Assalamualaikum...........
warkah pertama di bulan Oktober...Alhamdulillah tadi baru selesai exam practicum anatomy untuk blok traktus urogenital...apa jua hasilnya, kita bertawakal sahaja...insyaAllah kita pun dah cuba yang terbaik :D esok ada lagi exam practicum biochem dan skill lab...kali ni kami buat anemnesis III, kene berlakon jadi doktor la pulak yee...mudah-mudahan urusan dunia yang sedang saya lalui ni berjalan lancar, insyaAllah....
balik je dari exam saya pergi pasar kopro, beli barang-barang dapur untuk masak...yeayh, rajin masak sekarang tau! nak kene belajar masak jugak nanti balik rumah senang nak tolong mak, balik haritu pun banyak tolong kat dapur, yeay!! good improvement :p
apa yang saya nak cerita tadi time saya nak balik lepas dah beli barang apa semua, saya bawak beg sebab senang nak bawak basikal, oh yee, saya beli basikal dengan senior, dia dah nak masuk klinikal so basikal tu tak pakai...saya dah lama nak beli basikal tapi asyik tak jadi je, kali ni baru beli betul betul punya...thank you kak ana! *kalau akak baca ni * heee saya kenal akak ni sebelum masuk ukrida lagi, dia ada komen dekat post yang pasal saya nak pergi ukrida tu...hmmm akak ni baik sangat, tapi kalau jumpa depan-depan rasa macam segan, aish!! i olls ni pemalu >__<"
sambung cerita....ada sorang bapak ni sedang mop lantai depan kedai emas kalau tak silap...saya kebetulan memang nak lalu jalan tu tapi tetiba ada seorang auntie cina yang lalu....mungkin dia tak perasan yang bapak tu tengah mop lantai, dia jalan terus jee ke depan lepas tu tetiba bapak tu cakap
" dasar gak punya rasa hormat, setan!!"
"apa kamu manggil saya setan ya tadi?"
"iyaaa..memang keturunan setan kalau kayak gitu"
"kamu kalau ngomong jangan......"
ok aku tak dengar apa lagi perbualan mereka selepas itu, tapi muka untie tu merah nak marah ke malu ke tak pasti...tapi dia memang bengang la dengan bapak yang tengah mop lantai tu....saya ambil jalan lain sebab nak cepat balik rumah, tak jadi ikut jalan yang tengah dimop oleh bapak itu tadi....
pengajaran dari kisah ni...ermm banyak sebenarnya...benda ni pun banyak sebenarnya berlaku dalam kehidupan seharian kita...orang kata kalau siang-siang pandang-pandang kalau malam dengar-dengar....bapak tu tak patut cakap autie tu setan dan auntie tu pulak memang tak patut jugak jalan tak pandang kiri kanan...main serbu je, kita pun sebenarnya selalu macam ni kannn....
kita ada matlamat kita sendiri, nak capai destinasi dengan tenang, cepat, selamat tapi kita langsung tak pandang kiri kanan...matlamat paling besar yang kita nak capai mesti SYURGA kan...ermm dapat tak kita masuk syurga sorang sorang???berjalan, beramal je sorang sorang tanpa hiraukan orang lain tengah merangkak, menangis, meraung kat tepi..macam complicated kan?? itulah kadangkala kita ni perlu berkorban untuk bantu orang lain...
ok cuba bayangkan kalau kita lari sorang-sorang untuk 400 meter contohnya...mesti cepat kan kita sampai...tapi cuba bayangkan lagi kita sampai sorang sorang je, orang lain semua tertinggal kat belakang, adakah kita ni pentingkan diri sendiri??dan bukankah kita akan sampai dekat garisan penamat tu sorang sorang je, sunyi (T_T)...cuba kita pimpin tangan kawan kita, yang sakit, berjalan bertatih tatih, ada yang cepat penat, ada yang nak berehat seketika,tak mampu lagi berlari...kita terpaksa perlahankan larian kan, tunggu dia, jalan lagi...lambat, memang lambat...tapi akhirnya kalau kita dapat sampai ke destinasi sama-sama perasaan tu sangat best! gembira!yeayyy!!!
tengok pinguin ni...comel sangatttt!! jalan berpegang tangan sama-sama...kita pun kena macam ni, jalan sama-sama...kalau ada yang jatuh, ada yang tolong pimpinkan, ada yang sedih kena ada yang menceriakan ^^
satu lagi kita ni kena hormat orang, tak baiklah cakap orang tu setan ke apa kan...kita ni manusia biasa je, mana ada sempurna pun...orang kata dia tu perfect! dahla cantik, pandai masak, pandai kemas rumah, pandai belajar...tapi mungkin adab dengan orang kurang? ermm atau apa-apa sajalah lagi...jangan cepat sangat melatah, menuduh orang sana sini, bawak cerita, bawak mulut, fitnah...astaghfirullahal'azim...minta dijauhkan la dari semua benda tu kan...
tapi itulah fenomena biasa...pepatah pun ada, kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa...kalau bapak dengan auntie tu sama-sama berlapang dada, memang tak jadilah gaduh macam tu kan....ooh mungkin dia tak perasan kot sebab tu laaa...emm kita pun kenalah macam tu, kalau ada orang buat salah kena berlapang dada, jangan nak itu sangat nafsu marah, benci semua tu..nikmat Allah tu sangat besar, memang tak mampu pun kalau nak balas..Allah pun ada berfirman:
Padahal tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya. Tetapi (dia memberikan itu semata-mata) karena mencari keridhaan Rabb-nya Yang Maha Tinggi. Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan. (QS. Al-Lail: 19-21)
wallahu'alam...semoga jumpa lagi! :)
1 comment:
Betul,kadang2 kalau kita rasa marah pun,punyalah dok pendam taknak bagi pihak sana terasa. Dan pihak sana jugak kena bertimbang rasa jugak,jgn bagi kita marah. Tskkk hihi :D
Post a Comment