nuffnang

    Showing posts with label shawl. Show all posts
    Showing posts with label shawl. Show all posts

    Thursday, June 30, 2011

    Selamat tinggal Intec, selamat tinggal Shah alam~

    Assalamualaikum...

    pejam celik pejam celik dah habis dah perjuanganku selama dua tahun di Intec, sedih la pulak rasanya nak meninggalkan bilik 1221 terutama sekali member-member yang separa gilaa..haaaaaaha..banyak betul kenangan pahit manis selama dua tahun di sini..28 Jun 2009, tarikh mula daftar sehinggalah semalam 29 July 2011..

    Semalam tak sempat nak update sebab pepagi lagi dah pergi Intec untuk writing test + interview... alhamdulillah, everything went well...insyallah kalau ada rezeki dan tiada aral melintang dapatlah kugenggam impian yang selama ini mungkin hanya angan-angan...hanya doa dan tawakal sahaja sekarang ni, apapun kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya..terimalah seadanya dan jangan sesekali menyalahkan takdir setelah kita berusaha dan dah cuba buat yang terbaik (self-motivated )





     buku-buku ni tinggal je, nak sedekah kat junior =D

    antara barang-barang...bnyak lagi meh..


    balik dalam pukul 1 terus sambung packing barang-barang sebab banyak sangat yang belum dikemas...dalam pukul 5 lebih pakcik datang ambil dan balik Klang ...Balik Terengganu lambat lagi sebab 4hb-7hb  ni ada kursus Birotatanegara (BTN) dekat pantai remis, Jeram, Kuala Selangor..harap-harap best dan enjoyy =D


    Malam tadi pulak layan bola, Malaysia lawak China taipei (Taiwan) dan Malaysia menang tipis 2-1.. agak tak puas hati dengan keputusan semalam sebab aku rasa Malaysia mampu buat lagi baik, adeih banyak betul peluang depan gol yang disia-siakan....apepun, aku sukaa Aidil Zafuan main balik malam tadi..waaaa, hensemnya awak untunglah Rita Rudaini (tetiba..hahaha) gol pertama oleh kepten negara, Shafiq Rahim memang cantik!!!gol kedua pula oleh tandukan Aidil Zafuan semasa sepakan penjuru oleh shafiq Rahim juga...safee sali tak menyerlah semalam, semua dok pakat nak kepung diaa...last-last cedera dan keluar..ok dah jadi pengulas pulak...sukanyaaa layan bola, lama dah tak tengok =.=


    haaaaa, antara koleksi sandal dan, kasut, wedges dan heels sepanjang di Intec


     shawl dan tudung


     baju kurung

    tudung bawal..jarang pakai




    Monday, April 25, 2011

    Inner cotton itu saya punya!

    Salam semua :)

    tahukan anda semua apakah itu inner??sudah namanya inner sudah pasti ia dipakai di dalam kan..tapi kali ni taknak cerita pasal inner lain tapi pasal inner tudung..kalau korang tengok sekarang ni kan ramai yang sudah mula beralih arah dari pemakaian tudung bawal kepada shawl..namun begitu, gaya shawl ni pulak ada banyak tak terkira..ada belit bawah atas pusing-pusing jangan sampai jerut leher sudah ^^

    sekarang ni pulak bukan ada satu jenis je, macam-macam ada pashmina, tudung syiria, tudung siti dan macam-macam lagilah..kalau nak ikutkan fesyen memang tak terkejarlah kan..namun begitu jaa lebih suka pakai shawl dengan inner cotton sekali sebab memang mudah dibentuk dan tidak melekat pada dahi..kalau muka bulat macam bolaa pun boleh buat effect bujur..kihkih :)

    inilah inner cotton tu ^^

    panjang betul mukaddimah, sebenarnya tadi jaa telah ditag oleh luqie untuk join contest nih...memandangkan jaa memang sukaaaaa inner cotton dan syarat-syaratnya senang sahaja ape kata mencuba kan??mana taw ada rezeki, tapi gitulah setakat ni baru sekali dapat hadiah giveaway dari blogger..takpe,cuba lagi...lagipun hanya perlu follow Mrs.vip, buat entry pendek dan letak satu gambar..

    gambar bersama inner cotton :D

    dan nak tag semua yang baca nih..ok,bye....moga dapatlah inner cotton ni ye..heee (^_^)

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...