nuffnang

Tuesday, January 29, 2013

Pengembaraan ke Kota Tua

Assalamualaikum......

duduk setahun kat jakarta, selalu je dengar kota tua tapi belum pernah pergi...kota tua? macam bosan jee..hehe..kunang-kunang mengembara ke kota tua, hoyeh! :)


sampai sana, breakfast nasi uduk dulu...nak cari tempat sesuai untuk makan pun susah..huhuu




kami nak berbasikal, beriadah la sikit kan..qawiyul jism!


bapak ni tunjuk tempat-tempat yang akan dilawati nanti *kononya tourist la* ada tour guide okey!


inilah bapak yang bawak kamii


ready...set..go!


basikal oh basikal pilihla mana yang berkenan di hati



tempat1 : toko merah


tempat 2: jambatan kota intan...dulu kata bapak jambatan ni laa tu ada tembok besar yang memisahkan... nak seberang ni je jalannya..entahla betul ke idaknya, lupa dah...






intai penjara bawah tanah~


tempat 3: muzium




tempat 4: pelabuhan sunda kelapa


kapal bersusun-susun...







.......................

lama tak tulis, blog kena remove, then kena unlock..sobs (T_T)






Wednesday, January 9, 2013

part 3 in UKRIDA

Assalamualaikum.......



Dah lama rasanya tak sentuh bab study, nak selitlaa sikit2 pengalaman belajar kat sini, dah masuk setahun setengah dah :D  OK sekarang dah jadi budak second year, part 3 di ukrida...dah nak habis sem dah pun, next sem masuk part 4...sekajap jee kannn...rasa macam baru je daftar kat ukrida semalam...ehh rasa macam baru minggu lepas habis A-level..huhu




second phase yang saya nak cerita ni adalah part 3, iaitu semester 3 tapi nak tekankan second phase sebab baru je masuk part clinical...kalau semester 1 kami belajar etika, komunikasi, basic science dan embryology, semester 2 dah masuk anatomy, physiology, histology dan yang basic tu la kan...masuk semester 3 ni barulah masuk pharmacology, patology clinic and anatomy, pediatric, bedah dan kengkawan dia semualah...haaa baru nampak sikit, baru boleh buka mata luas luas sikit...



Kampus 2- fakultas kedokteran


sekarang ni tengah belajar block 13 - growth and development...in short, we are studying bout human, how we grow up and develop to become an adult and finally old...this is life! semua orang akan rasa bagaimana jadi baby, kanak-kanak, remaja, dewasa dan akhirnya jadi orang tua juga itupun kalau panjang umur, bolehla merasa hidup berkeluarga merasa ada anak cucu dan sebagainya...blok lepas, blok 12: infection and immunisation....semua lecturer and seniors kata susah, wuwuwuwu...tak tahula apa nasib kan, tunggu result keluar dalam cuti semester nanti,doakan lulus ye!huhuu





orang kata kalau belajar, ok je takde masalah pun....hurmm nampak sangat aku ni kurang belajar tu yang ada masalah sana sini, nak hafal penyakit yang banyak tu mulai dari diagnosis, prognosis, epidemiology, therapy, ubat apa dan banyak lagilaaa...lepas tu nak kena hafal bebanyak antibiotic apa sesuai untuk penyakit ini, kalau allergy kena kasi apa, berapa lama nak bagi, apa side effect dan risiko pakai ubat tu dan semua benda...banyak kan??sekali lagi nak tekankan kalau belajar awal-awal dan rajin takde masalah pun...ni sks (sistem kebut semalam) memang tak jadila kan..huaaa





apa yang best bila masuk part 3 ni tak payah pergi RS husada tiap-tiap minggu untuk berjumpa dengan cadaver, belajar anatomy...hehee...itulah yang i paling malas, yang lain best jee...tapi best sebab banyak benda yang kita belajar tu boleh apply kat diri sendiri dan happen everyday around us...contoh bila kita dengar orang demam, boleh buat anamnesis tanya dah berapa lama demam, ciri-ciri demam menggigil ke, ada bintik merah ke tak..nanti kita boleh diagnose orang tu sakit apa, rasa macam seronok! tapi itu baru awal-awal...banyak lagi bernda yang kena belajar...





UKRIDA sekarang tengah melakukan pelbagai berubahan dan penambahbaikan untuk menaikkan ranking university...nanti ada hospital UKRIDA yang baru nak buat kat sebelah kampus kedokteran ni, kampus 2...maacam-macam perubahan mulai dengan pergi kelas tak boleh pakai jeans, wajib pakai kemeja dan kasut bertutup, ganti name tag dengan yang lebih standard (padahal memang tiap univ pakai yang macam tu kott), nak buat absensi pakai cap jari..terbaru ni naikkan gred, 63% baru lulus dari 56% haduiii...senak jugak dibuatnya...dahla bayaran SP (semester pendek) pun naik..semua bendalahhh.....rasanya jadual yang dah dibuat kononnya 'fixed' tu tak bolehla nak tukar-tukar sesuka hati kan?? -,-'




apa lagi yee? ohh  bila dah naik part 3 ni masing-masing buat hal sendiri, takde dah semangat batch macam dulu, i mean semangat 1batch malaysian ukridian....kalau dulu nak pergi mana-mana buat apa-apa mesti 1 batch sekarang takde dah...masing-masing dah buat haluan sendiri, orang itu dengan hal dia orang ini juga dengan hal dia...jarang sangat kami bersama-sama...mungkin memang kami tak ramai, tapi orang kata kalau sedikit tu senang bersatu kan? tapi kalau dah minat lain-lain tak sehati sejiwa sekepala macam mana nak sama-sama kan....lantaklahh...buatlah apa saja asalkan kita bahagia, ye dok?




tak sabar nak habiskan part s.ked (sarjana kedokteran) ada 7 semester semuanya dan nanti baru jadi doktor muda dekat mana-mana hospital di Indonesia ni sampai habis, balik ke tanah air...huhuuu...sekarang dah separuh jalan pre-clinical, semoga perjalanan menuju ke garisan itu lancar, insya Allah...kalau nak kata belajar tu memang tak akan habis, kitakan belajar dari dalam kandungan lagi sampai meninggal, barulah proses pembelajaran itu berakhir...cuma mungkin antara pelajaran formal atau tidak yang membezakan kita...hidup itu adalah pelajaran dan pengalaman itulah guru yang terbaik kan :D




ingat pulak pasal cerita ghulam,buat dua benda dalam satu masa...bukan belajar nak jadi doktor je kat sini juga saya belajar jadi manusia...sebelum ni manusia jugak, tapi tersesat dan terkapai-kapal dalam kegelapan, eheh ;p ada ustaz yang kerja dekat bahagian agama kedutaan malaysia ada cakap, waktu muda, waktu kita belajar formal ni la waktu untuk kita melatih diri menjadi soleh solehah...bila dah kerja takde masa dah, nak cari pasangan hidup beranak pinak pulak...jadi bila kita dah kerja nanti bolehla kita praktikkan apa yang kita dapat kat sini, bukan saja jadi doktor tapi jadi seorang muslim/muslimah yang berjaya, insya Allah...jom sama-sama...




semua amalan kita tergantung pada niat, hadis 1..jom tengok video ni bolehlaa sambil- sambil hafal..ehehh







p/s: maaf tentang penggunaan bahasa yang tunggang langgang main campur je bahasa melayu, bahasa indonesia dan English....bahasa tidak boleh dijadikan rujukan karangan oke! :p



Wednesday, January 2, 2013

sedapnya makan dalam talam :)

Assalamualaikum........


saat mengajak mereka makan, kita bimbang....bolehkah mereka makan dalam talam? boleh ke tak mereka nak berkongsi makanan yang diletakkan dalam satu talam makan beramai-ramai... letak nasi, lauk dan sayur kemudian kongsi makan dalam satu talam 5-6 orang...mungkin tak semua orang sama, ada yang kata:


 "ewww geli wehh makan macam tu, tangan dia tu bukan bersih sangat"

"macamana nak share foods macamtu, makanan ditolak ke sana sini..tak sukaa"




berbagai-bagai tanggapan lagi, tapi percayalah banyak sebenarnya kelebihan makan dalam talam ni, masa ni sesi ta'ruf pun boleh berlaku...dia tak suka makan timun, dia pulak tak makan udang...ohh dia suka makan terung dan banyak lagi..secara tak langsung ukhwah tu terjalin, kita dapat kenal sahabat dan saudara kita dengan lebih dekat...hubungan menjadi rapat walaupun baru kenal, tapi lepas makan setalam rasa macam dah lama kenal...ecececee...



nenek selalu cakap sukaaa sangat kalau anak cucu balik ramai-ramai, makan ramai-ramai rasa berselera, makan bertambah tambah walaupun lauk biasa-biasa je...sebelum ni kalau duduk rumah sorang-sorang atau ada sorang anak je teman makan, lauk sedap pun makan sikit...walaupun tak makan dalam talam, kami keluarga besar...makan tu buat bersila, duduk dalam bulatan besar lutut bertemu lutut..wahh terasa sangat best makan macam tu..rinduuu :*


bukan solat je berjemaah, makan pun boleh berjemaah, beramai-ramai...makan berjemaah ni sunnah Rasulullah :)


“Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkah bagimu.” (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).




bila makan dalam talam ni, makanan yang sedikit boleh jadi cukup untuk ramai orang, portion untuk seorang boleh dikongsi berdua...rasa kenyang tetap sama, tak percaya??cubalaa duluu...kemesraan yang terjalin saat makan bersama-sama tu yang best, timbul rasa kasih sayang dan cinta...haipp, jangan salah faham...tak ada cinta songsang di sini, tak boleh juga kongsi dengan yang bukan muhrim yee...cinta yang terlahir itu adalah cinta kerana Allah, terasa kebersamaan tiada beza usia, pangkat, senioriti...semua boleh makan dalam satu talam yang sama ^^



bila makan dalam talam ni tiadalah membazir, kalau ada yang makan sedikit dan tak dapat habiskan ada sister yang tolong habiskan...siap boleh sambung lagi, dah habis talam sebelah pergi sambung makan talam yang sebelah lagi...sama-sama tolong habiskan, akhirnya tidaklah berlaku pembaziran...kekadang makan dalam pinggan ni mungkin ada yang tak biasa nak habiskan makanan dalam pinggan orang lain kan??tapi bila makan dalam talam ni, jarang ada yang tak habis..semuanya licin..alhamdulillah...nikmat keberkatan rezeki Allah bagi :)



kalau korang baca firts sentence in the first paragraph mesti rasa macam 'gak nyambung' kan?? hehee..ajak sape?? kenapa takut tak nak..hehee..mehh ada cerita sikit....kitorang buat program dengan adik-adik junior yang baru masuk, ajak makan dalam talam dan ada sorang chinese girl, kitorang tanya dia selesa ke nak makan macam ni??dia kata dia ok..biasanya kawan kalau kat intec yang chinese sahkan nak share makan macam tu, makan dengan tangan pun tak biasa...tapi dia ni lain sikit, seronok katanyaaa makan macam tu..


bila balik rumah dia ajak kengkawan dia yang lain pergi beli talam, nak makan macam tu..comels kan??comel shangatt...heheee..cik jah overr :p


first time tengok video kat bawah ni rasa macam ukhwah sesama mereka sangat comel, indah..ohh kaum adam boleh jadi comel cenggitu apatah lagi kita kaum hawa yang dah sedia comel ni kan? ehh...kalau dah tengok, boleh tengok lagii..ada sambungan dia nanti cari sendiri tomato 2.0 ^_^







selamat makan dalam talam! ehh...selamat tahun baru dua ribu tiga belas!! selamat mengejar dan mencari keredhaaNya ^_^





Tuesday, January 1, 2013

Reminiscing memories 2012

Assalamualaikum....



Hari ini 31 Disember 2012, besok 1Jan 2013....bagi yang masih bersekolah bakal naik satu tingkat lagi ke atas, darjah satu jadi darjah 2..tingkatan empat naik jadi tingkatan 5...kalau nak masuk sekolah semua benda nak baru, baju baru kasut baru....hari pertama sekolah, semua baru!!! tak kurang pula ada yang nak pasang azam baru, nak jadi seorang yang bla..bla..bla...tak kurang pula perancangan tahun ni nak kawin, nak beli rumah dan macam-macam kan...anda bagaimana??




tak perlu nak menunggu tahun baru, sepanjang masa kita boleh perbaharui niat kita...kalau orang tanya azam, saya tidak pernah meletakkan azam yang spesifik untuk dicapai sebab kita tahu Allah sudah tentukan segalanya, tapi kita kena mencuba dan terus berusaha untuk mencapai apa yang kita nak...ermm apa relevan saya tak nak letakkan azam yang spesifik?? nanti kalau tak tercapai mesti frust sesangat, takde semangat nak teruskan hidup...kesian kalau tengok segelintir manusia yang sanggup buat perkara yang tak masuk akal semata-mata apa yang mereka idamkan itu tak tercapai...apa yang penting usaha dan terus berusaha dan bersiap sedia untuk terima apa saja hasilnya kelak ^^




panjang betul muqaddimah, huaaah...ok sekarang nak berbalik kepada tujuan asal post ini ditulis, untuk menyingkap kembali kalendar hidup sepanjang 2012...bukanlah untuk mengenang memori lalu sangat cuma kalau ada apa yang kurang sepanjang tahun ni kita boleh betulkan, ambil iktibar dan pengajaran dari kisah hidup kita sendiri untuk menjadi yang lebih baik dari hari ke hari..betul ke dak??hihiii...sebenarnya 2012 banyak mengajar saya erti kehidupan, menjadikan saya lebih qawiyy dan juga fasa perubahan dalam hidup..hehee..




Disember-January 

kalau cuti disember tahun lepas, saya ada pergi PERMAI (perhimpunan mahasiswa Islam seindonesia) di bogor, jaulah surabaya dan Malang, kemudian HAMKA di surabaya...pokoknya, cuti dua minggu tahun lepas penuh sampai january, tinggal sehari je macam tu sebelum start kuliah...padat dan mampat, gunakan masa cuti sebaiknya..hujung January tu ada pergi main bowling bersama geng UTJ :D  ohh rasanya penghujung 2011 dan nak masuk 2012 macam tu la tetiba je kena jadi AJK PKPMI-CJ, biro diplomatik...huhuu...ingatkan hanya jadi wakil batch, tapi kena jadi AJK, ok terima jelaa...first meeting pergi dengan blurr dan awkward sesangat...siap sesat lagi nak cari rumah..hehee..




February-Mac

February join kem kepimpinan PKPMI-CJ dekat kem wisata alam Baladegana  ok time ni baru berkenalan dengan seniors yang cool dan mixed around with them...apa yang best untuk bulan ni adalah cuti semester!!yeayh setelah 6 bulan di Indonesia akhirnya dapat balik..hehee...cuti lebih kurang sebulan rasanya sampaila bulan mac baru datang sini kembali.. balik kampung bersama si kunang-kunang ..kehkeh :p tapi tahulaa bila balik rumah segala azam, niat, iltizam yang nak dibuat tercampak ke mana-mana...tiada perubahan pada diri, masih kembali kepada diri yang sama, huwaaaaa :(


gambar ni saya ambil kat masjid tanah abang, sewaktu shopping barang2 untuk bawak balik Malaysia :)



April-Mei

ok masuk semester 2, baru rasa macam medical student sebab baru start study pasal anatomy, physiology, histology....sebelum ni belajar pasal etika kedokteran, empati, komunikasi dan basic biology yang kita dah belajar...tiap-tiap minggu pergi RS (rumah sakit) Husada untuk practicum anatomy,tengok manusia tidak bernyawa..hohoo....kat kolej kitorang masih belum ada lab anatomy...masa ni jugak sibuk sangat dengan persediaan MAFEST(Malaysia festival) ,  tolong mana-mana yang patut dan kebetulan kami bukak gerai jualan....tu dari segi study, dari segi D&T baru dapat daurah tentang shahadatul haq masa ni semangat membara-bara nak bagitau semua orang tentang Islam...huarghh, semangat!!



Jun-July

kehidupan masih lagi diteruskan seperti biasa, tiada apa sangat yang menarik cuma waktu ni ada program rafting dan jaulah to Bogor....yeayyy! rafting adalah perkara yang sangat sangat dinantikan setelah sekian lama..ada peluang pergi, dengan sisters lagi apa salahnya kan ^^ jaulah ke bogor tu sempat juga menikmati makanan dan jalan-jalan dekat kedai-kedai yang comel dan menarik, nama tempat tu wisata kuliner.. waktu bulan julai ni jugak housemate dekat Intec dan beberapa orang kawan lagi datang, bawak mereka jalan-jalan jakarta tapi yang sangat tak best adalah time tu jugak nak dapat diarrhea yang sangat teruk, sampai nak bangun pun tak larat :(  fikir kalau sakit memang tak best, nak buat semua benda tak larat tapi kalau ingat balik yang sakit tu kaffarah dosa boleh senyum balik (^__^) Allah tu memang sweet..



August

yeayy! raya datang lagi...kali ni cuti semester pun datang lagi, tamatlah setahun perjalanan sebagai pelajar UKRIDA, sebagai perantau di Jakarta...kebetulan masa tu PASPEL(persatuan Alumni smk.pelong) nak buat program tautan ukhwah bersama alumni untuk candidates PMR dan SPM dan tengah mencari fasilitator, aku pun setuju untuk jadi fasi sementara takde benda nak buat kat rumah boleh jugak berbakti kepada adik-adik sekolah dulu...sekolah yang memberi seribu satu kenangan, sumpah rindu sangat dekat smk.pelong walaupun orang cakap sekolah dalam hutan..hehee...sebelum tu kami buat reunion dulu, gather kawan-kawan kan masa tu bulan puasa dan ramai tengah cuti, maka kami buat iftar+reunion...PASPEL ni baru sangat ditubuhkan dan kami adalah perintis dan program ini adalah yang pertama ^^



september

Aidilfitri menjelma lagii...antara perkara yang best selain berkumpul dengan family time raya, makan kuih raya dan sebagainya adalah dapat jumpa kawan-kawan SESMARIANS...kitorang pergi wedding kawan, both of brides and grooms are my classmates!! kat sana kami buat reunion pulak..hehee.. selamat pengantin baru faiz dan mazirah .. semoga bakal melahirkan zuriat yang soleh dan solehah...hehee^^



dan masuk semester baru, semester tiga!! ada pulak junior yang baru masuk dalam 36 orang macam tu kalau tak silap...PKPMI-CJ adakan WOW (wonderful orientation weekend) untuk mereka di Malaysia hall, sekaligus untuk berkenal-kenalan dengan adik-adik yang baru datang dan terus pilih pelapis untuk ajk..hehee..



adik-adik juniors :)

october

rasanya dalam banyak-banyak bulan, bulan inilah yang paling busy....banyak program yang kami adakan, program untuk kami sendiri dan untuk adik-adik jugaa...bulan october ni sebenarnya banyak bawa perubahan dalam diri aku sendiri...lepas ikut daurah 'sayonara Jahiliyah' semangat untuk berubah makin berkobar-kobar...sebelum ini macam pakai stokin sekejap lepas tu buang kalau panas buang handsock...tapi lepas daurah yang berlaku selama dua hari tu, lepas dengar kisah-kisah orang yang berhijrah hati ini semakin membuak-buak dan meronta-ronta untuk berubah...



aku mulai dapat istiqamah pakai stokin dan handsock dan dengan tekadnya simpan shawl kesayangan yang nipis dan kecik tu dalam plastik dan berazam tak nak pakai lagi dahhh... hampir 20 helai rasanya shawl tu, dengan shawl yang ada batu-batu kat tepi yang colourful semua kusimpan rapi..huhuuu...sayang memangla sayang tapi kita nak cari rehda Allah kan?? Allah redha ke kita pakai camtu??wuwuwuwu T_T kalau nak pakai bawal pun pakai dengan inner kat dalam sebab nipis...semoga dapat istiqamah, insya Allah :D




program dengan adik 2012 adalah 'baby elephant syndrome'  yaitu sharing dengan kak mila yang datang untuk angkat sumpah doktor...lepas tu buat rehlah, camping dekat monas dan pada waktu malamnya ada sharing lagi tapi kali ini dengan kak Atfina...makan-makan beramai-ramai buat style potluck...keesokannya, kami gabung dua usrah pergi rehla dekat curug di bogor pulaa...next week lepas sharing di masjid istiqlal tu bawa mereka ke taman safari...malam tu beramai-ramai tidur di widad dulu kita buat games, bbq dan sharing lagi dari kak su..weee....tersangat excited ke taman safari sebab dapat kasi binatang makan dari dalam kereta jee..hehee...memang padat betul jadual kami time tu...huhuu

selepas sharing dan games di masjid istiqlal ^^


november-disember

untuk november kami ada buat program jalan-jalan cari cinta ke anyer...sebenarnya program asal adalah ini sejarah kita, tapi kita kasi nama keren..hehee...tidur di villa selama 2 malam, betul betul tepi pantai :) kalau disember ada beberapa program yang berjalan dilaksanakan iaitu fly high, aurora nusantara ke palestin oleh dr.tahir dan HAMKA 5.0...




Bolehla baca link berwarna untuk lebih jelas tentang setiap aktiviti, tidak perlulah dijelaskan dengan lebih lebar lagi kan..hehee...semoga segala aktiviti yang telah aku serta pada tahun ini bermakna dan bermanfaat, tidak sekadar menghadirkan jasad tanpa nyawa..huhuuu...insya Allah...semoga saya menjadi seorang yang lebih baik dan sentiasa membaiki diri dari hari ke hari...





"Demi Masa, Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian, KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran" (surah Al-asr)




saya suka untuk ambil pengajaran dari surah ni, semoga hari-hari yang bakal kita lalui akan datang tidak disia-siakan dan semoga kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi...cubalah beramal walaupun sedikit dan janganlah sesekali memperlekehkan setiap amalan yang dilakukan dengan ikhlas meskipun hanya menemui saudara dengan bermuka manis (^__^)





semoga segala urusan kita dipermudahkan, insya Allah..


mari mengejar redha ilahi !!

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...