nuffnang

Friday, August 26, 2011

Pre-departure briefing at JPA, Putrajaya

Assalamualaikum...


Alhamdulillah telah selesai sesi pre-departure kat parcel C1 Putrajaya tadi..nasib baik pak cik keje kat bahagian JAKIM kat parcel D..sebelah je,alang-alang  hantar lah pergi sekali...dahla tak biasa dengan kawasan pejabat kerajaan tu pulak dengan banyak bangunan...pastu, guard yang jaga kawasan tu bagi aku direction yang salah, mungkin dia salah dengar atau aku yang tersilap...nasib baik sempat sampai sebelum start majlis...dalam pukul 8 dah tercegat kat bilik mesyuarat tu...


mula-mula macam biasalah kata-kata aluan dari pegawai yang menjaga kami, pn.Norhidayah...cantik manis orangnya, sebelum ni pun pernah beberapa kali bercakap melalui telefon berkenaan tawaran dan hal-hal lain yang berkaitan...batch kitorang ada 13 orang semuanya 7 orang dari Intec dan 5 orang dari KTT...tapi yang dari KTT tu mungkin buat A-Level setahun je kot...


seperti yang dijangkakan kami akan berlepas pada 6 september pukul 9.10 pagi di KLIA tapi kena berkumpul seawal jam 5 pagi...pagi tu mungkin ada sesi taklimat dari JPA dan nak check-in awal beramai-ramai bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini terjadi pada saat-saat akhir...penerbangan takdelah lama sangat, seberang je pun...apapun, masih negara orang kan...tak boleh nak masuk sesuka hati tanpa sebarang dokumen yang sah..


frankly, aku agak takut sebenarnya untuk ke Indonesia...kalau orang indon yang kerja kat kampung aku pun aku dah tak berani ni pulak kat negara mereka sendiri...tapi aku yakin, perasaan itu hanyalah pada permulaan ini sahaja..lama-lama nanti biasalah...kami akan belajar medik dalam bahasa Indon,agak gusar sebenarnya...walaupun bahasa indonesia adalah seakan-akan bahasa melayu namun sesetengah perkataannya memang tidak dapat difahami dengan loratnya yang berpusing-pusing..masa buat visa haritu pun aku dah pening apa dia cakap..harap-harap aku dapat menyesuaikan diri dengan cepat..


oh ya, tadi dapat duit kiranya bayaran biasiswa pendahuluan..elaun untuk 3 bulan +elaun penempatan+ elaun pakaian..kira-kira dalam 5 ribu ringgit malaysia..tapi tadi duit yang diberi telah dipecahkan kepada tiga pecahan..ringgit Malaysia, Indonesia Rupiah dan Travelers cheque...aku exited dapat duit rupiah je sebab berpeluang jadik jutawan sementara..kahkahkah...duit rupiah sahaja dah 4juta lebih...kaya tak???haha..tapi kalau convert jadik RM dalam seribu lebih je...lepas ni kena belajar kira duit dalam ribu-ribu dan juta-juta la jawabnya...


pasal penempatan pula akan ada pegawai uruskan untuk kitorang...sebulan pertama wajib dok hostel, lepas tu barulah bebas ke mana-mana sahaja...aku belum terfikir pasal semua itu lagi..apapun, pergi dulu sana tengok envirinment dulu, best ke tidak, jauh ke tidak dan sebagainya...bila dah biasa mungkin boleh pindah atau kalau hostel tu dah selesa apa salahnya terus tinggal di situ...pasal masak memasak ni pulak tak pastilah...sekarang ni tengh fikir apa yang patut dan tak patut dibawak...


pasport, visa semua dah beres...sekarang ni tenga tunggu keputusan ujian darah bagi HIV/AIDS dan ujian dadah..bapak lama eh masa diambil untuk semua tu, itulah masalahnya buat kat klinik kerajaan je pun...bukan apa, hari tu cakap dua minggu boleh siap bila masuk minggu ketiga aku tanya masih tak siap dan kena tunggu lepas raya...lepas raya saya da  nak pergilah cik abang oiit...aduyaii, saborjelah...tp harap-harap sempat siap sebelum 5 hb...isnin 5hb tu dah nak kena ada kat kl sebab pepagi 6hb kena tercegat kat klia dah..sapa rasa nak pegi jomla jumpa kat KLIA dalam pukul 6lebih camtu.. :D


nak  dijadikan cerita, briefing with JPA habis dalam kol 12.30 camtu dan taktaw nak pegi mana...last-last pegi round kat bazar raya, omakaihh penuh baju raya, tudung, kuih-muih dan lauk berbuka pun ada...jenjalan jela kat situsampai zohor pastu pegi solat zohor dan tunggu sampai waktu asar..agak lamalah kat dalam tu, nak jalan-jalan pi Alamanda tapi takut penat, dahla puasa....bawak pulak duit banyak..hehehe..alih-alih solat asar dan terus tunggu pak cik balik keje kol 5 tu..


rasanya semua dokumen medical check-up, sura claim dan tapisan keselamatan hantar pada hari berlepas, 6hb tulah..dahla tak sempat nak pergi JPA lagi..semput-semput je beraya..uhuhuh...minggu first tu orientasi dan minggu lepas tu terus start kelas...macam-macam perasaan ada, exited sebab nak sambung belajar medik..sedih sebab tak dapat ikut kengkawan lain pi Manipal, terkilan sebab raya sekejap dan mungkin perasaan terkejut sebab tak biasa dengan suasana baru...harap-haraplah semuanya okey...


oh ya, flight aku akan sama dengan bebudak yang pi UGM (universiti Gajah Mada) tapi diorang akan transit ke yogyakarta...takpelah mana-mana pun sama je kan, yang penting dapat sambung ambik medik dan yang paling penting dapat biasiswa...THANKS A LOT JPA!!!kalau JPA tak tanggung, aku memang tak mampu kot nak bayar sendiri semua sekali...yang penting, hati kena ikhlas belajar kerana Allah S.W.T, fardu kifayah ni..belajar tak boleh paksa kena minat barulah menjadi,insyallah.. :D


ada pria gantang enggak di JAKARTA???tunggu gue di sana yaa..hahahaha..betul ke tidak BI (bahasa indon) aku nih....kahkah :p



Saturday, August 20, 2011

Hidup mesti berani terima kenyataan...

Assalamualaikum...

hari ini sudah masuk 20hb september maksudnya sudah masuk sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini..gunakanlah waktu yang ada untuk membuat amal kebajikan kerana mungkin tahun ini merupakan tahun kita boleh berada di bulan Ramadhan, siapa taw..ingatlah bahawa ajal dan maut semuanya di tangan yang maha esa...kita sebagai manusia hanya mampu merancang untk mendapat kejayaan, kekayaan dan kesenangan, namun tidak berdaya menentukan..


memandangkan aku memang tak pasang internet kat rumah dan broadband pun tak beli maka terpaksalah aku pergi ke Bestari.com yang tak jauh pun dari rumah aku..nasib baik free dan aku pun da ada lesen motor..senanglah sikit...bila bukak emel tengok JPA dah e-mel semua dokumen berkaitan termasuklah senarai nama pelajar yang bakal bersama-sama aku nanti..Alhamdulillah, aku tidak kesorangan..ada 13 pelajar kesemuanya..7 orang dalah dari  Intec dan yang lain aku pun tak kenal, insyallah boleh berkenalan nanti..


Terima kasih kepada semua keluarga dan memember yang support aku, bagi kata-kata semangat sms, mesej dan komen kat facebook...pernah aku ingat suatu ketika dulu ada sorang member aku cakap kalau dia tak lepas cut-off point dia mesti nangis dan nak putus contact dengan semua orang..tak nak msj, call, bukak fb dan sebagainya..masa tu aku pun fikir benda yang sama, tapi naluri aku berkata yang benda tu hanya sia-sia..kita hidup ni bukan selalunya berjaya..ada masanya kita diuji, ada masanya kita gagal dan jatuh ke tanah..masa tu kita kena bertindak waras, ingat kepada Allah S.W.T, talk with our friends and family..insyallah we will be fine..


tak perlulah nak menyusahkan diri sendiri..nangis keluar air mata darah sekalipun perkara ini memang tak berubah dan sudah menjadi kenyataan...memang betul, susah nak terima kenyataan sebab mungkin kita rasa kita selalu berjaya..yes!! i'm agree with that..aku pun boleh dikategorikan sebagai budak pandai sebab dulu-dulu UPSR, PMR, SPM selalu dapat straight A's je.. memang tak pernah kandas..tapi ingatlah, dunia ini berputar dan dunia ini ibarat roda..sekejap kita dia atas dan sekejap kita di bawah...apa yang harus kita buat adalah reda dengan ketentuan ilahi dan yakin dengan qada' dan qadar...


janganlah kita terlalu menyalahkan diri sendiri jikalau kita telah berusaha sedaya upaya untuk mencapainya..mungkin bukan rezeki kita kali ni, mungkin jua semua  yang berlaku ini ada hikmahnya...sekali kita gagal, tidak bermakna kita akan gagal untuk selama-lamanya..buka hati buka minda, fikir dan bertindaklah dengan waras...jangan biarkan hawa nafsu dan syaitan menghasut dan membelenggu diri kita sehingga berlakunya perkara-perkara yang ak diingini seperti banyak yang berlaku sekarang ni.. akibat terlalu tertekan sanggup melakukan perkara luar batasan akal dengan membunuh diri dan membunuh nyawa manusia lain yang tidak berdosa...


sejak kecik aku mengamalkan prinsip "once i step forward, i'll never turn back" dulu-dulu masa kecik mak hantar pi masuk asrama, masa tu baru darjah 6, kawan pun takde lagi...memang nangis nak balik sebab homesick tapi aku taknak cakap macam tu sebab aku taw orang tua aku dah banyak berkorban beli itu ini bayar yuran nak hantar aku ke situ...sama jugak masa aku form 4 dan aku masuk SBP kat terengganu ni..aku kena buli kaw-kaw dengan bebudak laki..biasalah budak baru tapi aku tahan jugak tak bagitaw parents sebab malas nak bagi diorang risau...sorang kawan aku pindah sebab tak tahan tapi aku tahankan jua dan bersabar...rasa nak pindah sekolah tu membuak-buak tapi seba dari kecik teringin nak masuk SBP sbor jelah...


jadi aku rasa benda ni yang boleh membuatkan aku kuat... aku memang berjiwa sensitif tapi aku susah nak tunjukkan kat orang...sememangnya aku sensitif terutama bila berkaitan hal-hal keluarga dan masa depan...mungkin sebab aku tahu kesusahan mak ayah aku  membesarkan aku dan adik beradik, aku bukannya dari keluarga yang senang dan berada macam orang lain..sebab tu aku rasa aku jadi macamni..aku memang sangat sedih kalau aku tahu keluargaku akan kecewa dengan aku..sebab tu aku rasa aku akan jadi bersemangat bila terkenangkan semua itu...


Bila aku dapat tawaran ambik A-Level Medicine aku tahu selangkah kaki aku telah melangkah ke bidang yang memang aku idamkan sejak kecik..nak jdi doktor...Alhamdulillah sekarang ini aku rasakan kaki sebelah lagi mula ingin melangkah kehadapan..meskipun di tempat lain, namun tetap ijazah yang sama akanku genggam...jadi tak usahlah kita nak menyesal sangat, reda dan terima je semua ini..insyallah selagi mana kita percaya yang ada yang masih sayangkan kita, selagi itu kita akan boleh terus bangun...bangunlah!janganlah rebah dan terus terlantar..


rasanya cukup panjang coretan ini, terima kasih kepada yang membaca sampai ke penghabisan, aku memang begini sekali menulis menaip memang jari tak berhnti-henti dan idea pula datang mencurah-curah ke ladang gandum..setiap kali aku online janggal rasanya kalau tidak update sepatah dua kata, ohh aku guna internet cmni, nak komen pun susah...terima kasih kepada yang komen, tapi tak boleh nak balas..sama jua dengan FB boleh baca je tapi tak boleh nak balas..ape nak jadi daa...


oh, esok nak kena pi cucuk mantoux test, uruskan pasport dan kalau boleh siapakan medical check-up... surat tawaran katanya nak e-melkan esok baru boleh nak uruskan cop dan sebagainya...visa pulak kena pi buat gak ni dalam 23/24 hb...25hb tu ada briefing kat putrajaya lak, nasib baiklah ada pak cik kat sana dan dia pun dan sedia nak tolong..



Thursday, August 18, 2011

mungkin ini yang terbaik untukku...aku redha =.=

Assalamualaikum....

terketar-ketar tanganku, berdegup-degup jantungku menantikan keputusan exam A-Level yang lepas..it's a tough exam for me..aku ada dua kali mimpi pasal result exam, dulu masa tengah exam...banyak kali aku nangis bila fikir pasal semua ni, pasal masa depan aku yang tak tahu macamana, memang aku nak jadi doktor..nak rawat orang nak ambik MBBS...

beberapa malam sebelum ni aku ada mimpi yang aku tengah pegi ambik result dan someone said that i didn't pass and i just got 10 points...mungkin betul dan masa tu aku redha...aku dah fikir dah sebab dan akibat tapi aku anggap mungkin itu mainan tidur dan aku selalu berdoa semoga miracle can happen...memang aku bukan best student dulu, dan aku hanyalah antara pelajar corot, aku taw...

aku memang tidak menyalahkan takdir dan aku reda dengan semua ini, mungkin ini ada hikmahnya..walaupun internet stuck tadi aku lambat check result..bila aku buka memang btul seperti yang aku mimpi, aku hanya dapat 10 points..meaning that i didn't pass the minimum requirement for me to fly to manipal, india...says goodbye to Manipal medical college (MMC)..i'm not going to study there...

bila je aku dapat tgk result, memang aku rasa sedih tapi aku dah redha dari awal..alhamdulillah perjalananku bukan setakat ini, JPA officer call aku dan dia cakap diorang akan bagi aku option either to further my studies at ukrida, indonesia or study kat local..tapi aku kena cari dan apply sendiri..setelah pertimbangkan dan berdasarkan pengalaman kawan-kawan serta senior lepas, aku reda tempatku mungkin di indonesia..

insyallah aku akan ke indonesia 6 september dan ada pre-departure pada 25hb ni...alhamdulillah aku bersyukur kerana JPA masih lagi akan menaja pembelajaranku demi mengejar cita-citaku untuk menjadi seorang doktor..walaupun bukanlah ke tempat yang aku idam-idamkan selama ini, namun aku masih bersyukur berbanding beberapa rakanku yang biasiswanya akan ditamatkan...kalaulah aku menerima ujian begitu, sungguh kelam dunia ini kurasakan..

tahniah kepada semua kawan-kawan yang berjaya meneruskan perjuangan ke MMC, dan kepada yang senasib denganku mungkin inilah yang terbaik untuk kita..mungkin ada hikmah di sebalik semua ini...walaupun aku akan ke tempat lain, aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang banyak membantu aku selama ini, lecturers, friends, classmates and beloved roomates...

walaupun belajar di tempat berbeza, namun tujuan kita sama...untuk menjadi seorang doktor yang berjaya, untuk menabur bakti dan jasa kepada rakyat bangsa dan negara...sorry to my parents, family, friends and everyone...mungkin rezekiku bukan di Manipal...gembira bila baca status facebook member yang berjaya lepas cut off points..

All the best to all MMC students at Intec 2009/2011 especially from 10M9..u guys are great friends and congrates for those who manage to get 12 points and abouve..bravo!! gonna miss u guys soon :)

aku tidak menganggap ujian ini sebagai kegagalan, namun hanyalah rezeki tidak memihak kepadaku...i got good marks for my maggot's experiments :D Aku juga tidak pernah menyesal menjadi pelajar A-Level Medicine at Intec seperti sesetengah pelajar yang lain, yang tidak boleh menerima kenyataan...hidup di shah alam dan belajar di intec banyak mengajar aku tentang erti kehidupan dan juga banyak mematangkan aku..meskipun tempat asalku telah berubah, namun banyak ilmu yang telah aku perolehi..

aku tidak akan mensia-siakan segala peluang yang ada...i promise to do my best and can't wait to be a medical student...bukan aku tidak mahu belajar di negara sendiri namun aku tahu betapa sukarnya pelajar lepasan A-Level ingin mendapat tempat di negara sendiri yang lebih mengutamakan pelajar matrikulasi dan STPM...Alhamdulillah, aku reda...meskipun jauh di sudut hatiku aku rasa sedih namun aku yakin pasti ada hikmah di sebalik semua ini, doakan yang terbaik untukku...amiiin..


Alhamdulillah... aku masih di sini..

Assalamualaikum...

Seperti kebiasannya nenek aku akan mengadakan majlis berbuka puasa di rumahnya dan mengajak jiran dan saudara terdekat untuk datang berbuka puasa beramai-ramai...tidaklah gempak dan besar tapi cukuplah sekadar bersedekah dan ramai jugaklah yang datang ...seperti biasa aku juga turut sibuk di dapur membantu mana yang patut..tugasku semalam adalah bakar ikan, ayam, lap pinggan mangkuk, angkat hidangan dan yang paling penat ialah basuh pinggan mangkuk..


bukan setakat pinggan mangkuk, tapi periuk belanga, gelas air, dan semuaalah...lebih kurang 85% semuanya aku yang basuh..nak buat cmne orang lain semua da tua-tua jadi kalau aku yang masih muda ni tak buat sape lagi kan..memang tersangatlah sakit pinggang bila berdiri lelama dok basuh pinggan yang berlambak tu...pagi ni pulak aku kena basuh periuk gulai yang hitam legam tuh..mak aih, memang penat tak terkira..


bukanlah majlis berbuka tu yang hendak kuceritakan sebenarnya, tetapi kisah jatuh motor...memandangkan aku dah lama tak pergi tasik kat kampung nenek aku tu, aku pun teringin la nak pergi semalam lagipun padi tengash berbuah dan banyak dah yang telah dituai..apa lagi sepupuku yang laki darjah 2 tu pun nak ikut la..aku pun ajak jelah...lepastu, kakanya yang darjah 3 pun nak ikut..aku on la lagi...


bila aku da nak gerak masuk gear, tetiba adikku yang baru darjah 4, tapi bearnya dah mengalahkan aku pun nak ikut..menangis-nngis..bila dia naik aku tak dapat nak mengawal moto dengan muatan 3 orang yang memanglah berat hampir 1 tan kot..aduyaiii..aku ni pulak tak berapa nak tinggi dan breeeeeeeeeeeeeennngggg!!! motor jatuh dan semua kedua-dua sepupuku dan adikku serta aku jatuh...



tayar motor berputar-putar ohh..nasih baik aku bijak mengawal keadaan dan motor tidak bergerak dan merempuk kereta pak su aku..memang dekat sangaty dah dengan kereta masa tu..aku rasa kalau aku masih pusing tali minyak dan keadaan yang tak terkawal tu boleh menyebabkan aku merempuh bodph je kereta tu dan mungkin kami semua cedera dan majlis berbuka puasa mungkin tak dapat diteruskan...dahla masa tu dah ramai orang yang datang rumah menunggu waktu berbuka...


semenjak aku bawak motor tak pernah lagi aku accident, itu pun mak ayah aku tak bagi aku bawak motor jauh-jauh..katanya bahaya!!memang pun dahla aku perempuan, kes ragut, accident melibatkan motosilal dah banyak aku dengar...memang takutlah nak bawak motor dalam kawasan bandar, setakat dekat-dekat tu bolehla...aku bawak jugak motor time belajar kat shah alam tahun lepas itu pun mak aku dah bimbang semacam...


Alhamdulillah keadaan masih boleh diselamatkan dan kami semua tidak cedera termauklah motor semuanya dalam kadaan yang selamat...mungkin adikku sedikit terkejut dengan kejadian yang berlaku dan terus terdiam tidak terkata...kalau dulu aku mampu lagi bawak diorang bertiga jalan-jalan taspi kini tidak lagi...semua dah besar-besar..gila apa bawak muatan besar-besar tiga orang pulak tu..apapun aku bersyukur kejaian tersebut berlaku kat depan rumah nenekku dan semuanya selamat..kalaulah berlaku di tengah-tengah jalan tak tahulah apa yang dah jadi...


Alhamdulilla...aku masih di sini dan sihat walafiat...kalau tidak mungkin aku beraya di hospital tahun ini, mungkin punyai kaki yang patah dan muka yang berparut..namun semua itu tidak berlaku, alhamdulilllah syuur..aku masih lagi diberi kesempatan oleh-Nya untuk mengecapi kenikmatan hidup ini...aku memang tidak serik bwak motor, cuma aku serik nak bawak tiga orang sekaligus...


hari ni result exam aku keluar dalam pukul 2...berdebar-debar tak ingat dah ni, entahla apa yang jadi..aku hanya mampu berdoa semoga semuanya dipermudahkan..amiiiinnn




Tuesday, August 9, 2011

jadi tumpuan ketika majlis berbuka puasa

Assalamualaikum...

seperti biasa di bulan Ramadhan yang mulia ini kita sangat dituntut untuk membuat amal kebajikan dan bersedekah untuk mendapat manfaat yang lebih..begitu juga dengan memberi orang makan untuk berbuka puasa, sebagaimana yang jaa tahu orang yang memberi makan kepada orang berpuasa makanan berbuka akan mendapat pahala sebanyak mana pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang sedang berpuasa itu...


jadi tidak hairanlah jika badan-badan kerajaan (GO) dan bukan kerajaan (NGO) berebut-rebut untuk mengadakan majlis berbuka puasa dan menjemput anak-anak yatim terutamanya untuk berbuka..sesungguhnya pahala memang berlipat ganda, dahla di bulan puasa berbuat baik pula pada anak-anak yatim...begitu juga dengan memberi mereka bantuan duit dan pakaina raya.


okey macam biasa kampung jaa juga ada buat majlis berbuka puasa bersama semua penduduk kampung dan keluargaku jua tidak ketinggalan untuk menyertai program tersebut kerana ibuku dari pagi lagi membantu untuk memasak hidangan pada hari tersebut..ibuku pergi awal sedikit untuk membantu menghidangkan makanan dan sebagainya dan aku menunggu adikku pulang dari sekolah agama petang sebelum pergi bersama-sama dengannya...


aku dah cakap pukul 7 dah nak gerak dan suruh dia mandi awal-awal namun pukul 7 tu baru nak mandi, haiah....itulah balik je dari sekolah tak salin baju terus bukak laptop main game zombie, apa yang seronok sangat dengan game itu pun aku tak tawlah...aku rasa sejak aku balik sebulan yang lepas memang menda alah tu la dia dok main dari bangun tido, pastu balik sekolah dan sebelum tidor..dah macam pro dah aku tengok dia main..haha, aku baru try main game bola PES, masyuk gak tapi tak berapa nak pandai lagilah..haha..


sambung cerita pasal majlis berbuka tu, disebabkan aku pakai baju kurung dan naik motor serta datang tersangatlah lambat memang aku menjadi tumpuan seluruh warga yang sedang berada di dalam khemah tengah menunggu untuk berbuka..memang semua khemah da penuh daa dan aku takda pilihan lain selain parking moto kat depan khemah..tapi takdelah dekat sangat dengan khemah namun tumpuan seluruh warga khemah adalah kepada aku dan adikku..malu wei, dahla khemah lelaki kat luar tu..


aku rasa agak ramai jugaklah...apa lagi kontrol buat-buat tak pandang orang ramai dan buat-buat tak tahu je...memang nasib baik kot tengah tengah dok cover ketebalan muka dan tahan segan tuh aku nampak ibuku tengah melilau mencari kitorang...haha, manalah budak ni pergi kan tak nampak langsung dalah khemah..aku apalagi terus mengikut ibuku naik pergi ke hidangan yang masih kosong...sigh, tengok jam dah 7.18 minit...tinggal beberapa minit lagi nak berbuka, nasib baik sempat kan...


itulah orang suruh bersiap awal-awal aku dok sibuk layan cerita eh sinetron indon hingga hujung waktu lakonan marshanda..cerita tu agak best la pasal anak kandung yang hilang semasa kecil selepas itu terus tidak dijumpai..pasangan itu mencai dan terjumpa seorang kanak-kanak hilang yang disangka anak mereka namun sebaliknya...ketika dewasa, mereka mencari anak kandung mereka dan kecelaruan berlaku dengan pelbagai konflik..ah, kisah keluarga la...takdelah minat sangat citer indon,aku layan jelah sebab waktu menunggu berbuka bermula 6.30 sampai 7.30 petang...

 
marshanda pelakon sinetron indonesia


ok, itulah kisahnya ketika pergi berbuka puasa..moral of the story : janganlah kita pergi ke majlis lambat sangat, ingat VIP ke??nan hadoooo...kalau VIP takpe;ah memang sengaja datang lambat sebab memang nak suruh jadi tumpuan, memang aku jadik VIP tak diundanglah semalam..kahkah...

baru dapat emai dari JPA pasal semua urusan briefing, medical check-up and what not...memang nervous gilaa nih...entahlah aku hanya berharap agar aku dapat rezeki dan diberi kemudahan oleh-Nya, insyallah...aku akan terima jika itu memang sudah tersurat untukku..to be frank, i'm hoping the best..insyallah...pray for me my dearest friends!




nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...