nuffnang

Wednesday, December 25, 2013

Iradah qawiyah


Assalamualaikum...


first time naik public bus untuk perjalanan yang jauh di Indonesia. pernah naik bas ke bandung, anyer, bogor tapi tu bas sewa. semua orang kat dalam tu kita kenal. pernah juga ke surabaya, tapi naik train dan flight.perasaan naik public bus ni lain macam..terkejut pun ada bila tahu sebenarnya ada yang berdiri sepanjang perjalanan dari jakarta ke bandung.kita yang duduk ni pun rasa punyalah sakit belakang sebab perjalanan macet, ambil masa yang lama..takdelah lama sangat pun tapi sebab macet dan agak panas juga memang bukanlah satu perjalanan yang boleh duduk goyang kaki walaupun banyak tidur..heheh


benarlah orang kata, jauh berjalan luas pemandangan.selalu mendengar cerita sisters yang travel jauh berjam-jam seorang diri hanya nak pergi usrah yang mungkin hanya 3-4 jam. mungkin hanya 1/6 perjalanan untuk ke tempat usrah.bahkan ada yang sanggup datang jauh jauh hanya untuk mendengar taujih atau pengisian yang sebentar cuma..mungkin hanya beberapa jam. kemudian balik lagi kerana komitmen kerja, kelas dan sebagainya.tapi itulah, kesusahan dan kepayahan itu membuatkan mereka lebih qawiy. sanggup berbuat apa saja untuk mencari redha Allah.


Allahu ghayatuna.




hanya Allah satu satunya matlamat kita. nak dapatkan redha allah. nak dapatkan cinta Allah.nak rasa macamana perjuangan rasulullah dan para sahabat. dengan bersusah payah dan berkorban inilah mereka jadi lebih matang dan kuat. kalau ditanyakan mana mereka dapat kekuatan mereka, passion mereka yang sanggup berjihad dengan berkorban masa, tenaga, wang ringgit bahkan mengenepikan perasaan dan keinginan sendiri ramai yang akan bercakap tentang cinta pada jalan ini.


satu benda yang aku belajar juga adalah iradah qawiyah iaitu keinginan yang kuat. kalau orang paksa macamana sekalipun tapi diri sendiri tak ada rasa pun nak buat semua benda tak jadi. bila rasa ia bebanan.kita akan berusaha sebaik mungkin untuk mengurangkan beban. bila rasa buat kerana terpaksa, kita akan memberi seribu satu alasan. kita tidak meletakkan hati kita di situ.jasad mungkin ada tapi hati hilang melayang entah ke mana...


rasa tertarik dengan analogi seorang sister yang mengatakan: "setiap ujian dan cabaran yang kita lalui itu ibarat keping kepingan puzzle. kita akan berusaha sedaya upaya untuk  memasang puzzle itu pada tempat yang betul. namun bila puzzle tu dah siap, kita akan rasa dan dapat betapa cantik hasilnya.kalau hilang satu puzzle, cacatlah dan tak cantiklah keseluruhan hasilnya". itulah kita.kekadang kita sering memberikan alasan. nak lepas diri dari kesusahan dan tanggungjawab..tapi ingatlah, di akhirat nanti kita akan diminta alasan kenapa kita tidak melakukan amanah dan tanggungjawab tu dengan betul..Allahu sungguh takut T_T


semoga kita semua diberi kekuatan olehNya. perjalanan ini sungguh panjang, susah dan payah. memerlukan kita banyak berkorban, banyak bersabar. kita tak dapat ganjaran apapun di dunia. yang kita cari hanyalah redha Dia. insyaAllah ^^

Monday, December 23, 2013

kita pendosa


kejahatan bukanlah satu kebetulan,
ia adalah kebiasaan yang dibentuk perlahan-lahan,
tahap demi tahap.

ada pantun melayu:

siakap senohong, gelama ikan duri,
bercakap bohong lama-lama mencuri.

mula mula mencuri barang dalam rumah.
curi duit dalam dompet ayah dalam beg mak,
tak ada rasa bersalah, mulai curi barang kawan,
lama-lama mencuri dekat mall,tak puas lagi,
nak rasa lagi mencabar, merompak rumah orang.

itu kalau bab mencuri, kalau bab couple?

mula mula sms cakap rindu, lepas tu cakap sayang,
whatsapp kata nak jumpa dan skype sampai pagi buta.
jumpa dulu senyum-senyum lepas tu dah biasa duduk dekat.
mulai dari berpegangan tangan sampai terlanjur.
termengandung dan melahirkan.

yang jadi mangsa?
si anak yang tak berdosa.
dibuang sana sini.
hilang rasa keperimanusiaan.
tiada rasa sedih maupun bersalah.
 yang punya cuma rasa malu.

oh berbuat dosa tak malu?
malu pada siapa?
pada orang yang mengata, manusia yang bisa berbicara.
tidak malu pada tuhan maha pencipta?




nauzubillah.
Pertama kali terbuat dosa, hati diselubungi rasa bersalah,
bersalah kerana melawan fitrah.
kesalnya bukan main.

namun, rasa berdosa itu tidak lama.
jika dosa yang sama dibuat untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya,
rasa bersalah itu akan hilang sedikit demi sedikit.
akhirnya hati sudah terbiasa berbuat dosa,
rasa bersalah tidak muncul lagi.

alah bisa tegal biasa,
hati tega untuk berdosa.

mereka yang melakukan dosa sama dan berulang kali,
tiada rasa bersalah , sedih, dan kesal.
mereka bukanlah orang jahat pada awalnya,
namun tidak berusaha menghindari atau menjauhi dosa.

kita semua pendosa.
yang beza,
hanyalah hati yang segera bertaubat kepadaNya
atau yang berterusan melakukan dosa semata.


jaa
22122013

Sunday, December 8, 2013

jaulah ruhiyah Anyer

Assalamualaikum..

kisah jaulah.
hanya sebentar tak sampai sehari pun.
singkat tapi berbekas.


bukan sekadar titik dan goresan.
tapi luka yang amat dalam.
menggores hati dan menusuk tajam.


kami bertolak kira-kira tengahari sabtu.
perjalanan yang boleh tahan lama, ditambah macet dan sebagainya.
alhamdulillah sampai jua.


tempat yang sama dengan villa yang pernah buat ISK dulu.
Ya Allah rindu sangat..rindu dengan semua..
rindu dengan hati-hati itu. rindu pengalaman itu...
pengalaman pertama kali handle program.
bukan sekadar program biasa, malah lebih dari itu...



bersama-sama duduk di tepi pantai.
berlantaikan pasir berlapikkan tikar.
berbumbungkan awan dan langit membiru.
bertemankan bunyi ombak menghempas pantai tanpa lelah.


mendengar mereka, ya mereka yang saya sayang kerana Allah.
berdoa dengan ikhlas dari lubuk hati masing-masing.
merasakan kerdil di bumiMu.
merasa diri penuh noda dan dosa.
merasa diri sangat hina di mataMu.


namun tidak pernah bosan, tidak pernah berputus asa mengharapkan cahaya dariMu
pengharapkan keredhaan dariMu.
mengharap pertemuan denganMu.


entah mengapa. hati aku kekadang tertanya-tanya.
layakkah aku disini?
layakkah aku bersama-sama mereka disini?

ya mereka solehah.
tapi aku?
T_T


Masih lagi banyak kekurangan.
masih banyak lagi perlu aku belajar.
masi banyak perlu aku ubah.

problem sikit rasa malas. rasa nak marah.
ya Allah.

susah memang susah.
panjang dan berliku.

rasa takut nak jadi dewasa ;(





nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...