nuffnang

    Showing posts with label perlawanan bola sepak. Show all posts
    Showing posts with label perlawanan bola sepak. Show all posts

    Tuesday, November 22, 2011

    tahniah Harimau Muda juara bola sepak sukan Sea di Jakarta, ayuh mengaum!!!aummmmmmm!!

    Assalamualaikum.....

    Sekalung tahniah diucapkan buat pasukan bola sepak Malaysia bawah 23 tahun yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea di Gelora Bung Karno malam tadi....sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa sokong perkembangan bola sepak negara sudah pasti aku turut gembira...


    Sea Games
    para pemain meraikan kemenangan..

    walaupun permainan malam tadi berkesudahan dengan penalti sebab skor masih 1-1 walaupun dah diberi masa tambahan, namun kecekapan KFCM , Khairul Fahmi Che Mat a.k.a apex dan beberapa pemain lagi berjaya memberikan kejayaan pada Malaysia...kita menang dengan 5-4 pada saat penalti..

    kalau dilihat pada perlawanan memang agak sengit dengan kedua-dua pasukan saling mengasak dan cuba untuk menggegarkan gawang gol...ada juga beberapa peluang dan cubaan yang tidak dapat disudahkan, termasuk juga 'offside' yang berlaku ke atas kedua-dua pasukan Malaysia dan Indonesia.

    apa yang best bila JAK FM, Jakarta FM telah memainkan lagu-lagu Malaysia hari ni di radio mereka.. diorang sebenarnya dah buat bet, kalau Malaysia memang bola sepak malam tadi, Jak fm akan pasang lagu Malaysia seharian..ini diambil dari website rasmi 101jakfm :)


    Kalau ditaruhan pertama Jak vs Hitz muterin lagu Malaysianya Cuma 4 jam di jam ROTI, kali ini taruhannya adalah seharian penuh! Kalau Indonesia menang, lagu-lagu Indonesia akan diputar seharian penuh di Hitz FM plus, mereka akan pakai Jersey Indonesia, sebaliknya kalau Indonesia kalah, kita harus memutarkan lagu Malaysia seharian penuh dan memakai Jersey Malaysia.



    Dan hasil skor 5-4 Malaysia – Indonesia membuat kami dengan sportif harus menjalankan taruhan kami.


    We had so much fun on the air, we know it was a bit crazy, but a bet is a bet right?! Karena Jak FM sportif banget menurut mereka, dan disaat bersamaan twitter dan facebook juga penuh dengan dukungan baik dari Indonesia dan pendengar dari Malaysia, it’s proven that Music really unites the two countries!



    Dengan ini kita bisa melihat juga kalau Indonesia dan Malaysia bisa bersahabat. Banyak pro dan kontra memang, tapi yang kita lakukan sepenuhnya untuk mendukung Garuda. To be a champion we always have to fight another round!




    apalagi, diorang ni semua dok pakat dengar radio la..haaha, padahal sebelum ni takdelah nak dengar radio pun, kebetulan kitorang pergi pejabat imigresen tadi nak pergi pergi sign kitas(kartu ijin tinggal sementara) kat sini..suruh bapak supir tu pasang radio jak fm..haaha, layan, rasa kat Mesia lak..haaha...



    dan apa yang lagi best hari ni bila diorang, kengkawan Indonesian ucap tahniah pasal Malaysia menang!! hoyeh!! ini baru betul, semangat kesukanan yang betul..biasalah diorang ni well-educated bukan macam orang kebanyakan kat luar tu, pemikiran kelas ketiga...tak boleh nak fikir mana baik mana buruk, main ikut jeee..main nak sembur je tanpa usul periksa.hadehh..


    tadi lepak-lepak dekat library dengan memember indonesia jugak, kitorang borak-borak pasal bola, pasal ada dua orang meninggal malam tadi sebab kena himpit dalam puluhan ribu penyokong, nauzubillah!!sungguh tragis..termasuk juga cerita pasal gol penalti dan permainan yang mendebarkan..haaha, yes, aku sukaaa...tak boleh nak cerita dengan kawan bilik sebelah yang langsung tak minat bola boleh cerita dengan diorang pun memang best!!!apa yang best diorang kenal semua pemain Malaysia kot, Khairul Fahmi, Muslim Ahmad,Asrarudin, Fakhri, Nazmi, Badrol Bakhtiar dan beberapa orang lagi yang disebut..korang memang best!!

    mereka yang cool dan best!!

    weh, baru tau kat Indonesia pun ada melayu...haaha, diorang taw cakap melayu cuma intonasi dan adalah perkataan yang kita guna diorang taktaw...itu yang sebelah aku dan berhadapan dengan aku tu melayu, kita sebangsa ^_^


    p/s: one of my friend start to wear hijab this week...alhamdulillah..i hope u can 'istiqamah' 


    Sunday, July 24, 2011

    menyepikan diri buat seketika

    Assalamualaikum...

    setelah sekian lama tidak menekan papan kekunci, berceloteh dan mencurahkan idea kat blog kusam lagi tak sememeh ni rasa macam pelik pula nak menyusun ayat..haaaaaaa..kalau korang pernah baca blog ni sebelum ni mesti taw yang gua sekarang tengah bertapa di rumah sambil menjadi bibik sambilan..

    sebelum ni dah exam dalam sebulan lebih lepas tu pergi BTN dalam seminggu dan terus balik rumah..kat rumah ni pulak memang takde internet , masa exam tu memang mengurangkan penggunaan internet dan aktiviti yang me'lagha'kan..kalau dulu sehari tak buka FB atau blog rasa macam ada sesuatu yang tak kena je tapi bila dah lama kelamaan tak buka jadi macam biasa je..

    disebabkan beberapa masalah ni jadi gua rasa memang gua akan menyepikan diri dalam beberapa bulan ni, yeah inipun gian lama tak online pergi gak cc ngan adik gua..pepagi hari sekolah ni memang xde orang dan internet ni pulak laju memanglah best kan..tapi memang macamtulah kan, bukannya apa cuma malas nak pergi walhal xdelah jauh mana pun..dok rumah lagii best..

    apa yang gua buat kat rumah macam biasalah, bangun pepagi basuh baju jemur baju..lepas tu tengoktv sat dan kemas rumah..tengok-tengok dah tengahri apa lagi masuk dapur lak, masak lauk nasi dan sayur apa-apa ajelah yang boleh dibuat dah petang...tengok tv lagi, macam-macam cerita gua tengok sepanjang  cuti ni habis pi layan....citer korea lam lappy tu tak habis lagi tengok, itulah sebelum cuti bagai nak rak pergi copy campai nak pecah hard dics...

    sepanjang cuti ni jugak gua banyak layan bola, dengan perlawanan pusingan 1 dan 2 malaysia ke piala dunia dan jugak perlawanan persahabatan dengan Arsenal, Liverpool dan Chelsea habis gua layan..baru boleh tengok bola puas-puas sebab sebelum ni asyik busy je manjang dok ngadap buku dan assignment..apepun gua frust dengan perlawanan harimau malaya menentang singapura semalam..gua rasa depa boleh buat laghi baik, dahla pemain feveret gua safiq rahim kena kad merah, aidil zafuan ngan norshahrul idlan talaha (mat yo) pulak cedera..aduyaii, harapkan safee sali la sekarang ni, tapi gua yakin stadium bukit jalil pasti bergegar semasa perlawan dengan singapura nanti..perh, gua pulak cuak =.=

    pasal dok kat rumah pulak gua sekarang ni rasa dah layak kawin kot, kahkahkah...macam-macam dah gua masak kat rumah tu, masak merah, gulai, sayur dan macam-macam lagilah...dulu-dulu kalau masak pasti ada je yang tak kena dan macam xde orang nak makan kalau gua masak, sekarang ni habis licin diorang makan..sememangnya tengok orang kenyang makan dengan hasil tangan kita masak memberi satu kepuasan yang tidak terhingga begitu juga kalau jahit baju..kalau gua tengok baju yang gua jahit tu orang suka pakai memberikan satu kepuasan yang tidak terhingga...

    dalam masa seminggu lagi seluruh umat islam akan menyambut kedatangan bulan yang penuh berkat iaitu bulan ramadhan al-mubarak, cepat betul masa berlalu kan..tuptup dah nak raya lagi, tapi tahun ni kali pertama dapat berpuasa penuh kat rumah..biasalah sebelum ni kan dok asrama, dok kolej  ada kelas semua balik pun jarang-jarang...dan result exam jugak kuar dalam tengah bulan puasa, berdebar-debar rasanya...apapun gua hanya mampu bertawakal dan berdoa kerana gua yakin sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya...jangan sesekali menyalahkan takdir dan percaya kepada qada' dan qadar, insyallah.....

    rasanya leteran pun dah panjang ni dan sesapa yang baca sampai habis ni memang anda pembaca yang mantop!!biasanya orang malas nak baca panjang-panjang cenggini tapi gua memang kaki membaca so tak hairanlah gua boleh baca novel setebal 500 muka surat dalam masa sehari, tapi tengok atas ceritalah kan, kalau bosan boleh mengantuk juga...insyallah ada masa gua update lagi..


    p/s: baju sahabat blogger gua baru dapat semalam...apesal saiz m besar gedabak???hurmmmm...

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...