nuffnang

    Showing posts with label youtube. Show all posts
    Showing posts with label youtube. Show all posts

    Thursday, March 8, 2012

    Selamat hari wanita sedunia kepada semua yang bergelar wanita :)

    Assalamualaikum.....


    Sempena hari wanita sedunia pada hari ni, saya dengan ini ingin mengucapkan selamat hari wanita sedunia kepada semua yang bergelar wanita tak kiralah walau di mana anda berada di Malaysia, Indonesia,China, India, Perancis, Egypt, Rusia, UK, Aussie dan seluruh dunia, pokoknya wanita....tak mengira usia muda atau tua, agama, adat dan kepercayaan....


    Kalau zaman jahiliah dulu wanita begitu ditindas sehingga kalau ada yang melahirkan anak perempuan pasti akan ditanam hidup-hidup kemudian wanita dijadikan tempat pemuas nafsu lelaki....namun kini semua itu telah berubah, wanita kini mempunyai kedudukan dan peluang yang sama seperti kaum lelaki yang lain...wanita kini mampu berada di kedudukan tinggi dalam segala bidang dan mampu bersaing bersama lelaki...namun begitu, kedudukan wanita di dalam rumahtangga semestinya harus di bawah suami...walau sebesar manapun pangkat si isteri di luar rumah, tapi di dalam rumah dia harus mentaati suaminya selagi tidak melanggar syariat.



    kalau hendak dikirakan pengorbanan seorang wanita tersangatlah besar terutama bagi seorang ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan di dalam rahim, kemudian menyusui kita, membesarkan kita dengan penuh kasih sayang sehinggalah membesar dan menjadi manusia berguna....bangun malam-malam kalau kita menangis lapar, sakit dan sebagainya...seekor nyamuk pun tidak dibenarkan menggigit kita, subhanallah!!mungkin ia lebih kepada seorang ibu namun ingatlah bahawa ibu merupakan orang yang harus kita hormati, sayangi selepas Allah dan Rasulullah (^_^)v


    saya tertarik nak berkongsi lagu wanita dari De Hearty ni, liriknya penuh bermakna...jom sama-sama kita hayati video dan liriknya...





    Kau digelar sebagai penyeri dunia
    Hadirmu melengkap hubungan manusia
    Bukan sahaja dirindui yang biasa
    Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

    Akalmu senipis bilahan rambut
    Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
    Jua hatimu bak kaca yang rapuh 
    Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

    Tercipta engkau dari rusuk lelaki
    Bukan dari kaki untuk dialasi
    Bukan dari kepala untuk dijunjung
    Tapi dekat dibahu untuk dilindung
    Dekat jua di hati untuk dikasihi
    Engkaulah wanita hiasan duniawi

    Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
    Jika datangnya dari kayu yang bengkok
    Begitulah peribadi yang dibentuk

    Didiklah wanita dengan keimanan 
    Bukannya harta ataupun pujian
    Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

    Engkaulah wanita istimewa

    Sedarilah insan istimewa
    Bahawa kelembutan bukan kelemahan 
    Bukan jua penghinaan dari Tuhan 
    Bahkan sebagai hiasan kecantikan 



    p/s : Bangga jadi wanita...jom jadi wanita berbakti! :)

    Friday, January 20, 2012

    Rasa sedih dan terharu nak nangis :'(

    Assalamualaikum...

    disebabkan internet saya tengah laju sekarang, saya hanya bukak playlist dekat utube dan dengar je lagu-lagu yang berputar....tetiba dengar lagu ni dan bila cari 'google' siapakah yang bernama siti musliha ini sungguh sangat sebak, terharu dan lagi-lagi nak nangis ;"(


    lagu ini popular pada 1995, hujan air mata nyanyian Siti Musliha...tapi serius ni kali pertama saya dengar, mungkin masa 1995 tu saya masih kecil..baru 4 tahun kot...kalau pernah dengar pun mungkin tak ingat...rupa-rupanya penyanyi lagu ini merupakan seorang kanak-kanak yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal termasuk wajah dan anggota badannya...menurut apa yang saya baca, dia telah banyak melakukan pemedahan plastik untuk membetulkan wajahnya..huuhu..





    kalau dengar lagu ni memang sedih, tapi bila tahu siapakah gerangan penyanyi yang menyanyikan lagu ini dengan liriknya yang begitu menyentuh perasaan...subhanallah!!!sungguh kuat dia menempuh dugaan...dia sungguh petah berbicara dan tidak memikirkan kekurangan yang ada pada dirinya..tetiba rasa kerdilnya diri ini..dapat tubuh fizikal yang sempurna pun masih tidak bersyukur..ada je benda yang tak puas hati kan...





    Hai orang-orang yang beriman! Makanlah di antara rezeki yang baik yang kami berikan kepadamu. Dan bersyukurlah kepada Allah jika memang hanya dia saja yang kamu sembah. (Al-Baqarah: 172)


    jom kita belajar untuk bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah yang kita dapat selama ni :)




    Monday, December 26, 2011

    ukhwah fillah ^_^ - sebiru hari ini-



    (^_^)



    bulatan gembira---usrati----> love u all :*


    jom layan lagu ni... sebiru hari ni by Edcoustic



    Permai 2011,Taman Widalatika, Cibubur Jakarta
    Tomorrow : Surabaya & Malang for a week



    Tuesday, December 13, 2011

    short story by Matluthfi90 l rokok dan kopiah

    Assalamualaikum.....


    kepada sesiapa yang belum tengok, jom layan cerita ni dulu ^^



    Matluthfi merupakan seorang pelajar yang kini sedang menuntut di Austraulia.. dia memang banyak buat video dan semakin dikenali kerana videonya memang santai tapi ada isi dan memberi pengajaran..this is one of the best video from him ^^


    dari cerita pendek ini memang banyak pengajaran yang kita boleh dapat kan, walaupun dia merupakan seorang yang suka merokok, malas solat dan suka tengok bola tengah-tengah malam, namun merupakan seorang abang yang sangat sayangkan adiknya yang kekurangan iaitu sindrom down...ini menunjukkan manusia walau macamana sekalipun jaharnya, 'rock'nya dia memang tak boleh hidup sendiri dan perlukan kawan, keluarga dan yang lebih penting adalah yang maha Esa, Allah S.W.T..


    I like the quote:

    kepercayaan tanpa rasional- buta dan rasional tanpa kepercayaan- kontang

     kita memang tidak akan tenang kalau kebergantungan kita pada benda lain, mungkin sebab dapat result exam yang kurang baik, mulalah nak salahkan lecturer yang biased tak suka kita..ataupun mungkin nak salahkan kawan yang ajak kita pergi mall, jalan-jalan sampai lupa nak study..sebenarnya salah siapa??? fikir-fikirkan...

    doa, usaha dan tawakal...kalau kali ini kita tak dapat, mungkin esok lusa rezeki kita melimpah ruah siapa taw??jangan lupa berdoa dan letakkan sepenuh kepercayaan dan kebergantungan kita pada Allah

    ok lah malas nak ulas panjang-panjang...itu je untuk kali ni..


    thanks sudi baca :*





    Saturday, October 29, 2011

    Saham terbesar (^_^)



    awk...share la,

    sya pon dpt,

    awk pon dpt,

    kwn awk pon dpt,

    family awk pon dpt,

    family kwn awk pon dpt gak...:))..hem2..."sharing is caring"



    credit to the owner of this video...i like it very much (^_^)

    Thursday, May 19, 2011

    polkadot doughnut: vlogger terengganu nih best!!!

    Salam semua...

    masih lagi dalam mood berperang..bang-bang boom!!!dua musuh sudah berjaya dilepasi..tinggal 14 lagi..awat??terkejut?haaaaha..banyak gilaa kan, tu yang rasa nak menggila nih..tapi lagi rasa gila kalau tak sentuh blog..sebab tu nak sentuh ni, kalau tak sentuh esok mungkin gila..kehkeh..*ok tipu =p

    Tengah melayan video dekat youtube, terjumpa video mamat nih, orang ganung boh!!namanya polkadot douhgnut..diorang buat berdua, tapi mostly yang sorang-sorang...mungkin dah ramai yang tahu kemunculan mereka, sebab mereka dah mula sejak hujung tahun lepas...aku baru tahu beberapa hari lepas dan ternyata aku masih awal sebab bila aku tanya rakan-rakanku mereka tak taw pun...ni nak cerita dalam blog nih!!hehehe :D

    agak kelakarlah bila tengok vlog diorang nih, okey aku gelak sorang-sorang...yang bestnyer guna lorat ganung tu!!bukan orang kedah ja boleh, orang ganu pon boleh..ke guana gamok??zizan pun orang ganung..hehe....meh-meh malas nak tulis panjang-panjang, mari kiter layan vlog nih!!









    hok ni memang lawok molek ah..suke selok aku tengok, nak terburai isi perut..kahkahkah...



    ade banyok agi video diorang, dalam english pun ade...tapi wat dalam lorat ganung ni memang kemah keming!!ambe dop pernah tengok agi vlog orang ganung klakor gini...memang terbaik la bro!!!


    ni vlog dalam lorat teregganu dan nak share dua terbaikk dan paling ambe suker je, hok lain deme pakat-pakat gi tengok sendiri deh...





    yang ni pulak pasal annoying vidoe,in english..kahkah..aku sukaa kot..tapi diorang kata xnak dah buat vlog kutuk orang..okeh,bagus2...

    nih beberapa komen ambe pasal polkadot doughnut nih...

    @video tu kurang kualiti sket r boh!!ce try beli kamera molek sket..sayang pulok, vidoe sedap doh!!

    @sound lain macam sket...pastu kadang-kadang suara pitch tinggi sangat, tapi intonasi gaya tu molek doh...

    @guna je lorat ganung tuh...baru kemah set kite..hahaha..konfiden molek je tu =p


    okeyh...tu hanya pendapat ambe semata-mata....kalau tak boleh terima harap maafin yaa...lepas tengok ambe terus subscribe, lama dah tak upload video..bilaaa nak buat lagik??tengah menunggu ni...ekekekeke...

    sesapa yang tak berapa nak faham lorat si polkadot doughnut ni, boleh rujuk kamus bahasa terengganu sini..ambe wat siap-siap doh..hehehe..

    ni page facebook diorang,tunggu apa lagik..jom layaaaan :D


    p/s: best ke weih BB messenger???

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...