nuffnang

    Tuesday, May 10, 2011

    Offline dua bulan...tetttttttttt!!!....nak pergi berperang nih!doakan daku pulang dengan selamat..dup dap dup dap....

    Assalamualaikum Semua.......

    okey, kemain panjang lagi tajuk entry daku kan...wahahaha..kalau tajuk dah sehasta entry mesti sepelaung kan..wahahaha...mulai minggu depan daku akan menyertai rombongan perang yang paling lama pernah daku sertai...sebelum ni bukan tak pernah pergi perang, dah biasa kot perang-perang, tapi biasa perang guna pistol mainan jep, tak pun main perang-perang guna anak-anak batu kecik pastu lempar..wah, korang ingat batu kecik tu tak sakit ke??sakit okey, sama dengan cubit, kalau korang cubit dengan cubitan kecik rasanya lebih sakit kalau nak dibandingkan dengan besar..ohh, okey daku taw daku sudah melalut ke laut..


    Tak lama lagi blog ini akan bertukar wajah..wahaha, daku dapat perkhidmatan untuk tukar template blog tapi tak tahulah bila nak tukar tu kan..tapi mungkin dalam masa terdekat ni...sambung lagi cakap pasal perang, mulai minggu depan sampai hujung bulan Jun daku dan berjuta-juta lagi rakyat di seluruh dunia akan melalui saat-saat getir dalam peperangan..cuaak seh!!sape tak takut nak pergi perang??mesti takut kan..tapi doakanlah semuanya selamat okey..moga-moga daku selamat pulang dari perang tanpa sebarang kecelakaan..hehehehe ^^


    Biasanya daku pergi perang paling lama pun dua minggu jep, tapi kali ni memang lamalah hampir dua bulan...sepanjang peperangan tu jugak daku mungkin tidak online, yelah nak online hape..tengah-tengah orang dok perang daku pulak dok sibuk menghupdate belong, tak ke naya???tak pasal-pasal peluru menusuk kat kepala daku...tang kepala takpe lagi, kalau menusuk ke jantung hati kalbu tak ke naya???pitam daku kalau tetiba daku terjatuh hati dengan si penembak itu..wakakakkaw..bahaya okey, daku memang suka stalk belog orang,haha bahaya wei..kang tetiba daku terjatuh hati kang ke tak boleh nak fokus kat pistol perang dan musuh-musuh daku...




    korang janganlah nak kusutkan kepala daku, daku kena kosongkan fikiran ni..nak kena tumpu pada musuh-musuh daku ni, kalau dikira-kira ada 16 semuanya..ramaii kan??ngeriii gilaa kot nak menghadapi musuh-musuh kesayangan nih..korang kan ape yang korang harap pada musuh perang korang??muka bengis atau senyum memanjang..kali ni daku harap musuh daku senyum manjang sampai ke telinga pastu kenyit mata...
    hahaha, barulah cair bolehlah gua lawan musuh tu, bukan menyerah diri okeyh!!!harap-haraplah musuh daku kali ni baik-baik belakaa, layan daku dengan baik jepp..heeeeeeeeee =D


    nak pergi perang ni mesti kena bersedia dari segi mental dan fizikal kan, sebenarnya gua masih lagi 50-50...nak kata tak bersedia tuh, tak tahulah..nak kata bersedia pun tak jugak...apa yang daku harapkan tiadalah masalah sepanjang peperangan ni, semoga semuanya berjalan dengan selamat, tiap-tiap hari daku berdoa agar daku diberi kesihatan mental dan fizikal agar daku dapat melawan musuh-musuh daku dengan jayanaya...semoga sepanjang peperangan hampir dua bulan ni daku akan sihat walafiat dan dicucuri rahmat oleh-Nya..aminnnn, korang jangan lupa doakan daku okeyh, tiap-tiap hari masa berdoa tuh jangan lupa selitkan nama daku sekali...jaa mohon pada semua, terima kasih sayanggsssss :D

    "BERIKANLAH JAA KESIHATAN, KETENANGAN, DAN KEJAYAAN DALAM PEPERANGAN TERSEBUT" AMINN.. (^_^)



    apa kata korang pasal entry daku ni, adakah daku tengah mengigau, tidur di siang hari tau mimpi nak perang bagi..wahahaha..suspen tak??heeeee..sebenarnya nak cerita kat korang yang daku memang akan offline dari blog ni selama dua bulann..huuuu..mesti rindu..muahaha...selama dua bulan daku memang nak pergi perang, perang yang besar okey yakni exam A-LEVEL.. huaaaaaaa.. lagi besar dari SPM bagiku... semoga kejayaan daku dalam SPM dapat diulang lagi dalam peperiksaan ini, daku memang berharap sangatt sebab tu daku tak putus-putus suruh korang berdoa moga daku dapat kejayaan yang cemerlang..tengok kat komen tu, suruh berdoa...harap-harap korang boleh sebut ramai-ramai doa, orang cakap kalau lebih 40 orang doakan kejayaan kita insyaalah termakbul :D


    doa tanpa usaha pun tak jadi kan, dan usaha tanpa doa pun mungkin usaha korang tak berkat kan..oleh itu semuanya mestilah seiring dan sejalan..tak kan daku nak suruh korang berusaha untuk daku kan, apa yang daku harap hanyalah doa korang sahabat-sahabatku..dan daku akan mencuba yang terbaik sebab daku tahu harapan family daku dan daku sandiri sangat tinggi...kali ni memang dah sindrom habis, sindrom exam huwaaaaa....


    di kesempatan ini juga daku nak minta maaf dengan semua orang yang pernah terasa hari dengan daku, diriku ni bukannya sempurna dan sape yang dah follow twitter daku mesti baca daku tulis i'm perfectly imperfect..sape yang belum follow bolehla follow..ekeke ^^..mungkin selama kita berkawan/kenal atau pembaca blog ni yang pernah terasa dengan entry daku atau kata-kata daku yang pernah mengguris hati korang..mintakk maaf bebanyakk...daku mungkin tak tahu yang korang berdendam tapi honestly daku tak pernah nak simpan dendam dengan sesapa..daku harap pun korang macam tu..terima kasih daun keladi *rasa macam nak bagi ucapan persaraan la pulak..ekeke



    muka tak boleh blah kan, kate muka sindrom kenalah kasi efek macam orang sindrom sikit..tapi bukan sindrom down okeyh, sindrom down tu sebab mutation dekat chromosome 21, orang lain ada dua tapi dia ada tiga...huuuuu, sebab satu chromosome je dah boleh tukar almost everything kan..tu tak tukar chromosome lain kang ada yang jadik shemale lak kang,XXY...sapee nak jawab???

    nah daku bagi tarikh daku berperang, siap dengan masa lagi..senanglah nanti korang nak doakan daku..heeeeee...mekasih sayang sebab tak putus-putus doakan daku ^^


    16MAY- 24JUNE
    final exam 
    pasti daku rindu dengan belog dan kawan-kawan blogger !! :) 
    love you all...xoxo
    DOAKAN JAA BUAT YANG TERBAIK


    p/s: lepas exam jaa akan kembali menceriakan hidup anda..hehe...terima kasih sebab baca entry yang panjang ini, sticky entry for about 2 months ^^



    17 comments:

    Jay said...

    amiin..Jay doakan kejayaan Jaa ye..semoga tenang menghadapi exam tu nt..dan jgn lupa berdoa kepada allah semoga diterangkan hati,dilapangkan fikiran dalam mengulangkaji nt.insyallah Jaa mesti dpt jawab punyelah..Smile always k:)

    Areyoudys said...

    as salam..
    oh..
    short sem ek?
    hehe. buat yang terbaik~
    mestuii A++++++ okey~

    2 bulan..cukup la tempoh menternak lemak untuk kawe ni.
    ahaha~ dah rasa best rasa kurus. sekarang nak gemuk balik.
    yeah!!!

    kita berperang!!

    jangan lupa guling2 atas tilam
    ahaha~

    XD

    Areyoudys said...

    ta nak buat entri auto update?
    huhu

    NuReLLe said...

    wat yg terbaek...so that kitorg ramai2 leh g KLIA!!!! :D

    Anonymous said...

    hey,jaa..good luck for final exam,,do your best darling...thanks for the link kat malaysian blogger unite,,InsyaAllah akan follow story2 awak..btw,,do visit my blog too..i'm the new beginne,,,:)

    Ardini Humaira said...

    Goodluck tau!

    SyedGraphix Dot Com said...

    good larkkk! :D

    lady-D said...

    OKE..SAMAT BERPERANG JAA..

    GOOD LUCK^^

    forever love said...

    good luck ye..

    eiyzniey said...

    haha..gd lap!!

    ❤ lovelymasha❤ said...

    nak pi perang mana tu ja...

    la nak exam ke...apa pun akak doakan semoga Ja dapat menjawap dengan baiknya...amin

    Hanim Mahali said...

    Selamat Berperang Jaa... ^_^ Ganbate!!!

    Amni said...

    hahahah... skodeng blog orang tu hobi kite jugak.. kadan suka baca je.. tapi kalau free sure komen... lagi2 kalau tak de keje la kan... ahhahaha.....

    sjaa64 said...

    @Jay

    thanks jay!!insyallah :D

    sjaa64 said...

    @...

    HAAAA...bukan short sem..a-level la...tgklah kalau ada masa ataw cerita i'll update ^^

    sjaa64 said...

    @NuReLLe

    insyallah..i'll try my best..huhu

    sjaa64 said...

    thanks semua yang lain....sayang korang :)

    doakan jaa taw..thanx!

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...