"kat nak ikut pegi tanah abang tak?"
"hari ni ke? sekarang?"
"haah. jom!"
tanpa berfikir panjang terus bersiap2 pergi tanah abang...haa ni first time pergi tenabang tanpa nak fikir panjang-panjang...sebenarnya tak tahu nak beli apa pun tapi bila sampai sana macam macam-macam benda nak beli...nak beli skirt jeans, kain pasang, jubah...ow yeah! yang paling best aku jumpa dah jubah yang ma nak tu, jubah belah kat depan and i bought it..semoga ma sukaa..weee ^_^
*point utama nak cerita beli kain pasang je sebenarnya >_<"
kalau biasanya sejak tahun 2008 lagi lepas dah pandai jahit baju sendiri aku akan jahit baju raya sendiri tapi tahun ni balik pun tiga hari nak raya so macam tak sempat sangat nak jahit baju...tadi dalam kelas terfikir-fikir kalaulah aku ada mesin jahit kat sini bolehla kau jahit kan...ermm ermm...ingat mesin mudah alih kat rumah, tak sempat jahit wat balik mesin umah tok pegi jahit baju raya...kekadang rasa kesian kat mak aku dia yang jahit semua baju kitorang dulu-dulu, anak perempuan dahla 4 orang...sejak-sejak aku dah boleh jahit baju sendiri ni bolehla tolong sikit-sikit..heee
tadi dalam kelas terfikir nak potong dulu kain nanti balik baru cantumkan biar jadi baju, biar senang...oh aku beli dua pasang baju kurung, satu baju kurung cotton japan dan satu lagi baju sulam timbul...masa balik february haritu aku ada beli baju sulam koren silk jugak, banyak dah baju tuu...cukup-cukuplah...tapi tak tahulah mak aku beli baju apa untuk raya ni...
habis je kelas tadi, terus pergi kopro beli gunting, kapur penanda, pita ukur dan pembaris...ni baru betul-betul tekad...okey tadi dah siap sepasang aku potong, tinggal sepasang lagi...mungkin lain kali nak siapkan makalah dulu...tapi kononya jelahh bila dok menghadap laptop banyak benda lain yang aku buat...ermm kalau dah betul tekad tu apa nak buat buat jugak kan!
tetiba dapat ibrah untuk diri sendiri...kita ni kalau dah bertekad nak buat apa pun kita akan buat jugak dan cuba menghalangi apa jua yang datang melanda..ecehh...aku rasa aku ni banyak sangat angan-angan tapi melayang-layang....aku nak jadikan benda tu tekad, i wanna do this, so have to do this and that!! tulis apa tekad kita dan hari-hari baca dan tengok...aku dah buat ke apa yang aku tekadkan tu? apa usaha aku nak capai mende tu? ke hanya duduk saja goyang kaki dan jadi mat jenin saja? ohoii... sampai bila-bila pun tak jadilah mende tu kan...
contoh paling senang ialah makalah...malam tadi kononnya aku nak siapkan makalah jugak so that harini boleh fokus untuk belajar integrasi 1 next week...tapi aku baru wat sikit, kat situ nampak tekad tak kuat lagi..emmm, nak pergi berbaik dan dekat-dekat dengan mad'u pun berkira-kira..aduiii..tepuk dahi sendiri tu namanya tekad tak berapa nak kuat lagilah tuu -_-"
aku pun tak pasti sangat motif gambar ni, tapi nampaknya macam someone yang sedang duduk atas bukit dan menjarit tak tahu dia menjerit sebab happy ke sedih ke excited ke apa...macam-macam tafsiran boleh dibuat kan...tapi bagi aku feeling tu kita sendiri akan rasa kalau kita dah wat mende tu betul-betul macam apa yang kita nak...kalau kita dah wat betul-betul tapi Allah masih lagi tak kasi benda tu kat kita maknanya Allah sedang menguji kita, bersyukurlah! kerana Dia masih lagi nak suruh kita ingat kat Dia dan tanda Allah masih sayangkan kita :D
aku dulu nak stop blogging sebab aku rasa segan bila ramai orang yang aku kenal dan dekat baca blog aku, tapi someone kata kalau kita nak fikir benda tu kita takkan dapat tulis laa...asyik dok fikir nanti kalau aku tulis macam ni apa orang ni kata, apa pulak orang tu kata...ermm kita asyik dok risau itu dan ini...takpel;alh, kita jadilah diri kita sendiri, apa yang kita tulis tu pun sebenarnya mencerminkan siapa diri kita sebenarnya...aku rasa aku nak kena start balik menulis pakai hati dan jadi diri sendiri...biarlah menulis tak puitis, mungkin tak sampai pun dekat orang yang baca tapi yaa aku menulis untuk berkongsi bukan untuk niat lain..
semoga malam ini menjadi saksi, quote of the day "tekad"
^_^
No comments:
Post a Comment