penuh daa dan aku takda pilihan lain selain parking moto kat depan khemah..tapi takdelah dekat sangat dengan khemah namun tumpuan seluruh warga khemah adalah kepada aku dan adikku..malu wei, dahla khemah lelaki kat luar tu..


    aku rasa agak ramai jugaklah...apa lagi kontrol buat-buat tak pandang orang ramai dan buat-buat tak tahu je...memang nasib baik kot tengah tengah dok cover ketebalan muka dan tahan segan tuh aku nampak ibuku tengah melilau mencari kitorang...haha, manalah budak ni pergi kan tak nampak langsung dalah khemah..aku apalagi terus mengikut ibuku naik pergi ke hidangan yang masih kosong...sigh, tengok jam dah 7.18 minit...tinggal beberapa minit lagi nak berbuka, nasib baik sempat kan...


    itulah orang suruh bersiap awal-awal aku dok sibuk layan cerita eh sinetron indon hingga hujung waktu lakonan marshanda..cerita tu agak best la pasal anak kandung yang hilang semasa kecil selepas itu terus tidak dijumpai..pasangan itu mencai dan terjumpa seorang kanak-kanak hilang yang disangka anak mereka namun sebaliknya...ketika dewasa, mereka mencari anak kandung mereka dan kecelaruan berlaku dengan pelbagai konflik..ah, kisah keluarga la...takdelah minat sangat citer indon,aku layan jelah sebab waktu menunggu berbuka bermula 6.30 sampai 7.30 petang...

     
    marshanda pelakon sinetron indonesia


    ok, itulah kisahnya ketika pergi berbuka puasa..moral of the story : janganlah kita pergi ke majlis lambat sangat, ingat VIP ke??nan hadoooo...kalau VIP takpe;ah memang sengaja datang lambat sebab memang nak suruh jadi tumpuan, memang aku jadik VIP tak diundanglah semalam..kahkah...

    baru dapat emai dari JPA pasal semua urusan briefing, medical check-up and what not...memang nervous gilaa nih...entahlah aku hanya berharap agar aku dapat rezeki dan diberi kemudahan oleh-Nya, insyallah...aku akan terima jika itu memang sudah tersurat untukku..to be frank, i'm hoping the best..insyallah...pray for me my dearest friends!




    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...