nuffnang

Monday, February 28, 2011

oh..rindu nok balik ganung.. ;'(

tetiba je rasa nak balik.....dah hampir 3 bulan tak balik ni....
arh,rindu ngan korang.....aku ada 3 adik,semua nakal......
nakal-nakal pun aku sayang...wuuuuuu =p
sila sayang kakak ni okey :)
adik-adik aku semua comel kan??mcm kakak dia lah!
satu-satunya adik lelaki...ni mmg nakal tahap  kuasa 10...



my lovely mum!!oh,tembamnya pipiku :) 
oh,itu url blog lama..sape penah tgk??pasti tidak...
guna xsampai sebulan,bunyi mcm gedikk sgt



siblings and cousins yg sangat rapat...tiap kali balik rumah tok mesti pergi tasik,ciitt,bukan mancing pun..tengok air ngan sawah dah cukup..okeyy,bulan 3 ni nak balik!!! rindu terengganu pulak =D


sepupu yang paling rapat kat sawah tu :),tiap kali balik mesti asyik nak berdampingan ngan kak jaa je kan, nak ajak pi tasik lah tu..okey budak ini pun nakal...tapi sebab kecik lagi,kenakalannya belum terserlah..

oh,alang-alang korang masuk blog ni,ape kata pergi jenguk blog satu-satunya abang aku : nizam hahahha,promot jap =D dia start buat blog pun lepas jeles tengok first cek nuffnang aku sampai umah...nak jugaklah tu..hehehehe~

p/s: esok saya exam lagi..doakan saya kawan-kawan,much love =D

suka??bolehla 'LIKE' =D

Sunday, February 27, 2011

online friends..bukan sekadar sahabat di alam maya =D

i love chatting,blogging,facebooking...
i can't stop myself from making new friends...
from day to day, i got some new friends..
i never put any limitation or boundary of making friends..

they are from all ranges of ages,older and younger than me...
males or females, from all over the world...
they just simply come and go whenever they want..


some of them are really honest and tell the truth of anything that they told us
yet there are a few of them who always cheat and make stories about them...
sometimes we can met our old friends and sometimes we can make new friends..

they might think online friends are just for a moment
 and just to accompany them when they feel bored..
some may forget about the person that they ever know on the net..
besides, not all of them can be trusted,so just be careful....

as time goes on, the advancement in technology makes our world become smaller..
we can simply communicate with them although we are separated thousand miles apart,
stay at different region of the world...we can't find any differences anymore...

some people can make love from online friends and some of them can be enemy..
some people who had being a lovely couples for many years can break up in just a few seconds..
some might afraid of making new friends who they never know and some love it..
dear my online friends, please being honest because i love the way you are...

for those who read this, this is for u (^_^)
it is really fun to have them as friends,especially who shares the same hobby with us...
blogging and spending time online

p/s: i've already met some online friends..the person who i first know from the net..xoxo :D


suka??bolehla 'LIKE' =D

hari sabtu : hari tanpa beg plastik

assalamualaikum semua ^.^

malas nak keluar punya pasal,pagi+ tengahari makan biskut je, petang hampir maghrib baru pekena laksa mee sup utara..memang perh!!sedap weeehh!!sape yang tinggal area shah alam,moh le try laksa dekat mee sup utara syeksyen 18...*eeehhh,tetiba jadi promoter tak berbayar..lalalalla,benda baik patut dikongsi kan :)



hari sabtu,hari tanpa beg plastik di selangor...kempen ni dah start tahun lepas lagi kiranya sesapa yang nak pergi membeli barang2 kat pasaraya digalakkan membawa beg sendiri,kalau nak jugak plastik(ni memang degil la ni =p)kena bayar 20sen dan duit itu akan disalurkan ke badan-badan kebajikan..

tapi sejauh manakah keberkesanan program ni??rasanya pesaraya dan organisasi besar saja yang menyokong program ni cth:7-Eleven dan giant tapi kedai-kedai runcit??pasar-pasar tani??masih guna kann...memang susah nak lancarkan program yang boleh diikuti oleh semua kan..tapi cuba korang bayangkan..kalau beli ikan xtaruk dalam plastik??nak guna kertas ke...kang koyak habis jatuh..hehehe,jadi pandai-pandailah kan..kena ikut pada situasi dan tempat :)

tadi tengok ramai orang keluar membawa barang kat tangan,tanpa plastik (^_^) bagus-bagus,walaupun sehari seminggu,at least berjalan la jugak kan..terfikir nak beli barang banyak terus tak jadi nak beli banyak barang..beli pen untuk exam next week(still tulis entry =p) je..

tadi jumpa no cantik..777!!!nice kan :D thanks semua,jaa akan teruskan menulis sebab korang,ramai yang dah mula suka belog ni,jaa pun suka!!*sampai melompat-lompat..llalalalalala(hiperbola di situ)


muka sapa ada kat dalam pic di atas??sila angkat kaki anda sekarang!!yeah :) kepada yang tiada,jangan berkecil hati..usaha lagi lain kali (ehhh,ape aku merepek ni)..thanks a lot, much love =D

suka??bolehla 'LIKE' =D

Wednesday, February 23, 2011

eh, siput ke babi?? siput babi kot!!


dulu masa kecik-kecik ada orang tanya...kenapa siput berjalan lambat??kahkahkah...memanglah kalau nak ikut jawapan akal fikiran yang logik sudah tentulah kerana memang dah diciptakan macam tu..memang setiap ciptaan itu unik...tak boleh dipertikaikan lagi..

nak taw tak jawapan apa yang gua dapat? sambil-sambil berjalan,penat mengendong cengkerang yang berat tu..dia berfikir(siput pun boleh berfikir ek?) nama aku siput ke......babi??termenung jap...fikir lagi..termenung lagi,tak habis-habis fikir dan sampai ke sudah tak dapat jawapan...

tetiba ada manusia bercakap-cakap"eh ada siputlah!"kemudian kawan dia tak dengar apa yang diperkatakan.."apa kau cakap tadi?" kemudian dia menjawab lagi.."aku cakap siputlah babi!" opppss!!
siput yang tengah berjalan-jalan penat fikir tadi pun tahu bahawa dirinya siput babi.....tttettttttt!!

p/s: buatlah kerja dengan tekun,jangan melambat-lambat macam siput babi

*sebenarnya tengah taip bio report pasal 'habituation of garden snail' kemudian tertulis entry ini..ok nak blah!!xnak jadi macam siput.....tett!!


suka??bolehla 'LIKE' =D

Tuesday, February 22, 2011

faceblog??apakah itu??


baru taw pasal faceblog ni dan baru nak join :)
ingatkan hape benda,rupanya facebook+blog..

mesti ramai lelaki maskulin segan nak join kan??kahkahakh
sape join pun aku rasa nak gelak guling-guling sampai tergolek(melampau)


memang cantiklah,dahla aku peminat pinky..
tengok,blog aku pun pink...
memang sesuai la aku ni kan feminin *muntah*
yeah!!!

Edit


suka??bolehla 'LIKE' =D

Sunday, February 20, 2011

vlog bersama ben ashaari..awesome!!

baru balik pegi vlog dgn ben ashaari tadi dekat presint diplomatik putrajaya...memang sangat-sangat tidak disangka yang aku yang hanya blogger biasa ni boleh jumpa blogger-blogger femes kat sane td...mereka sangat awesome dan peramah okey walaupun first time jumpa (sape cakap blogger femes sombong??meh aku hempuk!!)lalalalla =p

curik dr abg ben...pic lain xde lagi upload..huhu =p

ni antara blogger yang datang tadi,percaya tak?mereka ni aku baru first time jumpa ari ni..decide nak pergi pun malam tadi..sebelum ni kenal dalam alam maya je..huhuhu (jelestakjelestak???) korang tengok sendiri la sape yang ade kan..opps,yuyu zulaikha xde lam ni..dia dh balik awal~

aku buat vlog tadi sambil bro framestone jadik penerjah..haha,bnyak jugak borak-borak ngan bro..abg ben pulak ade bagi tips-tips blogging..yang lain pun best,even baru kenal ari ni tapi aku rasa macam dah kenal lama ngan diorang..you guys are awesome!!!nantikan vlog aku okayy (segan la pulak...erkk...)

ok dah...nak tidur,esok ade kelas di awal pagi...sangat penat,tp best...wait for the next episode about this vlog..


gedik-gedik edit pic =D


dah nak tidur dah...tapi nak share satu gambar..
baru berjinak-jinak nak pakai shawl cotton nie...
tapi masa ni serabai,sebab dah petang dekat library :D

gua edit guna photoscape je,mudah dan cepat..heheheh =)

nyte semua,esok nak pergi putrajaya...
jumpa sahabat blogger..huhuhu...segan mak oiih..
dahla kita blogger tak femes,nak jumpa pulak dorang yang femes tuh..
cuba-cubalah biasakan diri..

nak jumpa kawan alam maya tu..ramai,sorang pun xpenah jumpa..

suka??bolehla 'LIKE' =D

Tuesday, February 15, 2011

salam maulidur rasul

salam maulidur rasul kepada semua (: hari ni cuti lagi dan tadi baru je lepas sambut bdayy kawan dekat taman..habis kami simbah air kopi + tepung..memang sangat best dan enjoy...tetiba teringat zaman sekolah dulu-dulu..memandangkan aku tinggal di asrama,tiap-tiap tahun akan ada perarakan sambutan ni...


kami berjalan keliling sekolah dan siap buat pertandingan antara rumah lagi..barisan tercantik,costume,banner dan macam-macam la..masa kat sekolah pelong dulu, ada jugak buat sambutan dengan orang kampung ,dengar ceramah dan makan-makan...sungguh menarik,sempena hari ni marilah kita bersama-sama berselawat ke atas junjungan baginda nabi Muhammad s.a.w..terasa diri ini begitu lemah dan kerdil jika hendak dibandingkan dengan baginda..

mood hari ni : dengar lagu nasyid,jom kita dengar sesama (^__^)


suka??bolehla 'LIKE' =D

Sunday, February 13, 2011

supriisee!!! hepi tak??

anda pernah tak dapat hadiah suprise?prank bday party?prank call?tak pun anda yang buat suprise kat orang?menarik kan..aku memang suka dapat suprise tak pun berkomplot buat suprise kat orang..memang best sangat bila dapat tengok reaksi muka orang yang terkejut dapat suprise :)

serius rasa terharu kan bila orang yang kita sayang buat suprise kat kita..tak kiralah kawan ke,adik beradik ke dan paling best mestilah family kan..masa birthday aku tahun lepas,diorang ada sambut birthday aku tanpa aku mengesyaki plan diorang,mantap ye!!thankss (^__^)

hari tu,kedua-dua roomate aku sambut birthday yang ke-20..selang 3 hari jep..maknanya antara kami bertiga akulah yang paling muda..hehe,masa tu duit biasiswa kitorang tak masuk lagi,jadi kami tak buat sambutan pun,sengkek!tapi ada dengar-dengar diorang cakap birthday diorang tahun ni hambar,tak keluar pun dan makan megi jep..alalala,kesian bday girls nie =(

petang tu balik kelas,aku singgah kedai kek dan beli sebijik kek yang cukup untuk kami bertiga,yang biasa-biasa je..tak mampu kek besar mahal tu...memang duit sangat pokai..masing-masing berharap bila la jpa nak masukkan duit kami..hehe..aku beli la kek tu tanpa pengetahuan mereka dan pasang lilin siap-siap..


dua batang lilin menunjukkan anda dah 20 tahun okeyy..selamat hari lahir kawan-kawan yang aku sayang,wee tetiba lak sedih...aku rasa aku boleh ngam ngan budak 2orang nie,masing-masing kepala gila-gila dan layan je...suka mengarut-ngarut,buat reaksi entah hape-ape dan macam-macamlah..pendek kata aku bersyukur dapat diorang as my roomate (klu korang baca jgn nak kembang 40 inci yep)


 tu dia,nasib baik muat aku tulis HAPPY BIRTHDAY IZA DAN KHALILAH...ler,gaduh pulak sebab nama iza pendek je,tapi nama khalilah panjang..aku keluar dari bilik dengan pasang lilin siap-siap dan nyanyi lagu birthdayy,ala..lilin padam la sebab kipas..huhuhu..diorang masa tu tengah asyik borak-borak kat meja study.. terus terkejut tengok aku bwak kek..at least ada jugak kek bday korang tahun ni kan,xdela hambar sangat..yela,aku bukan pandai sangat nak buat suprise ni,pulak tu sesorang...harap korang hepi la dapat kek ni je..haha


 dah-dah..cukup dengan gambar kek tu,gambar tuan tak boleh ambik sebab ni dalam bilik..kami sangat cantikk dalam bilik dan tak boleh buat tayangan umum,nanti ramai yang berkenan..hehe..ni aku edit nak beli frame kat iza,tapi tak  terbeli..sorry korang aku tak beli hadiah pun =(
comel tak aku edit?lalalala =) 


SELAMAT HARI LAHIR 
SWEET 20

till then,

suka??bolehla LIKE =D

Thursday, February 10, 2011

hepi bdayy adik..dah 10 tahun dah :D

semalam 9 feb 2010,adik aku siti noor salsabila dah masuk 10 tahun,erm sekejap je kan masa berlalu..aku masih boleh ingat masa kecik-kecik dulu selalu jaga adik la,buat susu adik..tapi sekrang dah besar panjang,dah lagi besar dari kakak dia ni haa,ish ape nak jadi daa..kak ja dah 20 tahun taw!!beza umur kita 10 tahun la dan ni merupakan adik bongsu~



aku masih dalam lab bio,still playing  buat eksperimen dengan baby maggot yang gemok..sesungguhnya baru sehari dah hidup dan masuk hari kedua..semua gemok2-gemok..owh lagilah geli eewwww!!!padahal makan ikan busuk je,hahha...baunya amat mencengkam hidung tapi aku kena bersabar...bak kata pendekar bujang lapok"COBAAN" :D

lepas eksperimen,tengok mak aku call,bila call balik rupanya bukan mak yang call tapi ade sorang lagi budak gemok montel kat rumah..hehehhe =p rindulah tu!!xpun bosan dok sesorang,orang lain semua tinggal pergi uni dan hostel..hari tu dia dah call cakap nakk hadiah bday,kakak dia ni tak taw nak beli hape..pelik sungguh budak-budak ni kan..ade ke patut dia cakap"kak ja beli mahkota boleh x?" hahahaha..adik aku nih nak mahkota buat hape,nak jadi puteri ke???selalu berangan nak jadi princess cindarella..berangan je la dik oiit..hehe =D

3 tahun lepas :D
kak jaa cakap bulan 3 ni,cuti midsem seminggu,so nak balik rumah la...eh exited terlebih-lebih pulak dia..lagipun masa tu baru je habis exam trial exam..tup-tup dapat berita semalam yang for the one whole week holiday,we have to attend BTN..oh no!!kalau macam tuh,tunggu lepas habis exam a-level la baru boleh balikk rumah..sobs..sobs..tak kisah pun sebenarnya,hehehhe

adik n ma

kami xD

adik-adik =D
eh,sedondon :)


kat ump =D

lawan  mata bulat..sape menang agak2??

so-called princess..hahahha =p
tembam sangat kan budak nih??geram aku nak cubit-cubit balik umah nanti!!haha,tp tak taw la lagi bila balik,budak ni kalau bosan kat rumah rindu aku tepon terus..xpun sms, biasalah budak-budak...balik skolah main game ngan laptop..phone tuh dia je yang mesej-mesej,zaman aku dulu mana ada???laptop pun tak reti lagi,tepon pon takut nak pegang masa kecik-kecik dulu...bukan ape,dulu kan noob.takut salah tekan kang rosakk...tu yang tak berani tu..

lastly,happy bday my dear adikk,jangan rindu kak jaa sangat...hahhaahhahaha ceh,perasan!!!

P/S:jarang update belong pagi-pagi macam ni,no class today!!just wanna share my happiness..i got 6 days holiday start from today until tuesday,hoyyeh...time to wake up.bubbye~

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...