nuffnang

    Showing posts with label solat. Show all posts
    Showing posts with label solat. Show all posts

    Sunday, December 4, 2011

    Masjid Istiqlal - masjid terbesar di asia tenggara

    Assalamualaikum.....


    Alhamdulillah, peluang untuk meneruskan kehidupan dan menghirup udara segar masih lagi diberi Allah S.W.T kepada kita...dapat menjalankan kehidupan seharian dengan sempurna dan yang paling penting mudah-mudahan kita senang berada di bulatan gembira =D


    Beberapa minggu lepas Jaa berpeluang solat di masjid Istiqlal, masjid yang terbesar di asia tenggara selepas berjalan-jalan di Monas... masjid ini terletak di pusat ibukota negara Republik Jakarta..memandangkan ia terletak hanya di timur laut monumen nasional (Monas) kami terus ke sana untuk solat maghrib dan isyak, ok masjid ini memang serius besar...tetiba teruja ^_^





    Besar kan??masjid ni boleh memuatkan lebih dari 200ribu jemaah  dan 5 tingkat..tapi itulah, masjid besar-besar pun susah juga nak tengok orang penuh kat dalam..huuuhu...



    sungguh besar kan..okey, memang agak teruja bila dapat solat kat sini walapun bangunan nampak macam dah agak lama...nak cari toiler punyalah jauh hampir ke hujung dunia (eh hiperbola) sampai tersesat..heehe...boleh dikatakan semua besarlah termasuk tempat ambil wuduk dan toilet...


    disebabkan connection internet saya kurang memuaskan, maka gambar-gambar tak dapat diupload..huhuhu.. silalah ke facebook page saya, saya akan upload di situ untuk melihat gambar-gambar lain disekitar masid..ok, update pendek dari saya, salam sayang..thanks sudi baca :D


    P/S: kalau kita nak berubah, jangan terlalu fikirkan apa yang orang nak kata, tapi fikirkan apakah yang kita buat ini benar, insyallah kita akan rasa cool berada dalam bulatan gembira..weeee <3




    Thursday, December 1, 2011

    pernahkah kau merasa???

    Assalamualaikum............


    pernahkah kau merasa kesunyian??

    tatkala orang lain sedang gembira bergelak ketawa....
     namun kau hanya mampu terdiam penuh rasa kecewa....
    duduk bertungkat dagu, termenung dan merasa sia-sia....
    mulut terkunci rapi, mata berkedip kedip tanpa  bersuara..



    pernahkah kau merasa kehilangan???

    merasa seperti tiada kawan bicara,tiada teman.....
    merasa seperti tidak dipedulikan orang dan dipinggirkan...
    apakah kekurangan pada diri kamu??apakah kesalahan kau?
    mengapa?mengapa?dan mengapa???





    pernahkah engkau merasa kekurangan??


    di saat orang lain mendaki kejayaan dan kemenangan....
    namun kau rebah dan jatuh di pertengahan jalan......
    perancangan awal hanya tinggal kenangan.......
    semuanya berlalu dan berubah haluan.....


    adakah kamu tahu??
    hidup di dunia cuma sementara....
    teman-teman hanyalah peneman sementara...
    keluarga juga hadir cuma seketika...
    yang kekal hanyalah kehidupan di sana...



    -gambar mak cik saya, hanya sekadar hiasan=p -



    jom hayati video ni...berjaya menaikkan semangatku yang kian pudar...



    Lirik Lagu Memburu Impian - Kristal

    Ku Jejak
    Jalan Yang Berliku
    Membara Jiwaku
    Memburu Impian

    Ku Renang Lautan Gelora
    Biarpun Tersadai
    Di Hujung Dunia
    Akan Ku Rempuhi Segala Rintangan
    Biarpun Rebah Ku Bangun Sendiri

    Korus
    Akan Ku Genggam Biarpun Hitam
    Menjadi Milikku

    Ku Mula
    Dengan Langkah Ini
    Menuju Sinaran Yang Abadi


    lirik lagu ini sungguh bermotivasi...semoga anda yang merasa kekurangan, rasa tidak bersemangat bolehlah jadikan lagu ini sebagai sumber inspirasi dan motivasi menaikkan semangat....


    menangislah jika anda rasa sedih, tidak tenang dan gelisah..sesungguhnya menangis itu merupakan penawar yang paling mujarab dalam banyak-banyak penyakit...ia boleh menenangkan jiwa dan menyembuhkan pelbagai penyakit hati yang telah ditemui..sungguh,  menangis merupakan ubat hati yang paling mujarab...


    Kalau saya sendiri,memang saya jarang cerita apa yang saya rasa pada kawan-kawan terutama soal hati dan perasaan...apa saya buat, saya akan menangis, solat dan baca Quran...lepas tu cuba call mak atau kawan baik...kemudian saya akan dengar lagu-lagu bermotivasi atau tulis blog sebegini...


    Alhamdulillah, kini daku bersemangat kembali!!yeah, esok ada exam..doakan ye :D



    Saturday, November 5, 2011

    selamat hari raya aidiladha 2011

    Assalamualaikum....

    nak wish kat korang 'selamat hari raya Aidiladha' tak kiralah kat mana pun korang sambut, dengan keluarga ke, kat kolej ke, dengan keluarga angkat ke...ataupun di perantauan macam saya..heehe..nak wish tu je :)




    tadi kawan-kawan buat sedih lepas solat maghrib berjemaah..heehe, mungkin teringat kat keluarga kot...biasalah tu, dengar je takbir terus akan rasa syahdu kan...padahal kat rumah macam biasa je...tapi kat sini rasa sayu sangat...insyallah esok kalau takde aral melintang nak pergi KEDUBES (kedutaan besar malaysia) takdelah sayu sangat raya atas katil je..eeheehe, semoga best!


    p/s: sorang pun tak angkat saya call (T_T)  sedih okey...mungkin tengah busy~




    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...