nuffnang

    Sunday, August 5, 2012

    Puasa ke Raya

    Assalamualaikum.......




    perasan tak dalam setiap post saya beri salam...hee, bukannya apa..kan beri salam tu sunat dan jawab salam tu wajib okey :) jadi apa salahnya saya nak kutip amalan sunat pada setiap kali orang baca entry yang saya tulis dan korang janganlah lupa pulak nak jawab salam yee..bak kata maria elena "kalau jawab sayangg kalau tak jawab dosaa" heheee


    okey saya sebenarnya banyaaak benda yang nak tulis namun bila ditangguh dan lama tak menulis jadi macam dah tak tahu nak tulis apa...pun bolehh kan...apapun Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 16 kita semua berpuasa dan hanya tinggal 14 hari sahaja lagi sebelum kita menyambut hari raya aidilfitri di 1syawal...lagu-lagu raya dah mula berkumandang di radio-radio, masuk kedai pun dengar lagu raya, takpun sibuk shopping baju, barang keperluan raya dan buat keperluan raya sampai kita semua lupakan Ramadhan.......




     jom sama-sama mencari malam laitatul Qadar tapi kan macam dah jadi trend Malaysian kan, baru puasa separuh jalan tapi dok pung pang pung pang pasal raya, jualan sempena raya sana sini, majlis berbuka puasa sana sini....nampak sangat kita ni sangat menantikan hari raya tu padahal bulan Ramadhan ni bulan yang sangat mulia, bulan untuk mengejar pahala berganda-ganda tapi kita semua lupa T_T  


    saya menulis ni bukan sebab orang lain, tapi sebab diri sendiri juga....walaupun saya hanyalah ala kadar saja takdelah meriah beli itu ini tapi masiiiih pemahaman tentang hari raya tu masih belum dapat ditukar, mungkin sebab dari kecik dah biasa yeay raya!yeay raya!!!biasalah kan kalau raya dapat duit raya, baju raya, selipar raya, tudung raya beg raya!!bak kata semua benda nak barulah...tapi bila dah besar ni rasa macam semua benda tu biasa-biasa saja..entahlaa...


    mungkin sebab dah besar kot, rasa macam raya bila dah umur 20-an ni lain sikit...pemikiran pun dah lain mungkin dah lebih matang..heeee ^^ kalau kecik-kecik dulu kalau puasa penuh dapat upah duit raya banyak, biasalah budak budak kan...kalau tak buat macam tu tak nak puasa yedak? hahaaa..tapi ingat lagi pernah dahaga sangat masa kecik dulu ponteng puasa ikut sepupu minum air sejuk dalam fridge masa cuaca panas...ya Allah rasa masa tu nikmat sangat..hahaaa..korang pun mesti pernah macam ni kan??hahaaa


    bila dah besar ni ingat balik semua kisah lama tu rasa nak gelak sorang-sorang pun ada, rinduuuu zaman kecik dulu..zaman tok ayah ada lagi...kazen yang sebaya tu dah nak kawin raya ni, hohooo...lepas sorang sorang kahwin kan, bagus jugak kawin awal....mengelakkan benda-benda yang tak elok terjadi kan...kita suka tengok orang lain dah ada pasangan, semoga perkahwinan mereka berkekalan dan dirahmati Allah S.W.T


    rasa macam dah nak kene out ni, apapun saya cuma harap kita semua dapat fikir tentang puasa dan raya ni...cuba buat anjakan paradigma dalam pemikiran kita, tak semestinya tak boleh bergembira nak raya cuma janganlah berlebih lebihan sampai melampau dan membazir kan...kita kejar sebanyak banyaknya pahala di bulan mulia ni dan kita sambut hari raya nanti sebab nak raikan kemenangan kita berjaya puasa..yedak?heeee...


    oklah, till then!!! selama berpuasa, berbuka dan berterawih....makan sedap-sedap jangan lupa orang di sini yee..


    p/s: tak sabar nak tengok final perlawanan badminton malam ni,Datuk Lee chong wei vs musuh tradisi, Lin Dan...semoga kemenangan berpihak kepada Malaysia untuk emas pertama..hee :)


    2 comments:

    NA.M said...

    selamat berpuasa....

    Cik Asma BLuppy said...

    kalau malaysia dapat emas, makan free ler aiskrim BB ye... hiks!

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...