nuffnang

Saturday, May 25, 2013

Hannah

Assalamualaikum.....


it has been a long time i didn't post anything here, exactly a month after i got my blog again :D

Banyak sangat benda yang berlaku sampai dah tak tahu nak mula tulis dari mana, nak tulis blog pasal apa...alhamdulillah nak kena cerita sikit yang saya baru je pindah rumah hampir 3 minggu yang lepas...dari way seputih 2 tinggal kosan (bilik sewa) ke tanjung duren dalam ( rumah ). kami tinggal seramai 11 orang bergabung dengan ahlul Raudhah yang dulu, insyaAllah duduk bersama orang-orang solehah :)


dalam rumah ni ada murabbi saya, ada usrahmate saya ^^ insyaAllah tiap-tiap malam lepas maghrib kami akan ada tazkirah, gilir-gilir dan setiap orang akan dapat turn menjadi ustazah pilihan :) kami masak dan makan ramai-ramai dalam dulang...kalau sebelum ni asyik makan kat rumah akak-akak je macam ni takpun kalau pergi daurah, tapi alhamdulillah sekarang tiap-tiap malam akan makan dalam dulang beramai-ramai...rasa sangat best perasaan itu, makan berbagi rasa. rumah ni 2 tingkat dan ada 4 bilik.


adalah kawan-kawan yang tanya duduk 1bilik berapa orang, tapi kami semua bilik semua orang boleh pakai takde istilah ni bilik awak ni bilik saya...ada bilik tidur, bilik almari pakaian, bilik solat, dan bilik untuk embak iron baju dan letak baju kat situ...semuanya kami share, sharing is caring rite :) duduk dalam satu rumah macam ni banyak benda kita belajar, belajar untuk berlapang dada dengan semua orang, belajar untuk berbagi apa saja walaupun sedikit dan belajar untuk mementingkan orang lain berbanding diri sendiri (itsar). 


saya ni memang jenis yang suka duduk ramai-ramai suka buat benda ber'geng'... tak berapa nak gemar duduk sorang-sorang sebab nanti rasa bosan dan galau sorang diri..hehee...kalau dulu duduk kosan banyak benda yang saya boleh buat tanpa ada orang lain nak tengok....suka hati kitalah nak buat apa, tengok movie ke, tengok video ke, nak tido tak sedarkan diri je, apa sajalah...



kalau duduk ramai-ramai ni kita selalu ada orang sekeliling kita, takde masa untuk buat semua benda tu....boleh je nak buat, tapi kita faham kenapa kita tak boleh buat...bila tengok orang rajin study kita pun nak jadi rajin, bila orang rajin baca quran pun kasi semangat untuk kita lebih rajin lagi baca quran....insyaAllah tiap-tiap waktu solat berjemaah di awal waktu, baca al-mathurat sama-sama...alhamdulillah ya Allah terima kasih kerana mengurniakan sahabat dan ahli rumah yang baik...sama-sama nak cari redha Allah, insyaAllah :)


hannah maksud dia kasih sayang...semoga kami semua dapat hidup dan berkasih sayang dalam rumah ini kerana Allah...






"Hai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhamu dengan hati yang puas lagi diridhaiNya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu. Masuklah ke dalam surgaKu"


 (QS Al-Fajr :27-30)



Thursday, May 23, 2013

mafest 2013 - imbauan nostalgia


teka berapa biji gula-gula yang digunakan untuk membentuk tulisan dia atas...


me and vais...



rumah kami buka gerai...hannah's drink corner ^_^ hasil jualan boleh wat beli tilam :)


tak tahu nak update apa..
tahun ni jadi AJK makanan.


Monday, May 20, 2013

saya sudah dua puluh dua

Assalamualaikum.....

semakin bertambah usia, semakin dekat aku dengan kematian....semuanya sudah tercatat, seandainya Allah sidah menetapkan aku meninggal di usia 30, aku hanya tinggal lapan tahun lagi untuk hidup....lilin kehidupan aku semakin hari semakin memendek....namun seandainya Allah menarik nyawa aku esok? sudah bersediakah aku?


Alhamdulillah Allah masih lagi memanjangkan usiaku dan masih memberi aku peluang untuk bertaubat..ehemmm, sebenarnya tahun rasa sangat terharu dengan orang-orang di sekeliling aku...aku masih baru lagi sebenarnya jadi murabbi dan bawa adik2 tapi diorang ni tersangatlah sweet, diorang masakkan  mee dan kasi hadiah...kemuadian malam before kami buat rehlah aishiteru untuk adik-adik juga, malam tu ada meeting sikit dan kami buat kerja untuk main explorace keesokan harinya tu...


tetiba nabila ajak masuk bilik untuk buat sama-sama, buat klu dan cari tempat yang paling sesuai untuk jadi check point kat taman mini tu...time tu pulak sebenarnya rumah baru kami memang black out, tetiba diorang matikan lapu...astaghfirullah! sungguh aku ingat blackout jugak, tak dapatlaa siapkan kerja...rupa-rupanya....taraaaa!!!


diorang nyanyikan lagu 'Allah selamatkan kamu' beramai-ramai...ya Allah menjadi sungguh suprise korang yeee...alhamdulillah jazakumullah khair katseeran semuanya..sangat-sangat terharu dengan semua orang...tak expect langsung ada suprise cenggitu ^^


kat bawah ni ada beberapa hadiah yang dapat...terima kasih semuanya...




semoga makin bertambah usia, makin mendekatkan diriku kepadaNya...semoga sisa-sisa usia aku yang ada ini mendapat berkat, semoga aku boleh menyumbang lebih banyak lagi kepada ummah, doakan aku..insyaAllah~


nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...